RalphTheGeek mencadangkan 10 perkara untuk mempastikan PC anda selamat daripada jangkitan virus dan spyware/malware.
- GunakanĀ perisian Anti Virus dan pastikan anda sentiasa mengemaskini paten virusnya.
- Guna khidmat e-mel yang dilengkapi anti virus.
- Jangan ‘install’ program P2P seperti LimeWire, Kazaa dan sebagainya.
- Elakkan dari ‘install’ program ‘percuma‘ seperti ‘weatherbug’, ’screensaver’ dan sebagainya.
- Jangan lawati lama yang meragukan.
- Jangan dwiklik pada ‘attachment’ e-mel berikut: exe, .bat, .com, .shs, .vbs or .scr .pif and sometimes .jse dan .vbe.
- Jalankan selalu program berikut: Spybot Search & Destroy, Ad Aware Personal SE, Windows Defender dan Housecall.
- Ketika melayari Internet, ELAKKAN dari menggunakan Internet Explorer. Gunalah browser lain seperti Firefox, Opera, Flock ataupun AvantBrowser.
- Windows Update – tetapkan komputer anda agar muatturun secara otomatik.
- Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan yang berkaitan.
>> Untuk membaca artikel penuh, sila ke RalphTheGeek.















