Tukar kata laluan akaun pengguna XP

Jika anda ingin menukar kata laluan akaun pengguna XP teapi tidak mengetahui kata laluan lama, anda boleh mencuba tip yang dicadangkan oleh admin, dari TechDo.

Cara yang dicadangkan beliau ialah seperti di bawah:

  • Pertama sekali anda perlu senarai kesemua akaun pengguna yang ada dalam komputer berkenaan. Caranya ialah klik Start > Run > dan taip cmd. Setelah tetingkap command prompt muncul, taip net users. Maka akan tersenarai kesemua akaun pengguna dalam komputer berkenaan, termasuk akaun pengguna yang tersembunyi.
  • Untuk menukar katalaluan bagi akaun pengguna tertentu yang ada dalam komputer berkenaan, munculkan semula tetingkap command prompt. Taip net user Johan * Jika nama pengguna terdiri dari dua perkataan, maka anda perlu letak quote pada nama pengguna berkenaan. Contohnya net user “Johan Arif” *
  • Setelah anda taip arahan di atas, sepatutnya Windows akan meminta dimasukkan kata laluan baru. Masukkan kata laluan baru dan tekan Enter. Anda akan diminta untuk tekan Enter sekali lagi untuk mengesahkan tindakan anda. Itu sahaja.

Artikel asal di TechDo

Dikirim dalam Hacking, Tip, Windows. 5 Komen »

Hacker?

Dikirim dalam Sengeh. Leave a Comment »

RAM bermasalah?

Jika komputer anda menjadi teramat lembab, selain daripada masalah virus dan spyware, ia mungkin juga berpunca daripada masalah perkakasan seperti cakera keras ataupun RAM.

Untuk membuat ujian ke atas RAM anda untuk mendapatkan kepastian, anda boleh muatturun DocMem 2.0 oleh simmtester.com. Boleh digunakan untuk Windows 95/98/Me/2000 dan XP.

Jadikan XP anda lebih stabil?

 

Xtra Windows Stability mendakwa dapat menjadikan Windows XP anda lebih stabil dengan mengasingkan proses subsistem Windows seperti Explorer, Desktop dan sebagainya sebagai proses yang berasingan.

Untuk maklumat lanjut dan juga rantaian untuk muatturun, sila lawati DownloadSquad atau di eXessive Software

Apache mereng?

Ia adalah variasi baru kepada Brontok.a, mengikut padangan musicstuff pada forum Jiwang. Menurut DarkBishop, ada dua fail yang perlu dibuang :-

  • ApacheMereng.js
  • AuToRuN.inf

Kalau betul ia merupakan variasi dari Brontok.a, anda perlu muatturun Brontok Washer  ( bw.exe ) terlebih dahulu untuk menghentikan semua servis yang dijalankan oleh Brontok. Ingatan bagi anda yang memasang anti virus AVAST! AVAST! akan mengesan bw.exe sebagai VIRUS!

Setelah itu anda boleh gunakan Penawar Brontok untuk membuang semua saki baki fail yang dicipta oleh Brontok.

Anda juga boleh cuba menggunakan Spybot S&D, namun langkah yang perlu dibuat adalah seperti di bawah:

  1. Muatturun Spybot S&D
  2. ‘Update’ program berkenaan.
  3. Jalankan imunisasi.
  4. Restart komputer, pilih Safe Mode.
  5. Imbas komputer anda menggunakan SPybot S&D dalam Safe Mode.

Membuang ’sampah’ dalam komputer anda

Jika anda menggunakan komputer anda untuk sekian waktu, anda akan mendapati bahawa terdapat banyak fail-fail sementara yang dibuat yang akan terus berada di dalam cakera keras anda, walaupun aplikasi berkenaan telah ditutup.

Untuk membuang secara otomatik fail-fail ’sampah’ ini ada beberapa perisian percuma yang boleh anda gunakan seperti:

  • CCleaner klik ikon untuk muatturun.
  • Glary Utilities
  • atau DustBusterXP 

Fail-fail ’sampah’ yang dapat diimbas oleh aplikasi CCleaner atau Glary Utilites akan disenaraikan untuk anda sebelum ianya dibuang tetapi DustBuster XP akan terus sahaja membuangnya tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada anda!

;-)

Dikirim dalam Windows. Leave a Comment »

RegSentry

Ia adalah suatu aplikasi pengawasan terhadap sebarang cubaan oleh ’spyware’ ataupun cecacing komputer untuk mengubah registry komputer anda.

Anda boleh muatturun di laman Hiren & Pankaj.

Tukar Format Fail Dalam Talian ( Online )

Di Media Convert anda boleh menukar pelbagai format fail kepada format yang anda ingini.

Tukar format fail ‘movie’ suara, ringtone, imej, dokumen vektor, dokumen teks, data dan lain-lain lagi kepada format yang anda perlukan.

Sila klik pautan di atas, untuk menggunakan khidmat dalam talian berkenaan.

Sunting fail pdf secara ‘online’

PdfHammer adalah suatu perkakas ‘online’ yang membolehkan anda menyunting fail pdf anda. Anda cuma perlu ‘upload’ fail pdf anda dan anda boleh membuang mukasurat yang tidak diperlukan dan dieksport sebagai suatu fail pdf baru.

>> Sila lawati laman Pdf Hammer

Kita dan Perisian Open Source

Kini terdapat perisian Open Source untuk hampir kesemua kategori perisian komersial, namun amat sukar untuk meyakinkan pengguna agar menggunakan perisian ‘Open Source’ yang PERCUMA berbanding dengan menggunakan perisian komersial ( yang mungkin bukan ori pun….. ).

Masalah utama ialah kebanyakan kita malas untuk mempelajari sesuatu yang baru memandangkan kita sudah biasa menggunakan perisian pejabat seperti MS Word, MS Excel ataupun sebagainya. Perisian seperti OpenOffice tidak kurang hebatnya berbanding dengan MS Office, malah PERCUMA pula!

Namun rumusannya ialah kita perlu mengajak dan mendidik orangramai agar mahu mencuba perisian ‘Open Source’ dan tidak beranggapan seperti tohmahan setengah pihak bahawa perisian yang percuma tidak/kurang berkualiti.

Anda boleh lihat sendiri senarai perisian ‘Open Source’ sebagai alternatif kepada perisian komersial yang kerap digunakan oleh para pengguna IT masa kini.
Sila lawati laman    untuk melihat sendiri senarai yang begitu komprehensif!