Muatturun video dari YouTube, Metacafe dan sebagainya…

RAM telah menjelaskan pada blog beliau, Technology Bites, suatu kaedah mudah untuk muatturun video daripada laman perkongsian video seperti Youtube, Google, Metacafe, iFilm, Dailymotion, dan lebih dariĀ  60+ laman video lain.

Cara yang disyorkan ialah anda pergi ke Javimoya.com salin dan tampal link video yang anda kehendaki, pilih sumbernya ( YouTube, Metacafe dsbnya ) dan klik butang download.

Terdapat juga addon untuk Firefox yang boleh anda muatturun di sini.

>> Artikel asal pada blog Technology Bites

Selamat mencuba

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

Dapatkan kembali fail yang telah anda buang!

Apabila kita ‘delete’ sebarang fail, ia akan hilang daripada sistem operasi kita, namun ia tetap masih wujud dalam ‘harddisk’ kerana setiap fail yang dibuang, fail itu tetap masih berada dalam ‘harddisk’ anda cuma rujukan kepada fail itu pada FAT atau MFT sahaja yang ditandakan sebagai sudah dibuang!

Oleh itu sekiranya anda telah terbuang atau membuang fail anda serta mengosongkan ‘Recycle Bin’ anda, masih ada peluang untuk anda dapatkan semula fail-fail anda tadi.

Technology Bites mencadangkan agar anda menggunakan Pandora Recovery -

>> Anda boleh mendapat keterangan lanjut di Technology Bites Perkakasan Pandora Recovery boleh anda muatturun di sini!

Anda juga boleh menggunakan perkakasan Restoration untuk melaksanakan tugas yang sama. Sila muatturun di Snapfiles.

Laman Software Patch memberikan beberapa perkakasan lain seperti File Recovery 3 dan Smart Recovery 4.5

Suite Pejabat Online

Selain daripada Google Docs, anda perlu mencuba ZOHO. Terdapat 14 aplikasi ‘online’ yang anda dapat terus gunakan setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah PERCUMA>

Antara aplikasi yang dibekalkan ialah:

  • Zoho Writer
  • Zoho Sheet
  • Zoo Show
  • Zoho Meeting
  • Zoho Project

dan banyak lagi.

>> Sila ke ZOHO.com

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »