Capai fail Linux anda menerusi Windows

Bagi mereka yang dwi-boot PC mereka, adalah lebih mudah untuk mencapai fail Windows daripada Linux berbanding dengan mencapai fail Linux menerusi Windows. Namun kini DiskInternals telah menghasilkan suatu perkakas yang dinamakan Linux Reader yang memudahkan perkara itu.

Linux Reader kelihatan seolah-olah seperti Windows Explorer, yang membenarkan capaian “read-only” kepada ‘harddisk’ yang diformat kepada ext2 dan ext3, format biasa bagi Linux. Aplikasi ini tidak perlu di’install’ pada PC anda dan ia juga boleh membuat carian kepada imej dalam Linux partition anda.

>> Artikel asal pada LifeHacker 

Menurut Jaba, yang memberi komen pada laman Tombuntu  terdapat aplikasi yang telahpun dibuat terdahulu dari Linux Reader, iaitu fs-driver, yang juga mempunyai fungsi yang sama.

Anda boleh muatturun aplikasi berkenaan di fs-driver.org

Selamat mencuba.

Senarai Anti Spyware PALSU

Berikut ada beberapa ‘Anti Spyware‘ PALSU yang kesemuanya akan ‘install’ secara otomatik dalam PC anda tanpa pengetahuan dan kebenaran anda.

  1. WinAntiVirusPro
  2. AntiVirGear
  3. SpyShredder also known as Spy-Shredder
  4. VirusRanger
  5. VirusProtectPro
  6. SecurePCCleaner
  7. Ultimate Cleaner
  8. AV SystemCare
  9. MicroBillSys

Kaedah dan cara membuang Anti Spyware PALSU di atas boleh di dapati di Windows XP/Vista Blog

ThinkFree widget

Ingin  membuka fail MS Office ( DOC, RTF, TXT, XLS, CSV, PPT, and PPS ) tanpa ‘install’ MS Office? Kini apa yang perlu anda lakukan ialah ‘install’ sama ada Yahoo Widgets, Google Modules atau Apple Dashboard ( untuk Macintosh sahaja ) terlebih dahulu.

Kemudian muatturun ThinkFree widget  yang berkenaan dari lamanweb ThinkFree serta ikut arahan yang diberikan di laman berkenaan.

Selamat mencuba.