Virus disebar melalui laman YouTube palsu

Pelbagai kaedah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menceroboh komputer anda.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa memuatturun aplikasi yang tidak diketahui asal usulnya adalah suatu amalan yang membahayakan.

Kini golongan tertentu telah menemui suatu kaedah, yang bukanlah suatu tektik baru, untuk memasukkan program mereka ke dalam komputer anda.

Senario yang berlaku adalah seperti berikut:

  • Pengguna menerima ‘link’ untuk video dalam e-mail mereka.
  • Bila pengguna klik pada ‘link’ berkenaan, mereka akan dimaklumkan bahawa video yang dicari itu tidak akan dapat dimainkan dengan betul hinggalah dipasang ‘aplikasi’ tertentu!
  • ‘Link’ yang disediakan itu juga merujuk kepada program hacker berkenaan.
  • Setelah program berkenaan berjaya dipasang pada komputer anda, ia seterusnya akan menjurus anda kepada lama YouTube yang betul, lantas menyembunyikan pencerobohan mereka itu.

Terdapat dua tanda yang ketara bagi mereka yang peka bahawa ia adalah palsu.

  1. Ia adalah ‘link’ yang dihantar kepada anda!
  2. Alamat YouTube pada lama web bukanlah alamat YouTube yang sebenar!

Yahoo! News

Halang virus menjangkiti USB drive anda

Selain daripada harddrive pada komputer kita, USB drive adalah merupakan suatu media yang amat senang untuk dijangkiti oleh virus.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bantuan teknikal IT, seringkali saya berdepan dengan pelbagai masalah pada komputer pelanggan, setelah dijangkiti oleh virus mahupun spyware. Seringkali saya menyediakan perisian yang saya selalu gunakan dalam USB drive DAN DVDR. Yang menjadi masalahnya ialah apabila saya terlupa membawa DVDR saya, terpaksalah saya ‘korbankan‘ USB drive saya untuk dijangkiti oleh virus pada PC pelanggan tadi, bagi membolehkan saya membersihkan PC itu.

Seringkali juga saya terpaksa format semula USB drive saya itu dan muatkan semula segala perisian yang perlu.

Pernah saya tulis pada blog ini tentang MXOne, namun ianya adalah kurang berkesan. Saya sudah mengalaminya.

Kini terdapat suatu lagi kaedah iaitu dengan mengenakan ‘Write Protect’ pada USB drive anda! Jika USB drive anda berada dalam keadaan ‘Write Protect’ bermakna pada teorinya virus dan spyware tidak akan dapat menjangkitinya. Harus diingat bahawa dalam keadaan itu juga anda tidak boleh menyimpan sebarang file atau aplikasi sehinggalah anda nyahkan “Write Protect’ tadi.

Setelah anda memasang USB Write Protect, anda akan berdepan dengan screen seperti di atas. Klik pada ‘USB write protection ON’, cabut USB Drive anda dan pasang semula pada slotnya.

Jika anda ingin memuatturun sebarang aplikasi atau perisian, jangan lupa untuk buang “Write Protect” tadi iaitu dengan memilih ‘USB write protection OFF.’

Harus diingat bahawa jika anda memilih untuk OFFkannya anda akan berdepan dengan skrin di bawah ini pula……

Ia hanya sekadar amaran sahaja. Klik Continue. Selepas itu cabut USB drive anda dan pasang semula ke slotnya untuk membolehkan anda memuatturun perisian atau aplikasi pada USB Drive anda semula. Kena kerja lebih la sedikit, tetapi biar lambat asal selamat kan.     :D

Muatturun USBWP di sini

Peringatan: Sekiranya anda telah “write protect” satu USB drive anda, maka semua perkakasan USB lain seperti Digital Camera, MP3/MP4 player anda secara otomatik akan menjadi ‘write protect’ juga jika anda memasangnya pada komputer berkenaan. Harap maklum.  :-P