Tukar kata laluan akaun pengguna XP

Jika anda ingin menukar kata laluan akaun pengguna XP teapi tidak mengetahui kata laluan lama, anda boleh mencuba tip yang dicadangkan oleh admin, dari TechDo.

Cara yang dicadangkan beliau ialah seperti di bawah:

  • Pertama sekali anda perlu senarai kesemua akaun pengguna yang ada dalam komputer berkenaan. Caranya ialah klik Start > Run > dan taip cmd. Setelah tetingkap command prompt muncul, taip net users. Maka akan tersenarai kesemua akaun pengguna dalam komputer berkenaan, termasuk akaun pengguna yang tersembunyi.
  • Untuk menukar katalaluan bagi akaun pengguna tertentu yang ada dalam komputer berkenaan, munculkan semula tetingkap command prompt. Taip net user Johan * Jika nama pengguna terdiri dari dua perkataan, maka anda perlu letak quote pada nama pengguna berkenaan. Contohnya net user “Johan Arif” *
  • Setelah anda taip arahan di atas, sepatutnya Windows akan meminta dimasukkan kata laluan baru. Masukkan kata laluan baru dan tekan Enter. Anda akan diminta untuk tekan Enter sekali lagi untuk mengesahkan tindakan anda. Itu sahaja.

Artikel asal di TechDo

Dikirim dalam Hacking, Tip, Windows. 5 Komen »

5 Respons bagi “Tukar kata laluan akaun pengguna XP”

  1. kdputra Says:

    Bagaimana untuk tukar kata laluan admin bagi Win Vista Home Premium

    • PakNik Says:

      @kdputra: Untuk menukar kata laluan admin, anda perlu jalankan Vista dalam Safe Mode. Kemudian pergi ke Control Panel-User Accounts. Selamat mencuba

  2. zul Says:

    macam mana nak dapat balik user account yang terdelete?user accaunt tu administrasion punya.
    banyak file saya turut hilang bersama user account ini.macam mana nak dapat balik user acount ini..?

    • PakNik Says:

      @zul: Terdapat beberapa perisian percuma yang boleh anda cuba untuk mendapatkan balik data anda. Antaranya ialah Recuva, Undelete Plus, Pandora Recovery dan lain-lain. Untuk muatturun perisian tersebut sila lawati Snapfiles. Selamat Mencuba.


Tinggalkan jawapan