Cecacing komputer menyelinap menerusi MySpace, Facebook

ZDNet melaporkan bahawa para pengkaji di Kaspersky Lab telah mendapati dua cecacing komputer baru yang telah berjaya menyelinap masuk menerusi MySpace dan Facebook dengan menggunakan beberapa ‘umpan’ untuk meletakkan ‘malware’ di dalam Windows.

Cecacing itu akan merebak sekiranya sebarang komen yang palsu pada ruang komen itu dalam MySpace dan juga Facebook diklik, dengan menyediakan umpan iaitu video dan muatturun Flash Player palsu yang akhirnya akan memperdayakan pengguna untuk memasang ‘malware’ berkenaan.

Sila capai pautan pada ZDNet di atas untuk mengetahui lebih lanjut.

Ikon muncul lebih cepat.

Menurut MyPCHell, secara ‘default’ setiap kali kita membuka My computer, secara otomatik Windows akan terus mencari folder network dan pencetak anda yang akan menyebabkan ikon-ikon anda lambat muncul. Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku, ikuti langkah-langkah yang disyorkan oleh MyPCHell….

  1. Buka My Computer,, Pilih Tools, , dan Folder Options,.
  2. Kemudian pilih View, tab.
  3. Buang tanda pada kotak “Automatically search for network folders and printers, ” dan klik Apply,

Itu sahaja. Selamat mencuba.

Dikirim dalam Tip. Label: . 3 Komen »