Menyekat Komputer daripada tutup sendiri

Cecacing komputer seperti Blaster diketahui sering menggunakan ‘bug’ yang terdapat dalam Sistem Operasi Windows untuk menutup komputer anda!

Kaedah biasa yang boleh anda lakukan untuk menghalang perkara ini berlaku ialah, jalankan kotak arahan ‘Run’ dan taip shutdown.exe -a dan tekan OK. Komputer anda akan terhalang daripada tutup dengan sendirinya!

Untuk memudahkan anda, boleh juga dibuat ‘shortcut‘ untuk memudahkan tugas berkenaan sepertimana yang dicadangkan oleh Petri juga! Bagi mereka yang tidak biasa (?) membuat shortcut, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini :

  1. Klik kanan pada mana-mana ruang kosong pada desktop anda. Pilih New>Shortcut.
  2.  Dalam petak kosong, ‘Create shortcut wizard’ taip ” shutdown.exe -a”
  3. Pada ‘Select Type’ taipkan apa sahaja nama untuk shortcut anda itu!
  4. Dah…… ;-)

Tutup banyak aplikasi serentak!

Jika anda termasuk mereka yang membuka banyak aplikasi serentak ( mutitasking ) maka ada suatu cara mudah yang dicadangkan oleh Daniel Petri dimana anda boleh menutup kesemua aplikasi yang dibuka itu serentak.

Menurut Petri, tekan kekunci Ctrl dan klik pada setiap butang aplikasi pada ‘taskbar’ anda. Kemudian klik kanan pada mana-mana satu butang aplikasi pada taskbar dan pilih ‘Close Group’

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

20 aplikasi untuk Linux

Ubuntufonts telah menyenaraikan 20 aplikasi yang boleh anda gunakan untuk Linux, dalam kategori berikut:

>> Sila lihat senarai penuh di blog Ubuntufonts

Dikirim dalam Linux. Leave a Comment »

Files Secure 2.1 – Anti Spyware PALSU!

Menurut 411-Spyware, “Files Secure 2.1 mungkin merupakan salah satu lagi aplikasi anti-spyware PALSU. Files Secure 2.1 ‘install’ pada komputer anda melalui video codecs, yang sebenarnya merupakan ‘Trojan’ yang melancarkan amaran keselamatan PALSU dan ingatan ‘pop-up’ yang cuba menakut-nakutkan anda agar anda MEMBELI Files Secure 2.1. ‘Popup’ keselamatan PALSU dari Files Secure 2.1 biasanya berbentuk seperti di bawah:

Critical System Error!
Your browser was hijacked by Trojan.Win32.Agent.akk
You need to clean your system immediately, in other case [SIC] it can be crashed soon!
Click OK to download the high-tech antispyware protection software! (Recommended)

Files Secure 2.1 berkemungkinan tidak membuang langsung sebarang ‘ancaman’ yang ditemui dan akan menyukarkan anda untuk membuang .www.Files-Secure.com secara ‘manual’!

Untuk mengetahui kaedah untuk membuang Files Secure 2.1 sekiranya ia telah berada dalam PC anda, sila lawati laman 411-spyware.

Muatturun video dari YouTube, Metacafe dan sebagainya…

RAM telah menjelaskan pada blog beliau, Technology Bites, suatu kaedah mudah untuk muatturun video daripada laman perkongsian video seperti Youtube, Google, Metacafe, iFilm, Dailymotion, dan lebih dari  60+ laman video lain.

Cara yang disyorkan ialah anda pergi ke Javimoya.com salin dan tampal link video yang anda kehendaki, pilih sumbernya ( YouTube, Metacafe dsbnya ) dan klik butang download.

Terdapat juga addon untuk Firefox yang boleh anda muatturun di sini.

>> Artikel asal pada blog Technology Bites

Selamat mencuba

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

Dapatkan kembali fail yang telah anda buang!

Apabila kita ‘delete’ sebarang fail, ia akan hilang daripada sistem operasi kita, namun ia tetap masih wujud dalam ‘harddisk’ kerana setiap fail yang dibuang, fail itu tetap masih berada dalam ‘harddisk’ anda cuma rujukan kepada fail itu pada FAT atau MFT sahaja yang ditandakan sebagai sudah dibuang!

Oleh itu sekiranya anda telah terbuang atau membuang fail anda serta mengosongkan ‘Recycle Bin’ anda, masih ada peluang untuk anda dapatkan semula fail-fail anda tadi.

Technology Bites mencadangkan agar anda menggunakan Pandora Recovery -

>> Anda boleh mendapat keterangan lanjut di Technology Bites Perkakasan Pandora Recovery boleh anda muatturun di sini!

Anda juga boleh menggunakan perkakasan Restoration untuk melaksanakan tugas yang sama. Sila muatturun di Snapfiles.

Laman Software Patch memberikan beberapa perkakasan lain seperti File Recovery 3 dan Smart Recovery 4.5

Suite Pejabat Online

Selain daripada Google Docs, anda perlu mencuba ZOHO. Terdapat 14 aplikasi ‘online’ yang anda dapat terus gunakan setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah PERCUMA>

Antara aplikasi yang dibekalkan ialah:

  • Zoho Writer
  • Zoho Sheet
  • Zoo Show
  • Zoho Meeting
  • Zoho Project

dan banyak lagi.

>> Sila ke ZOHO.com

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

Windows Mencari Floppy Drive secara rambang?

Nota: Ini adalah masalah yang berlaku kepada sistem operasi Windows 95, 98 dan Me sahaja.

Suatu ‘bug’ yang mula muncul pada Windows 95, yang kini telah muncul pada OS yang selepasnya, dimana floppy drive dicari secara rambang setiap kali sesuatu aplikasi dilancarkan. Masalah ini tidak terhad kepada penggunaan Explorer semata-mata. Ia juga tidak berkaitan secara langsung dengan floppy drive itu sendiri.

Antara cara yang mungkin dapat menyelesaian masalah ini ialah:

  1. Buangkan semua item ( shortcut ) dalam Document Menu
  2. Buangkan segala item yang tidak diperlukan dalam Run Command pada Start Menu
  3. Imbas untuk sebarang virus kerana virus NEUVILLE berkemungkinan menyebabkan hal ini terjadi.
  4. Buang LocalLoadHigh=1 dari MSDOS.SYS file.
  5. Periksa HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID dalam Registry untuk sebarang rujukan kepada OCX atau DLL yang merujuk kepada floppy.
  6. Dwiklik ikon System dalam Control panel, pilih tab Device Manager , dan buang  GENERIC FLOPPY DISK entry (dibawah Disk drives). Apabila Windows restart, ia akan mengesan semula drive floppy dan masalah itu seharusnya telah diselesaikan.

>> Terjemahan bebas kepada artikel 07-037/Annoyances.org

XP Services yang selamat untuk dihentikan

XP menyediakan banyak ’services’ yang mula berfungis sebaik sahaja Windows beroperasi. Sebahagian daripada service berkenaan tidak perlu anda gunakan, denganitu menjimatkan memory pc anda.

Antara ’services’ yang boleh anda hentikan tanpa memberi kesan buruk kepada Windows anda termasuklah:

  • Alerter
  • Application Management
  • ClipBook
  • Computer Browser

dan banyak lagi….

>> Sila lawat laman BlackViper untuk keterangan lebih lanjut atau TechRepublic untuk muatturun pdf fail berkenaan dengan ’services’ yang boleh dihentikan dan akibatnya apabila ia dihentikan! Anda perlu mendaftar untuk memuatturun fail di TechRepublic. Pendaftaran adalah percuma.

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

Capai fail Linux anda menerusi Windows

Bagi mereka yang dwi-boot PC mereka, adalah lebih mudah untuk mencapai fail Windows daripada Linux berbanding dengan mencapai fail Linux menerusi Windows. Namun kini DiskInternals telah menghasilkan suatu perkakas yang dinamakan Linux Reader yang memudahkan perkara itu.

Linux Reader kelihatan seolah-olah seperti Windows Explorer, yang membenarkan capaian “read-only” kepada ‘harddisk’ yang diformat kepada ext2 dan ext3, format biasa bagi Linux. Aplikasi ini tidak perlu di’install’ pada PC anda dan ia juga boleh membuat carian kepada imej dalam Linux partition anda.

>> Artikel asal pada LifeHacker 

Menurut Jaba, yang memberi komen pada laman Tombuntu  terdapat aplikasi yang telahpun dibuat terdahulu dari Linux Reader, iaitu fs-driver, yang juga mempunyai fungsi yang sama.

Anda boleh muatturun aplikasi berkenaan di fs-driver.org

Selamat mencuba.