Perisian untuk mengurus data anda

Beberapa perisian percuma untuk anda menguruskan data-data penting anda dengan lebih cekap daripada Windows Explorer.

  1. Restoration - untuk mendapatkan semula data yang anda telah buang daripada komputer anda, USB drive ataupun flash card kamera digital anda.
  2. DoubleKiller – untuk mencari dan membuang fail kembar yang memenuhi ruang harddisk anda
  3. TerraCopy – menurut tanggapan Gina Trapani, perisian ini adalah lebih baik daripada yang terdapat pada Windows dalam menyalin fail.

>> Untuk baki perisian yang disenaraikan bolehlah anda melawat LifeHacker dan memuatturun sendiri perisian yang anda rasa perlu.

Perisian Portable

Firefox 3 beta 1

Anda boleh muatturun di sini, jika anda ingin mencubanya. Cuma, harus diberi ingatan bahawa ini adalah versi beta bermakna ia belum stabil.

Firefox anda bermasalah?

Virus ini dikenali sebagai heap41a W32.USBWorm. Sekiranya PC anda telah dijangkiti virus ini, anda akan mempunyai masalah untuk ‘install’ Mozilla Firefox ataupun jika Firefox sudah ada dalam komputer anda, anda tidak akan dapat menggunakannya.
Sebaliknya notis ini akan keluar

Cara mengatasinya…
1. Tekan Ctrl+Alt+Del dan Task Manager akan muncul.
Cari proses svchost.ese atas nama komputer anda, contoh seperti di bawah ini:-

2. Hentikan proses berkenaan.
3. Cari folder ini, heap41a. Biasanya ia tersembunyi. Delete keseluruhan folder berkenaan.
4. Sepatutnya setelah anda berbuat demikian, anda sudah boleh menggunakan browser kesayangan anda itu. ;-)

Install Windows Pada Komputer Guna SATA Harddisk tapi tanpa floppy

Jika anda menghadapi masalah sebegini, iaitu ingin ‘install’ Windows XP pada komputer anda tetapi CD Installer XP anda tidak dapat mengesan sebarang harddisk memandangkan komputer anda menggunakan SATA harddisk dan bukan IDE harddisk.
Saya pernah melalui masalah ini dan berikut adalah langkah yang telah saya ambil:
1. Anda perlu mendapatkan komputer yang mempunyai floppy drive. ;-(
2. Muatturun driver SATA harddisk anda ke komputer yang mempunyai floppy drive dan ‘tulis’ fail imej driver tadi kepada diskette.
3. Muatturun nLite
4. Jalankan nLite dan pastikan CD Installer Windows XP anda telah diletakkan dalam CD drive. nLite akan menyalin kandungan CD XP anda ke folder pilihan anda.

5. Pada window “Task Selection” klik “Drivers” dan “Bootable ISO.”

6. Pada window “Drivers” klik ‘insert’ setelah diskette yang mengandungi SATA driver tadi telahpun berada dalam floppy drive.

7. Seterusnya

8. Akhirnya klik Yes pada imej berikut ini

Perisian Yang Perlu Anda Ada

Berikut adalah perisian yang mesti ada pada komputer saya.
1. Anti Virus ( saya guna NOD32 )
Atau boleh juga gunakan AVG 7.5 Free
atau Avira AntiVir 7.06.00.270
2. Anti Spyware
Saya gunakan Ad-Aware 2007
Spybot Search & Destroy
Arovax Shield, kini dikenali sebagai ThreatFire

Ini adalah perisian yang saya gunakan. Buatlah keputusan anda sendiri memandangkan terdapat banyak perisian percuma dalam Internet.

Task Manager juga bermasalah?

Ketika anda tekan Ctrl+Alt+Del untuk memulakan Task Manager, tetapi imej ini yang pula muncul!

Apa perlu anda buat? Jangan risau! Muatturun Task Manager Fix dan Task Manager anda akan berfungsi seperti biasa. Ini adalah tanda-tanda bahawa komputer anda telah dijangkiti spyware.

Dikirim dalam Spyware, Virus, Windows. 1 Komen »

Regedit bermasalah?

Imej ini keluar bila anda taip regedit pada ‘Run’ ?

Muatturun fail vbs yang ditulis oleh Doug Knox dan ’save’kan sebagai *.vbs. Dwi klik pada fail berkenaan dan sepatutnya regedit anda dah berfungsi semula.

Kaedah Kedua, taip arahan ini dalam kotak ‘Run’ – REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f

Vbs:Solow – Cara membuangnya

Pernah tak anda dwiklik pada ikon harddisk atau ikon usb drive anda untuk membukanya sebaliknya mesej berikut pula yang dipaparkan “x:\bha.dll.vbs can’t be found.”

Ini bermaksud bahawa PC atau USB drive anda telah dijangkiti Vbs:Solow.

Muatturun kaedah membuangnya di sini. Software ini akan membuang vbs.solow daripada harddisk dan juga USB drive anda. Setelah anda membuangnya sepatutnya kini anda dah boleh membuka kandungan harddisk dan USB drive anda setelah anda dwiklik pada ikonnya.

Ubuntu: Cara mudah untuk ‘install’

Semasa saya mula memberanikan diri untuk ‘install’ Linux iaitu distro RedHat lebihkurang 10 tahun lalu, cara untuk ‘install’ pada masa itu agak rumit terutama dalam soal ‘driver’ untuk kad grafik.

Kini terdapat pelbagai kaedah yang telah dipermudahkan untuk ‘install’ distro Linux pada PC anda.

Sekiranya anda belum mahu ‘install’ pada harddisk PC anda, boleh juga anda cuba LiveCD dahulu.

Andainya anda telah bersedia untuk ‘install’ pada harddisk anda, maka lamanweb HowToForge sangat membantu dalam hal ini.

Berikut ada langkah untuk ‘install’ Ubuntu linux, salah satu distro yang sangat popular di masa ini.

Pertama, muatturun imej CD Ubuntu 7.10 di sini

Kemudian, ‘burn’ imej CD tadi dan mulakan operasi komputer anda menggunakan CD tadi.

Paparan ini akan muncul

Setelah itu ‘desktop’ Ubuntu muncul

Setelah anda dwiklik ikon ‘Install’ anda akan melalui beberapa proses yang mudah sehingga akhirnya anda akan berdepan dengan paparan login ini…

Selamat mencuba

Dikirim dalam Linux. 2 Komen »