Cara menutup komputer anda dengan cepat?

Ask the Geek mencadangkan anda menaip arahan berikut dalam kotak arahan Run anda. Bagi anda yang tidak pasti apa itu kotak arahan Run, klik butang Start dan pilih Run! ;-)

Pada kotak arahan Run, taip arahan berikut : shutdown -f -s -t 0 dan tekan butang ENTER. PERHATIAN: pada arahan di atas, yang paling belakang ialah angka kosong ( 0 ) bukannya huruf o!

Dikirim dalam Tip, Windows. 3 Komen »

Tidak perlu defrag USB drive.

Hard drive mempunyai ‘read arm‘ yang sentiasa bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain pada hard drive bagi mencapai fail-fail yang berselerak ( defragmented ). Oleh sebab itu, adalah suatu langkah yang baik sekiranya anda defrag hard drive anda sekerap mungkin.

Macam mana pula dengan USB drive anda? Leo Notenboom mencadangkan anda agar JANGAN defrag USB drive anda memandangkan USB drive tidak mempunyai bahagian yang bergerak sepertimana hard drive. Bahkan menurut Notenboom, tindakan defrag USB drive mungkin memburukkan lagi keadaannya.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari laman Ask Leo.