Pasang Windows 7 Guna USB Drive.

Panduan ini khusus kepada anda yang memiliki NetBook ataupun yang ingin cuba memasang Windows 7 menggunakan USB Drive.

Secara rasminya Microsoft telah menyediakan suatu perkakasan untuk tujuan ini, iaitu Windows 7 USB/DVD Download Tool, namun sepertimana yang dimaklumkan oleh Rafael dalam laman beliau WithinWindows, pekakasan dari Microsoft itu hanya akan berjaya sekiranya anda gunakan imej ISO Windows 7 yang dimuatturun daripada Microsoft Online Store sahaja!

Jadi bagi anda yang ingin menggunakan ISO Windows 7 yang tidak anda muatturun dari Microsoft Online Store, ada beberapa panduan untuk anda memasang Windows 7 menggunakan USB Drive.

  1. Sekiranya anda ingin juga menggunakan perkakasan dari Microsoft di atas dengan ISO Windows 7 anda, anda perlu muatturun perkakasan lain yang telah dibina oleh Rafael. Muatturun di sini.
  2. Cara seterusnya ialah dengan menggunakan UltraISO 9. Namun anda perlu memiliki versi penuh UltraISO 9 kerana versi percubaan hanya boleh ‘burn’ imej yang saiznya 300MB ke bawah sahaja!
  3. Satu cara lagi ialah anda format USB Drive anda menggunakan Vista dengan cara berikut : -

CMD
FORMAT F: /FS NTFS (dimana F: adalah USB drive anda.)

Aktifkan partition pertama drive berkenaan:
Start DISKPART
LIST DISK
SELECT DISK x (di mana x ialah nombor drive yang ditunjukkan dari arahan sebelum ini)
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
EXIT

‘Mount’  ISO yang anda muatturun dari Microsoft menggunakan Daemon tool atau lain-lain aplikasi sempamanya.

Letakkan W7 bootsector pada drive:
Z: (di mana Z: ialah cdrom drive anda di mana ISO anda di mount)
CD \BOOT
BOOTSECT /NT60 F:

Kini salin kesemua fail dari cdrom yang anda mount ke  USB drive
XCOPY Z:\ F:\ /S/E

Akhirnya boot dari USB drive untuk memasang Windows 7!

Sumber :

TERKINI : Menurut ArsTechnica, Microsoft terpaksa menarik semula Windows 7 USB/DVD Download Tool kerana Microsoft telah menyalahi GNU’s GPL! Terbukti bahawa Microsoft semasa membina perkakasan ini telah memasukkan kod Open Source namun pembina kod berkenaan tidak dimaklumkan oleh Microsoft bahawa kod itu telah dimasukkan dalam perkakasan di atas!

TERKINI: Saya telah dapati bahawa aplikasi Windows 7 USB/DVD Download Tool kini sudah boleh dimuatturun semula!

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s