Buang Windows Messenger?

Jika anda TIDAK menggunakan Windows Messenger, ada cara mudah untuk anda membuang perisian berkenaan.

  1. Taip arahan berikut dalam kotak ‘Run’ dan tekan OKRunDll32 advpack.dll,LaunchINFSection %windir%\inf\msmsgs.inf,BLC.Remove
  2. Cara kedua lebih rumit kerana anda perlu mengubah file sysoc.inf dalam folder \Windows\inf. Jika anda tidak biasa melakukan perkara ini, saya syorkan anda guna kaedah yang ditunjukkan oleh Doug Knox di atas.

Selamat mencuba.

>> Artikel asal pada laman Doug Knox

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

Shutdown Windows dengan cepat

Jika anda ingin menutup Windows dengan pantas, bolehlah anda mencuba cara ini yang dicadangkan oleh seorang pembaca LifeHacker bernama Eric. Beliau mencadangkan anda menggunakan kotak dialog Run. Taip arahan seperti dalam gambar di bawah dalam kotak dailog Run anda…..

Perlu diingat bahawa arahan ini akan memberhentikan segala aplikasi yang sedang dibuka tanpa sebarang amaran. Oleh itu sebelum anda menaip arahan ini pada kotak dialog Run, ELOKLAH ’save’ dahulu segala kerja anda.

>> Artikel asal pada LifeHacker

Menurut Jim Eshelman, webmaster Aumha.org, arahan seperti ini hanya akan ’shutdown’ Windows sahaja bukannya komputer anda, terutama jika anda menggunakan XP. Oleh itu beliau cadangkan anda gunakan Shutdown.exe 

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »