Cara untuk hentikan IE

Tip ini disiarkan dalam MyDigitalLife. Caranya ialah pergi ke Control Panel-Add Remove Program dan pilih butang Set Program Access And Defaults. Lihat gambar di bawah ini:

Pada bahagian Choose a Default Web Browser, buang tanda dalam kotak di depan Internet Explorer. Itu sahaja.

Ada satu lagi kaedah yang diketengahkan di MyDigitalLife. Sila lawati laman MyDigitalLife untuk maklumat lanjut.

Servis Windows XP yang boleh dihentikan

Windows XP membekalkan banyak servis secara ‘default’ dan sebahagian daripada servis berkenaan tidakpun digunakan oleh kebanyakan pengguna. Jika anda menghentikan servis-servis berkenaan, anda mungkin akan menjimatkan penggunaan RAM pada komputer anda. Saya kata mungkin, kerana ada pihak seperti The Elder Geek berpendapat bahawa tidak ada banyak perbezaan seandainya servis-servis berkenaan dihentikanpun!

Namun ia adalah komputer anda dan buatlah keputusan sendiri andainya anda rasakan tindakan ini perlu. Anda boleh menjalankan semula servis-servis berkenaan jika anda mahu.

Menurut BlackViper, seandainya anda membuat keputusan untuk menghentikan servis-servis Windows yang anda rasakan tidak perlu, JANGAN gunakan ‘msconfig’ untuk tujuan tersebut, tetapi gunakan arahan services.msc dan jalankan pada kotak ‘Run.’ Kenapa? Jika anda gunakan services.msc, ia adalah lebih selamat daripada menggunakan msconfig.

Antara servis-servis yang diistilahkan sebagai tidak perlu, termasuklah :

  • Alerter
  • Application Layer Gateway Service
  • ClipBook
  • Computer Browser
  • Cryptographic Services
  • Distributed Transaction Coordinato
  • Error Reporting Service
  • Help and Support
  • Human Interface Device Access
  • Indexing Service
  • IMAPI CD-Burning COM Service
  • Internet Connection Firewall (ICF) / Internet Connection Sharing (ICS)
  • Messenger
  • Net Logon
  • NetMeeting Remote Desktop Sharing
  • Remote Desktop Help Session Manager
  • Remote Procedure Call (RPC) Locator
  • Remote Registry
  • System Restore Service
  • TCP/IP NetBIOS Helper
  • Telnet
  • Terminal Services
  • Themes
  • Uninterruptible Power Supply
  • Upload Manager
  • Windows Time
  • Wireless Zero Configuration
  • Workstation

Siapa yang patut menghentikan servis di atas dan apa implikasinya bila dihentikan? Maklumat lebih lanjut boleh anda lihat di laman Jasonn. Anda juga boleh melihat penjelasan yang panjang lebar pada laman BlackViper.

Terdapat fail ‘batch’ yang telah dibuat untuk anda, stopservices.cmd. Gunakannya dengan hati-hati.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menghentikan sebarang servis, SILA BACA DAHULU penjelasan di laman BlackViper di atas.

Tukar kata laluan akaun pengguna XP

Jika anda ingin menukar kata laluan akaun pengguna XP teapi tidak mengetahui kata laluan lama, anda boleh mencuba tip yang dicadangkan oleh admin, dari TechDo.

Cara yang dicadangkan beliau ialah seperti di bawah:

  • Pertama sekali anda perlu senarai kesemua akaun pengguna yang ada dalam komputer berkenaan. Caranya ialah klik Start > Run > dan taip cmd. Setelah tetingkap command prompt muncul, taip net users. Maka akan tersenarai kesemua akaun pengguna dalam komputer berkenaan, termasuk akaun pengguna yang tersembunyi.
  • Untuk menukar katalaluan bagi akaun pengguna tertentu yang ada dalam komputer berkenaan, munculkan semula tetingkap command prompt. Taip net user Johan * Jika nama pengguna terdiri dari dua perkataan, maka anda perlu letak quote pada nama pengguna berkenaan. Contohnya net user “Johan Arif” *
  • Setelah anda taip arahan di atas, sepatutnya Windows akan meminta dimasukkan kata laluan baru. Masukkan kata laluan baru dan tekan Enter. Anda akan diminta untuk tekan Enter sekali lagi untuk mengesahkan tindakan anda. Itu sahaja.

Artikel asal di TechDo

Dikirim dalam Hacking, Tip, Windows. 5 Komen »

Akses ke Internet disekat?

Jika anda berdepan dengan masalah tak diberi kebenaran untuk akses ke Internet, ada jalan keluar yang disarankan oleh DownloadSquad, SEKIRANYA anda menggunakan XP.

Untuk akses ke Internet anda hanya perlu menjalankan aplikasi ‘Calculator.’

  1. Klik pada Help-Help topics. Klik mana-mana topik. Klik butang mouse kanan pada ‘titlebar’ dan pilih Jump to URL….seperti dalam gambar di bawah…..
  2. Setelah anda pilih ‘Jump to URL…..’ tetingkap di bawah pula akan muncul…
  3. Taip url pada petak kosong. PASTIKAN anda taipkan http:// ya!
  4. Akhirnya….

Menurut Brad Linder, DownloadSquad, yang menyarankan kaedah ini, ini sebenarnya adalah IE6 di dalam tetingkap ‘Help.’ Ia tidaklah secanggih browser IE6 yang sebenarnya namun memadailah untuk anda akses ke Internet.

;-)

Dikirim dalam Hacking, Windows. 1 Komen »

Hack akaun live.com ( e-mail )

Sekiranya anda mendaftar di signup.live.com anda akan diberi DUA pilihan sahaja iaitu :

  1. hotmail.com atau
  2. live.com.my, jika anda dari Malaysia.

Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak domain untuk e-mel anda ikut cara-cara berikut yang disyorkan oleh freakitude :

  • Daftar untuk mendapatkan e-mel di signup.live.com
  • Pada ‘address bar’ browser anda masukkan code yang perlu anda salin dari blog Freakitude di bawah.
  • Kini pilihan domain anda akan jadi seperti ini

Buat masa ini ada sedikit masalah untuk mendaftar e-mel pada laman web berkenaan. Cuba di lain masa.

>> Freakitude