Windows Mencari Floppy Drive secara rambang?

Nota: Ini adalah masalah yang berlaku kepada sistem operasi Windows 95, 98 dan Me sahaja.

Suatu ‘bug’ yang mula muncul pada Windows 95, yang kini telah muncul pada OS yang selepasnya, dimana floppy drive dicari secara rambang setiap kali sesuatu aplikasi dilancarkan. Masalah ini tidak terhad kepada penggunaan Explorer semata-mata. Ia juga tidak berkaitan secara langsung dengan floppy drive itu sendiri.

Antara cara yang mungkin dapat menyelesaian masalah ini ialah:

  1. Buangkan semua item ( shortcut ) dalam Document Menu
  2. Buangkan segala item yang tidak diperlukan dalam Run Command pada Start Menu
  3. Imbas untuk sebarang virus kerana virus NEUVILLE berkemungkinan menyebabkan hal ini terjadi.
  4. Buang LocalLoadHigh=1 dari MSDOS.SYS file.
  5. Periksa HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID dalam Registry untuk sebarang rujukan kepada OCX atau DLL yang merujuk kepada floppy.
  6. Dwiklik ikon System dalam Control panel, pilih tab Device Manager , dan buangĀ  GENERIC FLOPPY DISK entry (dibawah Disk drives). Apabila Windows restart, ia akan mengesan semula drive floppy dan masalah itu seharusnya telah diselesaikan.

>> Terjemahan bebas kepada artikel 07-037/Annoyances.org