Lagi laman tutorial Photoshop

Berikut adalah laman web mengenai tutorial Photoshop yang disenaraikan oleh MakeUseOf.

  1. You Suck At Photoshop – Laman ini mencabar anda untuk menunjukkan betapa perlunya anda mengikuti tutorial Photoshop. Video yang disediakan ( dalam Bahasa Inggeris ) sangat sinis namun memberi maklumat yang berfaedah kepada anda.
  2. Tutorial9 - Laman ini mempunyai panduan untuk perisian lain juga, bukan sahaja untuk Photoshop. Langkah demi langkah ditunjukkan kepada anda serta perkakasan Photoshop yang tepat yang perlu anda gunakan.
  3. PSDTUTS - Tutorial dalam bentuk gambar-gambar.
  4. Good Tutorials
  5. The Photoshop Lady – laman ini mengumpulkan tutorial Photoshop yang terbaik untuk kemudahan anda.
  6. Photoshop Tutorials
  7. Luxa - kombinasi video tunjukajar, tutorial dan artikel.
  8. Photoshop Contest
  9. PSHero
  10. PSDTop

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati MakeUseOf.

Dapatkan kembali data dari CD/DVD calar

Saya pasti ada di kalangan anda yang mengalami masalah CD/DVD tercalar hingga menyukarkan anda memasangnya pada CD/DVD drive.

Jika CD/DVD itu mengandungi perisian/data yang sangat penting buat anda, kini anda boleh cuba mendapatkannya semula menggunakan CD Recovery ToolBox.

cdrecovery_page01normal

cdrecovery_page02small

Dikirim dalam Tip. Label: , . Leave a Comment »

Hati-hati menyertai kuiz online

Saya pasti anda pernah menyertai kuiz-kuiz yang kita temui pada lamanweb-lamanweb tertentu sekadar untuk mengetahui secara kasar pencapaian kita dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Namun kini terdapat kuiz-kuiz tertentu yang mungkin akan menelan kredit handfon anda sekiranya anda tidak berhati-hati. Sekadar contoh mungkin anda pernah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kuiz seperti di bawah:

trap

trap3

Kalau anda perhatikan, terdapat bendera Malaysia di bahagian bawah skrin. Dalam erti kata lain mereka sudah mengenalpasti menerusi IP anda dari mana anda datang! Jika anda sms kepada nombor yang tertera, apa yang saya faham ini bermaksud anda telahpun melanggan perkhidmatan berkenaan.

trap2Tulisan yang dipaparkan sangatlah kecil. Berikut adalah syarat dan terma dalam fon yang lebih besar “

*This is a Wixawin service promoted by TMG B.V. | This is a subscription service which is ongoing until user quits.| Stop service? Text ’stop’ to 36181| Subscription: 4 msg per week, RM3.00 per msg received. | Age: 18+ only – ask bill payer’s permission | Helpdesk: 03-20722617 | This service operates according to the Malaysian code of conduct for SMS services. | By sending a sms to 36181, you acknowledge that you have read and understood the ‘Terms & Conditions’ and agree to be bound by these ‘Terms &  Conditions’ | Service Provider: Sybase 365 Asia Sdn Bhd.”

Dikirim dalam Tip. Label: , . 3 Komen »

Sidebar untuk XP

Jika anda ingin Windows XP anda mempunyai sidebar seperti yang terdapat pada Windows Vista, maka anda kini boleh memperolehinya dengan memasang WinSideBar.

Keperluan asas untuk memasang WinSidebar:

Windows XP Service Pack 3
Microsoft .NET Framework 2.0
Internet Explorer 7
Alky for Applications XP
(alky_1.1_xp.msi) ( Disertakan dalam file download berkenaan)

via [ Technize ]

Dikirim dalam Tip. Label: . 1 Komen »

60 tutorial tentang Photoshop

Bagi anda yang ingin memahirkan lagi diri anda menggunakan Adobe Photoshop, maka laman Noupe mungkin boleh membantu anda. Laman ini menyediakan tutorial tentang Photoshop mengenai bidang-bidang berikut:

  1. Photoshop Textures
  2. Photoshop Patterns
  3. Photoshop Tutorials
  4. Photoshop Brushes
  5. Photoshop Actions
  6. Photoshop Downloadable .PSD Files
  7. Photoshop Cheat Sheets

Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati Noupe

Anda juga boleh melawat laman web SmashingMagazines untuk mendapatkan lebih banyak lagi tutorial tentang Photoshop, seperti contoh di bawah….

01-cross_processing_atn

Selamat mencuba

Dikirim dalam Tip, Tutorial. 1 Komen »