Botnet

Bot pada hakikatnya adalah ‘malware‘ yang menyelinap masuk ke dalam komputer mangsa tanpa pengetahuan pemiliknya untuk menjalankan aktiviti yang diluar pengetahuan pemilik komputer berkenaan. Komputer yang telah dijangkiti ‘bots‘ lebih dikenali sebagai ‘zombie PC.’

Disamping mengumpul data seperti katalaluan, maklumat perbankan anda serta nombor telefon, aktiviti yang lebih teruk ialah ‘zombie PC‘ akan digunakan sebagai saluran untuk melancarkan serangan DoS ( Denial of Service ) terhadap laman web, menjalankan aktiviti ‘phishing‘ serta penghantaran ’spam mail.’ Sekiranya aktiviti ini dikesan sekalipon, PC yang akan dikesan ialah PC yang telah menjadi mangsa bukannya pengendali sebenarnya.

Andainya ketika anda sedang melayari internet, anda dapat komputer anda agak perlahan, untuk memastikan sama ada komputer anda sudah menjadi ‘zombie‘ atau tidak, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:   :D

  1. Hentikan dahulu layari internet.
  2. Hentikan sebarang aplikasi e-mel.
  3. Jalankan Task Manager, klik pada tab Network – andainya anda dapati ada beberapa peratus aktiviti, kemungkinan komputer anda sudah dijangkiti!    :(

Berikut adalah beberapa perkakasan percuma untuk memeriksa komputer anda sama ada telah dijangkiti bots atau belum.

Sila muatturun jika anda mengesyaki komputer anda sudah dijangkiti.

E mail pakai buang? :D

Seringkali jika kita melayari internet, kita akan bertemu dengan laman web yang memerlukan alamat e-mail untuk pengesahan seperti laman forum dan sebagainya. Jika anda tidak ingin mendedahkan e-mail anda kepada ’spammers’ atau dikutip oleh ‘bots’ satu cara untuk mengatasinya ialah dengan memiliki e-mail sementara.

Kebanyakan e-mail pakai buang ini tidak memerlukan kita untuk mendaftar.

Antara e-mail sementara yang boleh anda gunakan adalah seperti:

  • Mailinator – anda hanya perlu untuk menghantar email anda ke Mailinator dari email sedia ada anda. Contohnya anda hantar dari Yahoo Mail kepada Mailinator dengan memilih alamat email anda siap-siap, minyakatar@mailinator.com. Setelah itu anda hanya perlu lawati laman web Mailinator untuk memeriksa email anda. Mudah kan? Harus diingat bahawa email yang disimpan di Mailinator ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja. Anda hanya boleh menerima sahaja email di Mailinator.
  • GuerillaMail – menawarkan email sementara yang hanya menyimpan email anda selama 15 minit sahaja. Berbeza dengan Mailinator, GuerillaMail membenarkan anda menerima dan menghantar email.
  • MyTrashMail – Anda juga tidak diperlukan untuk mendaftar untuk mencipta email di MyTrashMail

mytrashmail

Pastikan domain mana yang aktif sebelum anda ciptakan alamat email anda. Itu sahaja. Bila anda hendak melihat email anda hanya lawati laman MyTrashMail dan masukkan alamat email yang anda cipta, klik Get Email.

  • TemporaryInbox – alamat email ini juga tidak memerlukan pendaftaran, namun alamat email yang anda buat hanya akan bertahan untuk 6 jam sahaja. Anda hanya perlu menaip alamat email sementara anda pada kotak ‘Check Your Inbox” dan klik butang Go di bawahnya.

Jika anda ingin mengetahui alamat email sementara yang lain, sila lawati laman web ini.

Panduan tentang Wifi

Kini semakin ramai pengguna internet di negara kita sudah pun memiliki capaian tanpa wayar untuk melayari internet. Sama ada mereka memang memerlukannya atau tidak, itu adalah suatu persoalan lain.    :D

Saya cuba kongsikan di sini beberapa maklumat yang elok anda pertimbangkan sekiranya anda menggunakan WiFi/WiMax.

  • Pertama ialah Perlindungan – Anda patut sangat membuat kata laluan untuk ‘access’ wireless anda. Sekiranya anda merasakan ini adalah tidak penting, cuba bayangkan senario dimana seseorang yang berkongsi WiFi anda dan melakukan aktiviti seperti ‘phishing scam‘ lalu dikesan oleh pihak berkuasa. Cuba teka, pihak berkuasa akan mengetuk pintu rumah siapa? Elakkan dari menggunakan WEP kerana sebab-sebab tertentu, tetapi cuba gunakan WPA untuk ‘encryption’ anda.
  • Perkara kedua ialah kedudukan – Penting anda memastikan kedudukan peralatan WiFI anda untuk mengelak sebarang gangguan. ‘Cordless Phone’ dab microwave akan mengganggu WiFI anda. Begitu juga dinding konkrit. Satu perkara lagi ialah antenna perkakas wireless anda hendaklah tegak bukan condong ke arah PC, kerana signal dari antenna itu adalah dari sebelah sisinya bukan dari atas antenna itu.
  • Ketiga ialah keserasian – Memang tidak dapat disangkal bahawa jika anda mempunyai Dlink Wireless router misalnya, maka tidak menjadi masalah jika anda gunakan kad wireless jenama lain untuk mencapai wireless router jenama Dlink. Tetapi jika dapat, pastikan semuanya adalah jenama yang sama.  :P
  • Update firmware – pastikan anda sentiasa kemaskini ‘firmware’ untuk perkakas wireless anda. Lawatilah selalu laman web pengeluar perkakas yang anda gunakan.
  • Isu kelima ialah jarak – semakin jauh anda dari router maka bermakna semakin lemah signalnya. Secara amnya diketahui bahawa jarak kurang dari 100 meter adalah jarak yang paling sesuai. Kelembapan udara juga memainkan peranan membantut kelancaran signal perkakas anda.

Sumber asal….lihat di sini

Dikirim dalam Networking, Tip. Label: , . 4 Komen »

Pastikan perisian yang telah anda pasang terkini…

Ada dua cara yang dapat saya temui setakat ini untuk memastikan perisian pada PC anda adalah yang terkini .

  • Secunia PSI.

1-thumb13

11-thumb5

11-thumb6

Anda boleh muatturun Secunia PSI di sini

Apa yang berlaku setelah anda siap memasang Secunia PSI pada PC anda ialah, perisian berkenaan akan terus mengimbas PC anda untuk mencari perisian- perisian yang dah ‘lapuk’ dan kurang selamat. Setelah itu anda akan diberikan huraian yang jelas tentang hasil pencarian PSI berkenaan. Setelah itu anda akan diberi pilihan sama ada untuk mengemaskini perisian berkenaan ataupun idak.

Cara kedua ialah dengan menggunakan Update Checker dari FileHippo.

sshot-1

Muatturun di sini

Untuk menggunakan Update Checker dari FileHippo sila pastikan PC anda telah dipasang Microsoft .Net Framework 2.0. Kalau belum ada, sila muatturun di sini.

Selamat mencuba………. :D

Update: Salah seorang pembaca telah mencadangkan satu lagi perisian iaitu RadarSync yang bukan hanya melakukan tugas yang sama malah boleh memastikan bahawa ‘driver’ untuk PC anda juga terkini. Jika Pirillo mengatakan bahawa ia adalah suatu perisian yang mesti dimiliki oleh semua pengguna Windows, maka bagi saya itu sudah memadai untuk kita memilikinya.

Yahoo! Briefcase akan ditutup!

Bagi anda yang menyimpan fail-fail penting dalam Yahoo! Briefcase, harap anda memuatturunnya sebelum 30hb Mac ini.

yahoo-briefcase

Dikirim dalam Tip. Label: . Leave a Comment »