AutoPatcher

Sekira kali kita sebagai pengguna Windows diingatkan agar sentiasa ‘update‘ perlindungan untuk OS berkenaan. Ada beberapa kaedah yang kerap dipilih oleh pengguna seperti menggunakan ‘Windows Update.’ Namun ada kaedah yang lebih mudah pada pandangan saya, setelah menggunakannya sejak tahun 2003 lagi, iaitu dengan memuatturun ‘Autopatcher.’

Namun setelah kaedah itu dihalang oleh Microsoft pada 30 Mac 2007, saya pun kurang mengikuti perkembangan laman web berkenaan dengan anggapan bahawa ianya telah disekat buat selama-lamanya  ;-(

Rupa-rupanya laman web berkenaan telah kembali beroprasi dan boleh dimuatturun semula semua ‘WIndows Updates’ sejak 23 Januari lepas!

Antara kebaikan menggunakan muatturun daripada Autopatcher ialah:

  1. Ia adalah PERCUMA    :D
  2. Menggunakan kurang ‘bandwidth‘ berbanding Windows update. Setelah dimuatturun anda boleh pasang update berkenaan pada beberapa komputer lain, termasuklah komputer yang tidak mempunyai akses kepada internet!
  3. Ia adalah lebih fleksibel berbanding Windows update dimana anda boleh memilih untuk memasang update yang anda inginkan.
  4. Update yang anda muatturun dari Autopatcher boleh anda pasang menerusi rangkaian komputer tanpa banyak masalah.
  5. Tidak perlu memasang Windows Genuine Advantage ketika memasang ‘update’ pada PC anda.

Terdapat muatturun untuk Windows 2000, Windows XP 32bit, Windows 2003, Windows XP & 2003 64bit dan juga Vista.

Sila lawati Autopatcher untuk menaiktaraf perlindungan Windows anda.

Jalankan aplikasi anda menggunakan Launchy

Jika anda masih terkial-kial mencari dalam Start Menu anda aplikasi yang hendak anda jalankan, kini ada kaedah yang lebih mudah untuk anda jalankan aplikasi pilihan anda.

Caranya ialah dengan menggunakan pelancar aplikasi seperti Launchy.

Lihat ’screenshots’ di atas, apabila anda sudah memasang Launchy, untuk memulakannya anda perlu menekan kekunci Alt+Space. Yang di sebelah atas akan keluar pada ‘desktop’ anda. Seterusnya jika anda taip “wor” secara otomatik Launchy akan menyenaraikan aplikasi yang bersesuaian untuk anda pilih, seperti dalam ’screenshot’ di bawah ini:

Jadi, anda diberi beberapa pilihan. Pilih sahaja aplikasi yang anda inginkan dan tekan kekunci ‘Enter.’

Anda boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang aplikasi ini di lamanweb Launchy dan memuatturun Launchy 2.0 dan versi yang sebelumnya di SourceForge

Selamat mencuba….. ;-)

Perisian Anti Virus untuk USB drive anda

Sudah sekian lama saya mencari perisian anti virus khusus untuk USB drive yang mampu melindungi USB drive daripada dijangkiti oleh virus daripada PC. Seringkali bila saya membuat ‘troubleshooting’ atau memasang perisian tertentu pada komputer pelanggan menggunakan USB drive, kerap terjadi virus yang sudah sedia terdapat pada komputer itu akan menjangkiti USB drive saya.

Menurut laman web pendriveapps, perisian Mx One ini mampu menghalang USB drive anda dari dijangkiti oleh virus. Disamping itu ia juga mampu membuat imbasan kepada ‘boot sector’ drive anda untuk membuang segala autorun yang tidak diingini.

Anda boleh muatturun pada laman web pendriveapps. Selamat mencuba.

Beberapa tanggapan teknikal yang salah….

Kailas Shastry dari PC World India telah menyenaraikan 30 tanggapan silap berkaitan dengan hal teknikal komputer. Antaranya ialah:

  1. Tutup suis tanpa ’shut down’ dulu Windows akan menyebabkan komputer rosak.
  2. Anda mesti ‘hentikan’ terlebih dahulu USB drive sebelum dicabut daripada komputer.
  3. Selalu membuka dan menutup komputer akan mengurangkan ‘hayat’ komputer anda.
  4. OS 64 bit adalah dua kali ganda lebih laju berbanding OS 32 bit.
  5. Mengosongkan ‘Recycle Bin’ akan memastikan bahawa fail itu akan lenyap terus.
  6. Magnet akan merosakkan data dalam peranti anda seperti ‘harddisk’ ataupun ‘USB drive.’
  7. Media CD/DVD akan tahan selama-lamanya.
  8. Jika komputer anda sudah dipasang perisian anti virus maka tidak perlulah anda risau apabila anda memasang sebarang perisian baru.

Untuk maklumat terperinci tentang salah tanggapan teknikal berkaitan dengan komputer, sila lawati laman web ComputerWorld Australia.