Tukar Format Fail Dalam Talian ( Online )

Di Media Convert anda boleh menukar pelbagai format fail kepada format yang anda ingini.

Tukar format fail ‘movie’ suara, ringtone, imej, dokumen vektor, dokumen teks, data dan lain-lain lagi kepada format yang anda perlukan.

Sila klik pautan di atas, untuk menggunakan khidmat dalam talian berkenaan.

Lindungi Komputer anda

Lordpegasus memaklumkan bahawa 80% daripada komputer biasanya dijangkiti spyware dan 1 dari setiap lima PC dijangkiti virus!

Menurut beliau lagi, hasil daripada suatu ’survey’ yang dibuat secara ’online’ mendapati :

  1.  77% pengguna merasakan mereka selamat daripada sebarang ancaman semasa online!
  2. 67% daripada responden TIDAK mempunyai perisian anti virus pada komputer mereka!
  3. 88% pengguna TIDAK menyedari bahawa PC mereka telah dijangkiti spyware!
  4. 49% pengguna ‘broadband’ TIDAK melengkapkan komputer mereka dengan ‘firewall’

Untuk perlindungan komputer anda, antara langkah yang perlu dibuat ialah :

  1. ‘Install’ perisian anti virus dan IMBAS komputer anda selalu.
  2. ‘Install’ firewall.
  3. Hati-hati ketika membuka kepilan e-mel.
  4. Berwaspada sekiranya anda berkongsi fail atau folder antara rakan dalam satu rangkaian!
  5. Muatturun ’security update’ dan ‘patches’
  6. Gunakan password yang sukar untuk diteka ( tapi mudah untuk ANDA ingat )
  7. ‘Backup’ data anda, sama ada dalam CD, DVD atau ‘external storage’ lain.

>> Keterangan lanjut di sini

‘Wallpaper’ untuk PC anda

Jeffrey Munro telah menyediakan 23 kategori ‘wallpaper’ yang boleh anda gunakan. Sila lawati laman Jeffrey Munro untuk muatturun ‘wallpaper’ yang anda sukai.

Antara contohnya seperti di bawah ini:

dan banyak lagi. ;-)

Simpan fail ‘online’

Seorang blogger India, Keith Dsouza telah menyenaraikan beberapa tempat simpanan fail secara ‘online’ untuk kemudahan anda.

Antara yang disenaraikan oleh beliau, sedang saya gunakan juga!

  1. Box.net - 1GB
  2. Drive HQ – 1GB
  3. Steekr - 1GB
  4. egnyte - 1GB ( Kongsi Kandungan Web 2.0 )
  5. DropBoks - 1GB
  6. Mozy - 2GB
  7. eSnips - 5GB ( dulu 1GB sahaja )
  8. Orbitfiles - 6GB ( dulu hanya 1GB )
  9. Mediamax - 25GB ( dulu dikenali sebagai Streamload! )
  10. ADrive - 50GB

Terdapat beberapa lagi simpanan online seperti Omnidrive, XDrive dan sebagainya.

>> Untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan fail online yang percuma sila lawati laman Tech Buzz

>> Untuk senarai yang lebih panjang, lawatlah TechMagazine.ws

ThinkFree widget

Ingin  membuka fail MS Office ( DOC, RTF, TXT, XLS, CSV, PPT, and PPS ) tanpa ‘install’ MS Office? Kini apa yang perlu anda lakukan ialah ‘install’ sama ada Yahoo Widgets, Google Modules atau Apple Dashboard ( untuk Macintosh sahaja ) terlebih dahulu.

Kemudian muatturun ThinkFree widget  yang berkenaan dari lamanweb ThinkFree serta ikut arahan yang diberikan di laman berkenaan.

Selamat mencuba.

Hakikat Perisian Anti Virus

Syarikat pengeluar perisian anti virus sering mendabik dada mengeluarkan kenyataan berani tentang kejayaan perisian masing-masing menangani masalah virus dan ’spyware.’ Mereka bercakap tentang fail definisi anti virus yang terkini dan mengimbas secara menyeluruh sesebuah komputer, dan ada kebenaran dakwaan mereka bahawa perisian anti virus masa kini adalah jauh lebih berkesan daripada perisian anti virus pada beberapa tahun dahulu. Satu peringatan buat anda, jangan menarik nafas lega dan bersenang lenang hanya semata-mata kerana anda sudah mempunyai perisian anti virus dalam komputer anda!

Kaedah umum bagi hampir setiap perisian anti virus ialah anda mesti mengemaskini secara tetap definisi terbaru berkaitan dengan virus dan ’spywares.’ Masalahnya ialah ketika mana pengguna telah diperingatkan atau mengingatkan dirinya untuk mengemaskini corak definis virus terkini, penulis virus telah bergerak selangkah lebih awal dan dalam setengah hal telahpun menyebarluaskan versi terkini virus mereka yang belum dikenalpastipun dalam definisi anti virus yang telah dikeluarkan!’ Masalah menjadi bertambah kusut kerana hakikatnya kebanyakan syarikat perisian anti virus tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengeluarkan ‘patch’ dalam jangkamasa yang diperlukan oleh para pengguna itu sendiri, hingga kadangkala mengakibatkan pengguna telahpun dijangkiti oleh virus ketika ‘patch’ baru dikeluarkan.

Walaupun setelah dijangkiti virus, ramai pengguna masih merasa selamat dan tenang hanya kerana mereka merasakan perisian anti virus yang telahpun mereka miliki pasti mampu mengembalikan komputer mereka kepada keadaan adal sebelumianya dijangkiti. Malangnya, hakikat sebenar selalunya bukan sedemikian. Kebanyakan virus masa kini seringkali bermutasi secara keseluruhan menyebabkan sukar untuk kebanyakan perisian anti virus masa kini untuk membuangnya. Biasanya perisian anti virus tidak mampu untuk membuang fail virus yang tersembunyi atau telah melalui mutasi itu melainkan kadangkala menyebabkan kerosakan lain pula kepada komputer.

Jangan beranggapan bahawa maklumat ini bertujuan untuk meremeh-remehkan perisian anti virus bahawa mereka tidak berkesan langsung dalam melawan anti virus dan ’spyware’ dalam komputer. Kita perlu sedar akan masalah dan keterbatasan kemampuan perisian anti virus dalam melindungi komputer anda. Oleh kerana itu, perlindungan terbaik masa kini terhadap virus ialah pengetahuan anda bahawa tidak ada perlindungan yang sempurna. Perhatian yang anda berikan kepada prestasi komputer anda ( kelajuan/kelembapannya dan mesej-mesej kerosakan ) adalah amat penting sebagai tanda apa yang perlu seseorang lakukan untuk melindungi komputer mereka.

>> Terjemahan post asal pada SaferEMails

Firefox 3 beta 1

Anda boleh muatturun di sini, jika anda ingin mencubanya. Cuma, harus diberi ingatan bahawa ini adalah versi beta bermakna ia belum stabil.