Alternatif kepada Microsoft Visio

Jika anda kerap melakar carta, membuat skema pendawaian dan sebagainya, pasti anda sudah biasa dengan Microsoft Visio.

Namun jika anda tidak ingin menghabiskan banyak wang untuk Visio, kini terdapat alternatif untuk anda.

Cuba muatturun DIA di sini . Sekali imbas anda seolah-olah sedang menggunakan Visio kerana ‘interface’nya yang agak serupa.

dia1

via4

Selamat mencuba.

Sumber: MakeUseOf

Jalankan Linux LiveCD dalam Windows

Bagi anda yang ingin mencuba Sistem Operasi Linux tetapi tidak mahu memasangnya pada harddisk anda, anda bolehlah memuatturun pelbagai distro Linux LiveCD dan mencubanya. Tetapi kaedah ini memerlukan anda muatturun file iso LiveCD berkenaan, ‘burn’ pada CD kosong dan mulakan komputer anda dengan LiveCD berkenaan.

Kini terdapat satu lagi kaedah, yang tidak memerlukan anda ‘burn’ pada CD lagi. Kaedah yang dimaksudkan ialah MobaLiveCD. Dengan memuatturun dan memasang perisian berkenaan ( hanya 1.6MB sahaja! ) anda boleh terus mencuba sebarang distro Linux LiveCD dalam Windows. Perlu diingat bahawa menjalankan OS di dalam OS jadi akan timbul soal ’slow’.

Anda hanya perlu klik pada butang Run the LiveCD dan tentukan dimana file iso anda itu berada. Setelah anda temui file iso yang anda ingin jalankan, apa yang berlaku adalah seperti ’screenshot’ di bawah….Saya telah menjalankan iso Slax.

Selamat mencuba

Sumber: DownloadSquad

68 E-book Linux Percuma

Firefox 3

‘Update’ kepada browser open source ini telahpun dilancarkan semalam. Sejak ianya dilancarkan hingga kini, jumlah muatturun dah melampaui 1 juta. Menurut Ryan Paul, dari Arstechnica, muatturun Firefox 3,  SEMINIT adalah antara 5,000 hingga 14,000! Arstechnica

Saya sedang menggunakannya pun sekarang ini!

Muatturun SEKARANG!

Jalankan aplikasi anda menggunakan Launchy

Jika anda masih terkial-kial mencari dalam Start Menu anda aplikasi yang hendak anda jalankan, kini ada kaedah yang lebih mudah untuk anda jalankan aplikasi pilihan anda.

Caranya ialah dengan menggunakan pelancar aplikasi seperti Launchy.

Lihat ’screenshots’ di atas, apabila anda sudah memasang Launchy, untuk memulakannya anda perlu menekan kekunci Alt+Space. Yang di sebelah atas akan keluar pada ‘desktop’ anda. Seterusnya jika anda taip “wor” secara otomatik Launchy akan menyenaraikan aplikasi yang bersesuaian untuk anda pilih, seperti dalam ’screenshot’ di bawah ini:

Jadi, anda diberi beberapa pilihan. Pilih sahaja aplikasi yang anda inginkan dan tekan kekunci ‘Enter.’

Anda boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang aplikasi ini di lamanweb Launchy dan memuatturun Launchy 2.0 dan versi yang sebelumnya di SourceForge

Selamat mencuba….. ;-)

Main ‘Windows-only games’ dalam Linux box

Kini sudah terdapat banyak perisian ‘games‘ yang bermutu tinggi untuk digunakan dalam Linux. (Lihat pos sebelum ni)

Namun jika anda masih kempunan nak main ‘games‘ yang dikhususkan untuk ‘Windows” sahaja dalam Linux anda, kini anda boleh melakukannya, dengan menggunakan PlayOnLinux!

PlayOnLinux dapa membantu anda memasang ‘Windows-only games‘ termasuklah ‘patches‘ jika perlu.

Muatturun arkib PlayOnLinux, pasangkan dan jalankan arahannya.

Antara ‘games‘ yang boleh anda pasang dan main termasuklah Call of Duty 2, Max Payne 2, Soldier of Fortune, dan World of Warcraft (WoW).

Menurut Linux.com, masalah utama menggunakan PlayOnLinux ialah masalah bahasa, memandangkan kebanyakan pembangunnya adalah dari negara yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Linux.com

Permainan Open Source berkualiti tinggi

Seringkali dicemuh bahawa Linux tidak mempunyai perisian permainan yang berkualiti dan bermutu. Kini terdapat beberapa perisian permainan Open Source yang mampu menandingi perisian permainan yang sedia ada pada OS lain.

Beberapa ’screenshot’ perisian permainan berkenaan…

Nexuiz , Tremulous, UFO, Glest dan lain-lain( klik untuk melihat imej yang lebih besar! )
   

Untuk melihat demo, sila lawati laman liquidat dan juga untuk muatturun permainan berkenaan.

Dikirim dalam Linux, Open Source. 1 Komen »

Perisian alternatif kepada Nero burner

Laman MakeUseOf telah menyenaraikan 7 perisian percuma sebagai alternatif kepada Nero burner.

Berikut adalah perisian percuma yang disenaraikan :

  1. BurnAtOnce
  2. Burn Aware
  3. CDBurner XP
  4. DeepBurner
  5. ImgBurn ( Antara perisian yang saya gunakan untuk ‘burn’ fail iso! )
  6. InfraRecorder
  7. Ultimate CD/DVD Burner

Perisian Alternatif & Percuma!

  1. IE – Firefox
  2. Microsoft Office – OpenOffice
  3. Mactopia ( untuk Mac ) – NeoOffice
  4. MathWORKS Mathlab – Scilab
  5. Microsoft Access – Kexi
  6. Microsoft Project – Open Workbench
  7. Mindjet – Freemind
  8. Adobe Illustrator – Inkscape
  9. Adobe Photoshop – GIMP
  10. Adobe Premiere – Avidemux
  11. AutoCAD – Archimedes
  12. Microsoft Paint – Tux Paint
  13. Adobe Dreamweaver – NVU
  14. Macromedia Flash Pro – Laszlo
  15. Microsoft FrontPage – Bluefish
  16. Microsoft Publisher – Scribus
  17. MSN Messenger – aMSN
  18. Microsoft Outlook – Thunderbird
  19. iTunes – Songbird
  20. Nero Burning Rom – K3B
  21. Quicktime – Darwin Streaming Server
  22. Windows Media Player – Miro
  23. CuteFTP – Filezilla
  24. iBackup – ZManda
  25. WinZip – 7-zip
  26. Microsoft Money ( Plus ) – TurboCash

sila ke laman whdb untuk sebahagian lagi perisian yang tidak disebut di sini. ;-)

Kita dan Perisian Open Source

Kini terdapat perisian Open Source untuk hampir kesemua kategori perisian komersial, namun amat sukar untuk meyakinkan pengguna agar menggunakan perisian ‘Open Source’ yang PERCUMA berbanding dengan menggunakan perisian komersial ( yang mungkin bukan ori pun….. ).

Masalah utama ialah kebanyakan kita malas untuk mempelajari sesuatu yang baru memandangkan kita sudah biasa menggunakan perisian pejabat seperti MS Word, MS Excel ataupun sebagainya. Perisian seperti OpenOffice tidak kurang hebatnya berbanding dengan MS Office, malah PERCUMA pula!

Namun rumusannya ialah kita perlu mengajak dan mendidik orangramai agar mahu mencuba perisian ‘Open Source’ dan tidak beranggapan seperti tohmahan setengah pihak bahawa perisian yang percuma tidak/kurang berkualiti.

Anda boleh lihat sendiri senarai perisian ‘Open Source’ sebagai alternatif kepada perisian komersial yang kerap digunakan oleh para pengguna IT masa kini.
Sila lawati laman    untuk melihat sendiri senarai yang begitu komprehensif!