Laman perkongsian yang banyak digunakan oleh pengguna komputer, MegaUpload telah diarah tutup oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, setelah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa beberapa negara seperti US, Hong Kong, Belanda, UK, Germany, Canada, dan Filipina.
Laman yang dikunjungi oleh seramai 50 juta pelawat sehari, telah ditutup atas tuduhan kesalahan jenayah hakcipta.
Tujuh anggota MegaUpload telahpun ditahan, termasuklah Kim Schmitz, pengasas MegaUpload, yang juga dikenali sebagai Kim DotCom!
Turut dirampas aset bernilai USD50 juta! Pada masa ia beroperasi, MegaUpload menggunakan khidmat 525 buah server di Virginia sahaja disamping 630 buah server di Belanda dan juga lain-lain tempat di serata dunia!
Yang anehnya menurut ArsTechnica, ketika Viacom melontarkan tuduhan yang sama kepada YouTube, tidak pula mereka mengadu perkara berkenaan kepada pihak kerajaan mahupun inginkan Eric Schmidt atau Chad Hurley ditahan!

kena cari happy hour yang baru ler cam nih …
nak donlod mane lagi pasni?
@bery: