Hati-hati menyertai kuiz online

Saya pasti anda pernah menyertai kuiz-kuiz yang kita temui pada lamanweb-lamanweb tertentu sekadar untuk mengetahui secara kasar pencapaian kita dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Namun kini terdapat kuiz-kuiz tertentu yang mungkin akan menelan kredit handfon anda sekiranya anda tidak berhati-hati. Sekadar contoh mungkin anda pernah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kuiz seperti di bawah:

trap

trap3

Kalau anda perhatikan, terdapat bendera Malaysia di bahagian bawah skrin. Dalam erti kata lain mereka sudah mengenalpasti menerusi IP anda dari mana anda datang! Jika anda sms kepada nombor yang tertera, apa yang saya faham ini bermaksud anda telahpun melanggan perkhidmatan berkenaan.

trap2Tulisan yang dipaparkan sangatlah kecil. Berikut adalah syarat dan terma dalam fon yang lebih besar “

*This is a Wixawin service promoted by TMG B.V. | This is a subscription service which is ongoing until user quits.| Stop service? Text ’stop’ to 36181| Subscription: 4 msg per week, RM3.00 per msg received. | Age: 18+ only – ask bill payer’s permission | Helpdesk: 03-20722617 | This service operates according to the Malaysian code of conduct for SMS services. | By sending a sms to 36181, you acknowledge that you have read and understood the ‘Terms & Conditions’ and agree to be bound by these ‘Terms &  Conditions’ | Service Provider: Sybase 365 Asia Sdn Bhd.”

Dikirim dalam Tip. Label: , . 3 Komen »

Sidebar untuk XP

Jika anda ingin Windows XP anda mempunyai sidebar seperti yang terdapat pada Windows Vista, maka anda kini boleh memperolehinya dengan memasang WinSideBar.

Keperluan asas untuk memasang WinSidebar:

Windows XP Service Pack 3
Microsoft .NET Framework 2.0
Internet Explorer 7
Alky for Applications XP
(alky_1.1_xp.msi) ( Disertakan dalam file download berkenaan)

via [ Technize ]

Dikirim dalam Tip. Label: . 1 Komen »