Cecacing komputer menyelinap menerusi MySpace, Facebook

ZDNet melaporkan bahawa para pengkaji di Kaspersky Lab telah mendapati dua cecacing komputer baru yang telah berjaya menyelinap masuk menerusi MySpace dan Facebook dengan menggunakan beberapa ‘umpan’ untuk meletakkan ‘malware’ di dalam Windows.

Cecacing itu akan merebak sekiranya sebarang komen yang palsu pada ruang komen itu dalam MySpace dan juga Facebook diklik, dengan menyediakan umpan iaitu video dan muatturun Flash Player palsu yang akhirnya akan memperdayakan pengguna untuk memasang ‘malware’ berkenaan.

Sila capai pautan pada ZDNet di atas untuk mengetahui lebih lanjut.

Tinggalkan jawapan