Bagi mereka yang dwi-boot PC mereka, adalah lebih mudah untuk mencapai fail Windows daripada Linux berbanding dengan mencapai fail Linux menerusi Windows. Namun kini DiskInternals telah menghasilkan suatu perkakas yang dinamakan Linux Reader yang memudahkan perkara itu.

Linux Reader kelihatan seolah-olah seperti Windows Explorer, yang membenarkan capaian “read-only” kepada ‘harddisk’ yang diformat kepada ext2 dan ext3, format biasa bagi Linux. Aplikasi ini tidak perlu di’install’ pada PC anda dan ia juga boleh membuat carian kepada imej dalam Linux partition anda.
>> Artikel asal pada LifeHacker
Menurut Jaba, yang memberi komen pada laman Tombuntu terdapat aplikasi yang telahpun dibuat terdahulu dari Linux Reader, iaitu fs-driver, yang juga mempunyai fungsi yang sama.
Anda boleh muatturun aplikasi berkenaan di fs-driver.org
Selamat mencuba.
















Disember 17, 2007 at 4:55 pm
wah..kita serupa..entri ini juga ada di blog ku.tp saya terjumpa sendiri kerana nk cari penyelesaian masalah saya.anyway, salam teknologi dari senyuman.