‘Update’ kepada browser open source ini telahpun dilancarkan semalam. Sejak ianya dilancarkan hingga kini, jumlah muatturun dah melampaui 1 juta. Menurut Ryan Paul, dari Arstechnica, muatturun Firefox 3, SEMINIT adalah antara 5,000 hingga 14,000! Arstechnica
Saya sedang menggunakannya pun sekarang ini!
Muatturun SEKARANG!
RalphTheGeek mencadangkan 10 perkara untuk mempastikan PC anda selamat daripada jangkitan virus dan spyware/malware.
>> Untuk membaca artikel penuh, sila ke RalphTheGeek.
Ingin membuka fail MS Office ( DOC, RTF, TXT, XLS, CSV, PPT, and PPS ) tanpa ‘install’ MS Office? Kini apa yang perlu anda lakukan ialah ‘install’ sama ada Yahoo Widgets, Google Modules atau Apple Dashboard ( untuk Macintosh sahaja ) terlebih dahulu.
Kemudian muatturun ThinkFree widget yang berkenaan dari lamanweb ThinkFree serta ikut arahan yang diberikan di laman berkenaan.
Selamat mencuba.
Anda boleh muatturun di sini, jika anda ingin mencubanya. Cuma, harus diberi ingatan bahawa ini adalah versi beta bermakna ia belum stabil.
Virus ini dikenali sebagai heap41a W32.USBWorm. Sekiranya PC anda telah dijangkiti virus ini, anda akan mempunyai masalah untuk ‘install’ Mozilla Firefox ataupun jika Firefox sudah ada dalam komputer anda, anda tidak akan dapat menggunakannya.
Sebaliknya notis ini akan keluar
Cara mengatasinya…
1. Tekan Ctrl+Alt+Del dan Task Manager akan muncul.
Cari proses svchost.ese atas nama komputer anda, contoh seperti di bawah ini:-

2. Hentikan proses berkenaan.
3. Cari folder ini, heap41a. Biasanya ia tersembunyi. Delete keseluruhan folder berkenaan.
4. Sepatutnya setelah anda berbuat demikian, anda sudah boleh menggunakan browser kesayangan anda itu.