Ini adalah suatu kaedah yang dicadangkan oleh Fred Langa untuk membolehkan anda memasang semula sistem operasi Windows XP anda dan kesemua perisian dan fail-fail anda tetap sedia ada.
Dalam pengalaman saya menggunakan kaedah ini, ia akan berjaya ANDAINYA sistem operasi anda ( yakni XP ) tidak rosak teruk hingga tidak ditemui oleh CD installer XP! ( Lihat pada Langkah ke 7 dalam kaedah yang dicadangkan )
Kaedahnya ialah seperti berikut:
- Boot komputer anda menggunakan CD XP.
- Pada skrin ke 4
anda akan melihat skrin seperti di sebelah. JANGAN pilih dulu pilihan kedua iaitu Recovery Console!
- Apabila anda diperlihatkan skrin ini –
barulah anda pilih Recovery Console dengan menekan kekunci R!
- Anda perlu memasukkan Product Key untuk XP anda. Setelah selesai, sepatutnya anda akan dapati semua perisian yang anda pasang sebelum ini seperti Office dan sebagainya telah sedia ada, termasuklah fail-fail anda.
- Jika skrin ke 7 tidak keluar, sebaliknya skrin seperti DI BAWAH pula yang muncul bermakna sistem operasi Windows anda sudah tidak dapat dibaiki dengan kaedah ini. Maknanya perlulah anda ‘backup’ fail-fail anda, pasang semula XP dari mula serta memasang kembali segala perisian anda.

Sila lawati InformationWeek untuk melihat dengan lebih jelas kaedah yang Fred Langa cadangkan itu.