‘Upgrade’ perisian anda dengan cara mudah

Saya kerap juga ‘upgrade’ aplikasi pada komputer saya, seperti Firefox, Chrome, CCleaner dan sebagainya. Kerapkali bila menjalankan ‘upgrade’ kita akan berdepan dengan pilihan ( yang telah pun ditandakan untuk kita pada kotak-kotak berkenaan ) mengenai toolbar browser dan sebagainya.

Kini anda boleh ‘upgrade’ perisian anda tanpa perlu pening kepala pasal semua itu. Caranya ialah dengan menggunakan khidmat Ninite.com. Ninite.com boleh membantu anda ‘upgrade’ 58 aplikasi Windows.

Harus diberi perhatian bahawa khidmat ini hanya boleh dijalankan pada Sistem Operasi XP ke atas sahaja.

Setelah anda memilih aplikasi yang ingin anda ‘upgrade’ pada laman Ninite.com, anda akan diminta muatturun fail ‘installer.’

Dwiklik fail installer berkenaan dan tetingkap seperti di atas akan muncul. Biarkan sahaja ‘upgrade’ itu berjalan dan anda bolehlah membuat kerja lain……… :D

Selamat mencuba.

E-book Windows 7

Mungkin sudah ramai daripada anda yang telah memasang Windows 7 pada komputer mereka.

Di sini saya berikan pautan untuk e-book berkenaan dengan Windows 7.

Moga menjadi panduan untuk anda menggunakan sistem operasi terbaru dari Microsoft.

Dapatkan ACDSee Photo Editor 08 Percuma!

Menurut InstantFundas, majalah CHIP dalam bahasa Polish masih memberi secara percuma kunci lesen untuk ACDSee Photo Editor 2008.

Apa yang perlu anda lakukan hanya, pergi ke laman CHIP Polish berkenaan.

CHIP daftarSetelah anda klik hantar, buka akaun e-mel anda untuk mendapatkan kunci lesen. Sebelum itu boleh juga anda muatturun ACDSee Photo Editor 2008 trial version.

Setelah anda berjaya memasang perisian berkenaan, masukkan kunci lesen yang anda dapati dari majalah CHIP Polish berkenaan.

Sumber: InstantFundas.