PC anda perlahan?

PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:

  1. Masalah harddisk. Jika harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak, ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
  2. Virus! ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
  3. Malware/Spyware! Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus, anda perlu ‘update’ anti spyware anda dan jalankan imbasan.
  4. Kurang RAM! Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista. Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
  5. Fragmentasi sistem operasi! Seringkali pengguna PC alpa untuk melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
  6. Fail-fail sementara! Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan ‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya, ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan CCleaner dan/atau Glary Utilites.

Sumber asal:  pcproblems.afraid.org

Muat turun driver XP untuk laptop Acer

Bagi anda yang berhasrat untuk memasang Windows XP pada laptop anda, kini anda boleh melayari Acertips untuk mendapatkan driver berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, laptop Acer yang baru, seperti Acer Aspire 4730z yang baru saya belikan untuk rakan saya di BBS, hanya disediakan driver untuk Windows Vista sahaja.

Untuk memuat turun driver XP untuk Aspire 4730z dan banyak lagi model laptop Acer lain, sila kunjungi Acertips