Tak dapat ‘melihat’ komputer lain dalam Network Neighborhood

Jika satu atau lebih komputer dalam Network Neighborhood/My Network Places anda tidak kelihatan,  bermakna komputer berkenaan tidak di’configure‘ dengan betul. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda perhatikan untuk menyelesaikan masalah tersebut:

  1. Pastikan tidak sebuahpun komputer yang tidak kelihatan itu menggunakan “Windows NT Domain” atau “Business Domain.”
  2. Kesemua komputer mesti mempunyai nilai yang sama untuk “Workgroup.” Iaitu nama ‘Workgroup’ mesti sama.
  3. Kesemua komputer mesti mempunyai protokol, ‘client’ dan servis yang sama ( TCP/IP. File & Printer Sharing for Microsoft Networks dan Clients for Microsoft Networks. ) Sekiranya ada menggunakan perkongsian talian Internet, maka pastikan protokol NetBEUI tidak  digunakan!
  4. Kesemua komputer mempunyai nama komputer yang berlainan. Jika ada dua komputer yang namanya sama dalam satu Network Neighborhood maka akan berlaku percanggahan dan anda tidak dapat melihat Network anda dengan betul.
  5. Setengah nama komputer yang mempunyai ruangan antara namanya tidak akan dikenali oleh Windows 9x/Me. Oleh itu cuba permudahkan nama komputer anda dan cuba sekali lagi.
  6. Perlu juga diambil kira kad network atau kabel network yang bermasalah!

>> Artikel asal pada Annoyances.org