Langkah untuk mengelak ’spyware’

Antara langkah yang dicadangkan oleh Peter Bowey, yang mengendalikan Peter Bowey Computer Solutions di Australia, adalah seperti berikut:

  • Jangan sekali-kali klik pada sebarang pautan ( link) dalam tetingkap ‘popup’ – memandangkan seringkali tetingkap ‘popup’ adalah produk ’spyware.’ Seandainya anda klik pada pautan dalam tetingkap ‘popup’ berkemungkinan akan menyebabkan aplikasi ’spyware’ berkenaan akan di’install’ dalam PC anda! Untuk menutup tetingkap ‘popup’ klik tanda ‘X’ pada bar tajuk dan bukannya klik butang ‘close’ dalam tetingkap ‘popup’ berkenaan.
  • Berhati-hati dengan kotak dialog yang tidak anda jangka akan kemunculannya, yang meminta anda untuk menjalankan sesuatu program atau melaksanakan sesuatu kerja. Pilih “no” atau “cancel,” ataupun tutup kotak dialog berkenaan dengan klik pada tanda ‘X’ di bar tajuk.
  • Waspada dengan perisian yang anda muatturun – Terlalu banyak laman yang menawarkan bar perkakas ( toolbar ) yang menarik minat pengguna. Jangan muatturun program dari laman yang anda tidak percayai
  • Jangan klik pada pautan e-mel yang mendakwa menawarkan perisian anti-spyware – kerana pautan sepertinya bertindak sebaliknya dengan meng’install’ spyware dalam PC anda sebenarnya!
  • Jangan terpengaruh dengan laman yang menawarkan muzik percuma kerana selalunya laman berkenaan juga akan memuatturunkan spyware ke dalam PC anda!

>> Artikel asal pada laman Peter Bowey Computer Solutions