Sebuah syarikat perisian, Devil Mountain Software menganggarkan satu dari setiap tiga orang yang membeli komputer baru yang datang dengan Vista telah ‘downgrade’ OS mereka kepada XP ataupun meminta syarikat seperti Dell untuk melakukannya.
Sebuah syarikat perisian, Devil Mountain Software menganggarkan satu dari setiap tiga orang yang membeli komputer baru yang datang dengan Vista telah ‘downgrade’ OS mereka kepada XP ataupun meminta syarikat seperti Dell untuk melakukannya.
Ramai antara pengguna Windows yang menghadapi masalah untuk menjalankan kotak ‘Run’ dan juga Task Manager khususnya setelah dijangkiti virus ataupun spyware.
Kini saya telah menemui satu lagi aplikasi yang membolehkan anda menjalankan arahan seperti services.msc, compmgmt.msc, control, appwiz.cpl, regedt32, cmd sekalipun kotak Run & Task Manager tidak dapat lagi dijalankan, iaitu RunMinic.
Ia adalah aplikasi ‘portable’ jadi pastikan anda membawa aplikasi ini dalam USB drive anda juga.
Selamat mencuba.
via [ DownloadSquad ]
Bagi anda yang ingin mencuba Sistem Operasi Linux tetapi tidak mahu memasangnya pada harddisk anda, anda bolehlah memuatturun pelbagai distro Linux LiveCD dan mencubanya. Tetapi kaedah ini memerlukan anda muatturun file iso LiveCD berkenaan, ‘burn’ pada CD kosong dan mulakan komputer anda dengan LiveCD berkenaan.
Kini terdapat satu lagi kaedah, yang tidak memerlukan anda ‘burn’ pada CD lagi. Kaedah yang dimaksudkan ialah MobaLiveCD. Dengan memuatturun dan memasang perisian berkenaan ( hanya 1.6MB sahaja! ) anda boleh terus mencuba sebarang distro Linux LiveCD dalam Windows. Perlu diingat bahawa menjalankan OS di dalam OS jadi akan timbul soal ’slow’.
Anda hanya perlu klik pada butang Run the LiveCD dan tentukan dimana file iso anda itu berada. Setelah anda temui file iso yang anda ingin jalankan, apa yang berlaku adalah seperti ’screenshot’ di bawah….Saya telah menjalankan iso Slax.
Selamat mencuba
Sumber: DownloadSquad
OOsah menawarkan 1 TB simpanan maya secara percuma. Anda cuma perlu mendaftar dan terus boleh anda gunakan akaun anda itu.
Menurut LifeHacker, OOsah hanya menyediakan simpanan maya untuk video, muzik dan gambar SAHAJA! Anda tidak boleh menyimpan sebarang dokumen atau file aplikasi exe.
Anda juga dihadkan muatnaik 200MB video dan 9MB audio.
Sekadar nak berkongsi maklumat, agar kita tahu secara asas apa beza antara DSL, WiFi dan WiMAX dari segi kelajuannya.
Broadband yang mengunakan kabel seperti DSL, kelajuan yang boleh dicapai untuk menghantar data adalah daripada 512kb hingga mencapai 10Mbps.
Manakala WiFi pula boleh berfungsi untuk jarak 100 kaki sahaja dan kelajuan untuk menghantar data adalah lebih perlahan.
WiMAX pula boleh memberi perkhidmatan kepada kawasan sejauh 50km dengan kelajuan menghantar data pada tahap 70Mbps.
Sumber: ComputerFreeTips
Biasanya item yang secara ‘default’ pada menu Send To ialah seperti dalam ’screenshot’ di bawah:
Anda boleh menambah item pada menu Send To anda dengan menambah beberapa ’shortcut’ pada folder Send To anda, seperti dalam ’screenshot’ di bawah :
‘Screenshot’ dari laman LifeHacker
Cara untuk anda menambah item pada menu Send To anda itu ialah:
Untuk mengukur kelajuan broadband anda, sila lawati laman web Speed.io ( via LifeHacker )
Anda juga boleh mencuba SpeedTest ataupun TM Net Speedometer
Jika anda ingin mempelajari perkara asas dalam menggunakan Photoshop ataupun anda ingin memahirkan lagi diri anda, sila lawati laman web Elite By Design.
Anda akan diajar mengenali perkakasan dalam Photoshop hinggalah typografi, perisian laman web dan sebagainya.
Laman web berkenaan adalah dalam Bahasa Inggeris.
Selamat mencuba
Sistem Operasi terkini dari Microsoft setelah Vista….
Untuk melihat ’screenshot’ lain sila lawati CrunchGear