Memasang Linux daripada cakera keras

Lazimnya kaedah untuk memasang sebarang distro Linux adalah dengan memuatturun fail iso distro berkenaan, ‘burn’ pada CD/DVD dan ‘boot’ menggunakan CD/DVD berkenaan.

Memandangkan distro Linux kerap dikemaskinikan, maka alamatnya banyaklah CD/DVD distro Linux yang tersimpan di dalam laci meja anda atau pun dalam bekas CD/DVD anda!

Baca baki entri ini »

Jalankan Linux LiveCD dalam Windows

Bagi anda yang ingin mencuba Sistem Operasi Linux tetapi tidak mahu memasangnya pada harddisk anda, anda bolehlah memuatturun pelbagai distro Linux LiveCD dan mencubanya. Tetapi kaedah ini memerlukan anda muatturun file iso LiveCD berkenaan, ‘burn’ pada CD kosong dan mulakan komputer anda dengan LiveCD berkenaan.

Kini terdapat satu lagi kaedah, yang tidak memerlukan anda ‘burn’ pada CD lagi. Kaedah yang dimaksudkan ialah MobaLiveCD. Dengan memuatturun dan memasang perisian berkenaan ( hanya 1.6MB sahaja! ) anda boleh terus mencuba sebarang distro Linux LiveCD dalam Windows. Perlu diingat bahawa menjalankan OS di dalam OS jadi akan timbul soal ’slow’.

Anda hanya perlu klik pada butang Run the LiveCD dan tentukan dimana file iso anda itu berada. Setelah anda temui file iso yang anda ingin jalankan, apa yang berlaku adalah seperti ’screenshot’ di bawah….Saya telah menjalankan iso Slax.

Selamat mencuba

Sumber: DownloadSquad

68 E-book Linux Percuma

Main ‘Windows-only games’ dalam Linux box

Kini sudah terdapat banyak perisian ‘games‘ yang bermutu tinggi untuk digunakan dalam Linux. (Lihat pos sebelum ni)

Namun jika anda masih kempunan nak main ‘games‘ yang dikhususkan untuk ‘Windows” sahaja dalam Linux anda, kini anda boleh melakukannya, dengan menggunakan PlayOnLinux!

PlayOnLinux dapa membantu anda memasang ‘Windows-only games‘ termasuklah ‘patches‘ jika perlu.

Muatturun arkib PlayOnLinux, pasangkan dan jalankan arahannya.

Antara ‘games‘ yang boleh anda pasang dan main termasuklah Call of Duty 2, Max Payne 2, Soldier of Fortune, dan World of Warcraft (WoW).

Menurut Linux.com, masalah utama menggunakan PlayOnLinux ialah masalah bahasa, memandangkan kebanyakan pembangunnya adalah dari negara yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Linux.com

Permainan Open Source berkualiti tinggi

Seringkali dicemuh bahawa Linux tidak mempunyai perisian permainan yang berkualiti dan bermutu. Kini terdapat beberapa perisian permainan Open Source yang mampu menandingi perisian permainan yang sedia ada pada OS lain.

Beberapa ’screenshot’ perisian permainan berkenaan…

Nexuiz , Tremulous, UFO, Glest dan lain-lain( klik untuk melihat imej yang lebih besar! )
   

Untuk melihat demo, sila lawati laman liquidat dan juga untuk muatturun permainan berkenaan.

Dikirim dalam Linux, Open Source. 1 Komen »

Tutorial untuk Ubuntu

Sebuah laman yang berguna untuk mereka yang memasang Ubuntu, sama ada Dappy, Edgy, Feisty ataupun Gutsy.

Laman ini adalah dalam Bahasa Ingeeris. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Ubuntu Tutorials.

Dikirim dalam Linux, Tip. Leave a Comment »

Acer Aspire 4920 dan Ubuntu.

Ramai pemilik Acer Aspire 4920 mengadu kesukaran untuk memasang Ubuntu Feisty pada laptop mereka itu.

Antara cadangan dalam Ubuntu Forum ialah memuatturun livecd yang sesuai memandangkan ada livecd yang bermasalah dengan kad video ATI, sepertimana yang dilaporkan oleh alvbino!

Anda boleh muatturun livecd di laman UTheGuru.

Selamat mencuba.

Dikirim dalam Linux, Perkakasan, Tip. 1 Komen »

Tukar Format Fail Dalam Talian ( Online )

Di Media Convert anda boleh menukar pelbagai format fail kepada format yang anda ingini.

Tukar format fail ‘movie’ suara, ringtone, imej, dokumen vektor, dokumen teks, data dan lain-lain lagi kepada format yang anda perlukan.

Sila klik pautan di atas, untuk menggunakan khidmat dalam talian berkenaan.

Lindungi Komputer anda

Lordpegasus memaklumkan bahawa 80% daripada komputer biasanya dijangkiti spyware dan 1 dari setiap lima PC dijangkiti virus!

Menurut beliau lagi, hasil daripada suatu ’survey’ yang dibuat secara ’online’ mendapati :

  1.  77% pengguna merasakan mereka selamat daripada sebarang ancaman semasa online!
  2. 67% daripada responden TIDAK mempunyai perisian anti virus pada komputer mereka!
  3. 88% pengguna TIDAK menyedari bahawa PC mereka telah dijangkiti spyware!
  4. 49% pengguna ‘broadband’ TIDAK melengkapkan komputer mereka dengan ‘firewall’

Untuk perlindungan komputer anda, antara langkah yang perlu dibuat ialah :

  1. ‘Install’ perisian anti virus dan IMBAS komputer anda selalu.
  2. ‘Install’ firewall.
  3. Hati-hati ketika membuka kepilan e-mel.
  4. Berwaspada sekiranya anda berkongsi fail atau folder antara rakan dalam satu rangkaian!
  5. Muatturun ’security update’ dan ‘patches’
  6. Gunakan password yang sukar untuk diteka ( tapi mudah untuk ANDA ingat )
  7. ‘Backup’ data anda, sama ada dalam CD, DVD atau ‘external storage’ lain.

>> Keterangan lanjut di sini

Laptop 7″

Spesifikasi:

  1. ASUS eeePC -Asus Eee 4G-Galaxy 7″ PC Mobile Internet Device ( 512 MB RAM, 4 GB Hard Drive, Webcam, Linux Preloaded) Black Harga Amazon.com: $399.99
  2. Everex Cloudbook -
  • Processor: 1.2GHz VIA C7-M ULV Processor
  • Chipset: VIA VX700 System Media Processor (integrated North & South Bridge)
  • Memory: DDR2 SO-DIMM up to 1GB
  • HDD: 30GB (optional 60GB)
  • LCD Panel: 7” WVGA 800×480 with Touch Panel
  • Graphics; VIA UniChrome™ Pro II IGP Integrated 3D/2D Graphics with shared memory up to 64MB
  • Audio: VIA Vinyl VT1708A HD Audio codec
  • 2 speakers
  • Networking: Realtek RTL8100CL 10/100 Mbps
  • Wireless LAN: Azure Wave 802.11b/g (USB interface)
  • Bluetooth: Billionton (USB interface)
  • I/O:
  • 4-in-1 Card Reader
  • 1 DVI-I port
  • 2 Hi-Speed USB2.0 ports
  • 1 RJ45 Ethernet port
  • Audio jacks
  • 1 Mic-in audio jack
  • 1 Array Microphone jack
  • 1 Headphone (line out) jack
  • Status Indicator: Power On; Battery; RF (with power button); HDD; Caps Lock
  • Battery: 4 cells for up to 4.5 hours of battery life (BatteryMark 2004)
  • Dimensions: 230mm (W) x 171mm (D) x 29.4mm (H)
  • Weight: Under 850g
  • Operating System: Supports Microsoft Windows XP, Windows Vista and all popular Linux Support: distributions
Dikirim dalam Linux, Perkakasan. 2 Komen »