Andainya anda mempunyai laman web ataupun blog sendiri dan anda meletakkan alamat e-mel anda pada laman web atau blog anda, kemungkinan besar ianya menjadi suatu jalan untuk ’spammers’ menghantui anda.
Sekiranya anda merasakan penting untuk meletak alamat e-mel pada laman web atau blog anda, ada kaedah yang boleh anda lakukan, untuk mengelak daripada menerima ratusan ( ribuan? ) ’spam mail’ setiap bulan!
Anda boleh menggunakan ‘Mailpic.’ Menurut penciptanya, “Kini anda dengan mudah boleh menggunakan ‘mailpic™’ e-mel pada laman web. Tidak perlu risau mengenai ’spam’ daripada laman web atau blog anda lagi.”
E-mel anda akan kelihatan seperti di bawah ini:

Anda boleh terus menggunakannya memandangkan anda tidak perlu ‘login’ untuk servis berkenaan!
>> Sila pergi ke M@ilpic