Cara menutup komputer anda dengan cepat?

Ask the Geek mencadangkan anda menaip arahan berikut dalam kotak arahan Run anda. Bagi anda yang tidak pasti apa itu kotak arahan Run, klik butang Start dan pilih Run! ;-)

Pada kotak arahan Run, taip arahan berikut : shutdown -f -s -t 0 dan tekan butang ENTER. PERHATIAN: pada arahan di atas, yang paling belakang ialah angka kosong ( 0 ) bukannya huruf o!

Dikirim dalam Tip, Windows. 3 Komen »

Tidak perlu defrag USB drive.

Hard drive mempunyai ‘read arm‘ yang sentiasa bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain pada hard drive bagi mencapai fail-fail yang berselerak ( defragmented ). Oleh sebab itu, adalah suatu langkah yang baik sekiranya anda defrag hard drive anda sekerap mungkin.

Macam mana pula dengan USB drive anda? Leo Notenboom mencadangkan anda agar JANGAN defrag USB drive anda memandangkan USB drive tidak mempunyai bahagian yang bergerak sepertimana hard drive. Bahkan menurut Notenboom, tindakan defrag USB drive mungkin memburukkan lagi keadaannya.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari laman Ask Leo.

Firefox – 500 juta muatturun

Dikirim dalam Firefox. Leave a Comment »

Aplikasi untuk menguji monitor

Terdapat beberapa perisian percuma yang boleh anda cuba untuk menguji monitor anda, sama ada CRT ataupun LCD.

Antara yang agak menarik ialah Eizo MonitorTest.

Anda boleh muatturun Eizo Monitortest di Softpedia.

Perisian lain termasuklah …

Sekiranya anda tidak mahu memuatturun perisian percuma di atas, terdapat ujian ke atas monitor yang boleh dibuat secara ‘online.’ Vanity.dk telah menyediakan ujian monitor secara online. Sila lawati vanity.dk

Ubah katalaluan streamyx

Anda perlu mengubah katalaluan streamyx anda untuk menghalang orang lain daripada menggunakan akaun streamyx anda!

Untuk mengubahnya anda hanya perlu layari TMBill dan pergi ke Accounts Management dan ubah kata laluan anda di situ.

Lindungi ‘Wireless Network’ Anda

Pada masa kini, perkakasan ‘wireless network’ ( rangkaian tanpa wayar ? ), tidak lagi semahal dahulu dan cara memasangnya pun amatlah senang. Oleh kerana senang, memasangnya, kebanyakan pengguna tidak menghiraukan aspek keselamatannya.

Practically Networked mencadangkan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi ‘wireless network’ anda daripada dicerobohi ataupun ada pengguna lain yang ‘menumpang’ rangkaian anda itu untuk melayari internet.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

  1. Ubah kata laluan untuk mengakses router anda. Anda boleh mengubah kata laluan router anda dengan mengaksesnya melalui ‘browser’ anda. Biasanya kebanyakan router akan menggunakan internet protocol (IP) ‘192.168.1.1′ namun untuk memastikan apakah IP gateway anda itu, anda boleh jalankan arahan ‘cmd’ dan taip ‘ipconfig’ pada command prompt.
  2. Jangan siarkan SSID ( Service Set IDentifier ) anda. SSID biasanya akan disiarkan oleh AP ( access point ) dan router secara otomatik. Perkara ini untuk memudahkan anda sekiranya anda TIDAK tahu apakah nama wireless LAN anda.
  3. Tetapkan WPA ( Wi Fi Protected Access ) ataupun sekurang-kurangnya tetapkan WEP ( Wired Equvalency Privacy ).
  4. Sekiranya router anda hanya tidak menyokong WPA, maka menetapkan WEP adalah lebih baik daripada tiada sebarang ketetapan langsung.
  5. Gunakan Mac address untuk mengawal WLAN anda. Namun sekiranya rangkaian anda mempunyai banyak komputer, kaedah ini mungkin membebankan.
  6. JANGAN tetapkan ‘Remote Administration.’

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Practically Networked.

Cara membuang perisian yang ‘degil.’

Anda memasang perisian tertentu dan ingin membuangnya daripada komputer anda. Kebanyakan daripada kita lazimnya akan menggunakan Add/Remove Programs yang terdapat dalam Control Panel. Ini adalah langkah yang terbaik untuk tujuan itu.

Bagaimana pula jika kaedah lazim seperti di atas tidak berjaya membuang perisian yang telah anda pasang?

Ada beberapa alternatif kepada Add/Remove Programs yang boleh anda cuba, untuk membuang perisian yang ‘degil.’  ;-)

Antara perisian yang disenaraikan oleh OnSoftware ialah seperti berikut:

  1. MyUninstaller
  2. Revo Uninstaller
  3. Add/Remove Manager

Terdapat 7 lagi perisian yang disenaraikan oleh OnSoftware. Anda boleh melihat sendiri perisian yang tersenarai serta memuatturunnya di OnSoftware

Revo Uninstaller bukan sahaja membuang kesemua fail bagi perisian yang anda pasang, bahkan ia juga membuang rujukan dalam Registry Windows anda juga!

Satu lagi perisian percuma yang boleh anda gunakan ialah Glary Utilities.

Dikirim dalam Tip, Windows. Leave a Comment »

Membuang halangan yang ditetapkan oleh virus/spyware.

Bagi mereka yang komputer mereka pernah dijangkiti virus/spyware/worm, terdapat beberapa halangan yang dicipta oleh virus/spyware/worm pada komputer anda. Antara halangan yang dicetuskan, bertujuan untuk menyukarkan pengguna mengesan virus/spyware/cecacing berkenaan ialah seperti halangan-halangan di bawah:

  • Tidak lagi dapat melihat fail atau folder yang tersembunyi kerana Folder Option telah ‘hilang.’
  • Tidak dapat menjalankan regedit.
  • Gagal menjalankan Task Manager .
  • Arahan ‘run’ juga telah’hilang.’
  • Begitu juga halnya dengan arahan ’search!’

Untuk memulihkan keadaan, SETELAH anda berjaya membuang segala saki baki virus/spyware/cecacing daripada komputer anda, laman Sergiwa telahpun menyediakan perkakasan yang amat berguna untuk membuang segala halangan yang tersebut di atas.

Remove Restrictions Tool akan mengembalikan ‘regedit’, ‘task manager’, ‘folder option’ dan lain-lain lagi.

RRT adalah percuma untuk kegunaan pengguna di rumah/individu. Anda boleh memuatturun perkakasan RRT di laman Sergiwa. Sila lihat sama lain-lain perkakasan yang disediakan di laman berkenaan, untuk kemudahan anda.

Selamat mencuba!

Perisian Alternatif & Percuma!

  1. IE – Firefox
  2. Microsoft Office – OpenOffice
  3. Mactopia ( untuk Mac ) – NeoOffice
  4. MathWORKS Mathlab – Scilab
  5. Microsoft Access – Kexi
  6. Microsoft Project – Open Workbench
  7. Mindjet – Freemind
  8. Adobe Illustrator – Inkscape
  9. Adobe Photoshop – GIMP
  10. Adobe Premiere – Avidemux
  11. AutoCAD – Archimedes
  12. Microsoft Paint – Tux Paint
  13. Adobe Dreamweaver – NVU
  14. Macromedia Flash Pro – Laszlo
  15. Microsoft FrontPage – Bluefish
  16. Microsoft Publisher – Scribus
  17. MSN Messenger – aMSN
  18. Microsoft Outlook – Thunderbird
  19. iTunes – Songbird
  20. Nero Burning Rom – K3B
  21. Quicktime – Darwin Streaming Server
  22. Windows Media Player – Miro
  23. CuteFTP – Filezilla
  24. iBackup – ZManda
  25. WinZip – 7-zip
  26. Microsoft Money ( Plus ) – TurboCash

sila ke laman whdb untuk sebahagian lagi perisian yang tidak disebut di sini. ;-)

Cara untuk hentikan IE

Tip ini disiarkan dalam MyDigitalLife. Caranya ialah pergi ke Control Panel-Add Remove Program dan pilih butang Set Program Access And Defaults. Lihat gambar di bawah ini:

Pada bahagian Choose a Default Web Browser, buang tanda dalam kotak di depan Internet Explorer. Itu sahaja.

Ada satu lagi kaedah yang diketengahkan di MyDigitalLife. Sila lawati laman MyDigitalLife untuk maklumat lanjut.