Sila lawati forum PakNik ya dan berikan komen anda. PakNik mengalu-alukan anda untuk berkongsi ilmu dan pengalaman anda tentang dunia ICT…
Sila lawati forum PakNik ya dan berikan komen anda. PakNik mengalu-alukan anda untuk berkongsi ilmu dan pengalaman anda tentang dunia ICT…
saya nak tanya Pak Nik, kenapa disk Drive CD/DVD saya hilang dalam computer….??? apa cara yang perlu saya buat untuk menyelesaikan masalah ini…..TOLONG Pak Nik
@shah: Hal ini kerap berlaku kadangkala disebabkan naiktaraf sesuatu aplikasi. Kalau anda selesa membuat editing kepada registry anda boleh cuba kaedah berikut, jika tidak biasa elok minta member anda tolong. Apa-apa pun elok backup dahulu registry anda kerana silap satu langkah boleh melumpuhkan Windows anda.
Jalankan arahan Run-Regedit dan pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE/SYSTEM/CurrentControlSet/Control/Class, di bawah entri
Class, dwiklik pada {4D36E965-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}. Pada ruang sebelah kanan perhatikan UpperFilters dan LowerFilters. Klik sekali pada LowerFilters dan delete. Klik sekali pada UpperFilters pula dan tekan delete juga. Restart Windows anda.
Assalamualaikum Pak Nik.. Sya nak tnya, kenapa lpas saya format laptop, saya punya memori kat local disk C: mkin besar kapasiti dia? Saya nak tahu mcm mane nk format local disk C: bagi xde ape yang tertinggal dalam partition tu.. Ble tlong tnjukkan Pak Nik?
@shahrin90: wa alaikumus salam
Maaf diatas kelewatan menjawab persoalan anda.
Adakah maksud anda saiz partition pada C makin besar setelah anda format harddisk anda? Saiz RAM biasanya tidak berkait dengan tindakan memformat harddisk! Kalau anda sekadar hendak mengosongkan partition C:, anda boleh dapatkan perisian dari syarikat yang membuat harddisk berkenaan dan gunakan kaedah Zero Fill.
assalamualaikum…
saya nak tanya kenapa laptop saya x boleh shutdown properly?bila nk shutdown mesti laptop akan on balik dekat 5-6 kali tp x on dgh betul then baru die shutdown….
kenapa ya…ada solution x?
@fidaz: wassalamu alaikum…
Bagi masalah anda, biasanya setiap kali Windows mengalami masalah ketika Shutdown ia akan menjalankan arahan Auto restart untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Hal ini kadangkala yang menyebabkan laptop anda bertindak sedemikian. Untuk mengetahui masalah sebenar, yang mungkin disebabkan oleh masalah pada registry ataupun disebabkan virus, elok anda cuba disable dahulu Automatic Restart. Klik kanan pada My Computer-Properties-Advanced System Properties ( Vista & 7 ). Setelah anda klik Advanced System Properties, tab System Properties akan muncul. Lihat bahagian Startup and Recovery, klik pada butang Settings…pada System failure-kosongkan kotab Automatically restart! Selamat mencuba.
saya pakai windows xp….same gk ke die nyer instruction?
@fidaz: Hampir sama, cuma pada XP, klik kanan My Computer-Properties. Pada System Properties pilih tab Advanced Klik Settings pada Startup and Recovery dan kosongkan kotak pada Automatically Restart
saya sudah jalankan arahan yang Pak Nik beri, tapi selepas sahaja saya dwiklik {4D36E965-E325-11CE-BFC1-08002BE10318} cuma UpperFilters saya klik dan delete…LowerFilters tiada dan terus saya Restart Windows…tapi computer On semula, Driver CD/DVD tiada dalam computer….kenapa, apa masalah Lowerfilters dan Driver CD/DVD tiada……..???????
bagaimana nak selesaikan masalah adobe flash player crashed.
@hamdi:
Flash player kerap crash apabila plugin active-x bermasalah. Plugin active-x adalah komponen penting bagi Adobe Flash Player namun ia kerap bermasalah kerana senang dijangkiti virus dan malware disamping masalah registry windows itu sendiri.
Apa yang boleh anda cuba lakukan ialah ialah seperti saranan Nauman Lodhi:
1. Uninstall Flash Player berserta plugin active-x dan kemudian install semula aplikasi berkenaan.
2. Cuba install versi Adobe Flash yang terkini jika ada.
3. Kemaskini driver komputer anda terutama driver audio.
Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
selalunya memang disebabkan virus ke masalah ni?
@nana:
Biasanya begitulah keadaannya
Pembetulan (Pak Nik batal komen saya pada 11 Jan 2011 jam 9:12 AM)
*saya sudah jalankan arahan yang Pak Nik beri, tapi selepas sahaja saya dwiklik {4D36E965-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}, UpperFilters dan LowerFilters tiada di ruang sebelah kanan saya Restart tapi Driver CD/DVD tiada dalam Computer…? perlu saya Format atau tidak? atau ada cara lain, selain Format??? kalau perlu Format, Pak Nik tunjukkan cara – cara Format (Windows Vista Home Premium)…..???
Assalamualaikum… saya dah jumpa yang arahan tu, tapi xda upper/lower filters la.. yang mane satu tu eyh??..huhu
anda cuba cari driver nya didalam internet,,,disitu terlalu banyak…tetapi jangan ambil driver yang ade virus,,miahahah
masalh external wd250 gb sllu rosak,ad 2 kne format bru ok,slow,bla copy brang msuk lam external tba2 erro..kluar msg pd window…dah 2 kli format msalah ttap sma,mla ia o.k pastu dan msuk brang2 adla ia buat hal…2 mcm mne nak create partion lam external..
@wahid:
Biasanya jika hdd sudah mempunyai sektor yang rosak, ia tidak hilang dengan sekadar kita format sahaja. Cuba imbas hdd anda untuk pastikan adakah wujud sekotr rosak atau tidak. Untuk membuat partition, anda boleh gunakan Disk Management.
aslkm pok nik
ambo nk tanyo….knapo tibo2 komputer sayo xleh open fail saya dalam external?
Bila sayo Klik,dio keluar suruh format hardisk.
macam ngan dio xleh baco gapo hok ado dalam external 2.
harap dapat bantu.
@azha: Wassalamu alaikum
Muatturun UBCD4Win, boot guna cd berkenaan SETELAH dipasang external harddisk pada slot usb! Setelah desktop UBCD4Win muncul, cuba bukak drive external anda, backup kepada harddisk dalam komputer dan setelah itu format external anda. Reboot tanpa gunakan UBCD4Win dan masukkan semula data anda ke dalam external. Moga berjaya
Pak nik….. notebook saya model acer 4736Z bila on beberapa saat dia terus off…tiada apa2 display…apa yang rosak.
@Nik Mahalim:
Dari apa yang anda beritahu, PakNik berpendapat kemungkinan hal ini berlaku biasanya kerana masalah ‘overheating.’ Pastikan laluan udara pada laptop anda tidak tersekat.
paknik, kenapa komputer baru lambat sangat.
@khair:
Komputer BARU tetapi lambat? Kemungkinan besar ia berlaku disebabkan oleh virus. Kemungkinan kedua anda mempunyai jumlah RAM yang tidak sesuai dengan keperluan sistem operasi anda.
knp laptop sy xde properties di bhgian desktop..n xleh wt gmbr wallpaper kt dpn
@amalina:
Hal ini terjadi jika Windows yang dipasang pada laptop adalah Starter Edition. Anda boleh guna Stardock MyColors Notebook Desktop Themes untuk menukar wallpaper anda jika benar anda menggunakan Starter Edition. Anda boleh muatturun DI SINI!
format semula komputer anda,,dan saya yakin ia akan selesai,,,tetapi anda harus simpan dahulu data yang penting didalam komputer anda,,yup
nak tny…komputer sy x boleh connetion ngan broadband la…nape ye….
@aien:
Pertama: Kadang kala terjadi masalah untuk sambungan ke broadband akibat network adapter telah di DISABLE kan! Klik Control Panel-Network and Internet-Network Connections. Pastikan ia telah di ENABLE kan, jika DISABLE, klik kanan pada ikon berkenaan dan pilih ENABLE. Kedua: Periksa sama ada LED DSL pada modem anda, apakah stabil atau berkelip. Jika berkelip dan tidak menjadi stabil, anda kenal hubungi TM! Ketiga: Virus juga boleh mengganggu sambungan ke broadband. Jika anda menggunakan Windows 7, sila jalankan arah Run dan taip cmd. Pada DOS prompt ( skrin hitam ) taip arahan berikut – netsh winsock reset catalog dan tekan enter. Kemudian taip arahan berikut pula – netsh int ip reset reset.log hit dantekan Enter. Setelah itu reboot komputer anda. Anda juga boleh muatturun batch file berikut.
salam raya
@Encik Stuxnet:
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir batin
salam pak nik..nk tnyer macamner nk block website cth facebook dan youtube menggunakan mozila…
tima kasih..
@fari: wassalamu alaikum
Anda tidak perlu gunakan browser. Anda cuba perlu edit fail hosts anda yang biasanya terdapat dalam folder Windows/System32/drivers/etc. Edit fail berkenaan menggunakan notepad dan tambah sahaja info berikut pada fail hosts anda – 127.0.0.1 http://www.facebook.com dan 127.0.0.1 http://www.youtube.com
laptop cq40 bebunyi seblum mati(selepas shutdown)…. bunyi yg kuat. mcm ne nak buang bunyi 2????
@rude:
Kemungkinan bunyi bising itu berpunca dari perkakasan pada laptop anda. Cuba pastikan kipas dalam laptop anda tidak tersangkut. Jika bukan kipas, maka kemungkinan masalahnya ialah pada mainboard laptop anda.
Salam..
1 soalan…
Saya ada 1 laptop acer..bila tekan on..power ada..tp screen tk keluar apa-apa pun…hitam sahaja..
adakah motherboard yang rosak….????
@syaz: Wassalamu alaikum
Ada dua kemungkinan. Pertama: Cip Grafik sudah rosak. Kedua: LCD anda rosak. Untuk memastikan masalah kedua, pasangkan monitor komputer desktop pada slot vga pada laptop anda dan pastikan sama ada terdapat paparan anda pada skrin monitor desktop. Jika tiada maka kemungkinan LCD anda rosak. namun biasanya yang kerap rosak apabila tiada sebarang paparan pada skrin ialah cip grafik pada motherboard. Anda masih boleh menghantar laptop anda untuk diperbaiki!
mahal x kalau baiki 2…?
lagi 1 problem..
knp bila tekan button power laptop susah nk hidup..???
kena tekan banyak kali bru nk hidup laptop tu
Salam kenal.saya ingin tanyak ya PAKNIK. Di layar laptopku tiba2 muncul folder yang berisikan 20ED0.exe has encountered a problem and needs to clouse.apasih 2)ED0.exe itu? Dan bagaimana cara menghilangkannya dari layar?. thanks
@Tatik.R: Salam kenal
Menurut laman Webroot, ED0 itu malware! hati-hati ya.
Terimakasih atas informasinya. Tapi solusi apa kira2 yang harus saya lakukan untuk menghilangkannya.agar supaya program yang lainnya tidak rusak.terimakasih banyak.
Pak Nik kalau saya pingin lihat TV siaran langsung dalam negri amupun luar negri di computer, saya harus pergi ke website apa ya. terimakasih banyak.
@Tatik.R:
Anda boleh cuba link ini. PakNik pernah cuba CastTV dan dapat melihat siaran TV yang belum sampai ke Malaysia. Namun jika ia di’host’kan oleh Hulu, biasanya ia tidak akan dapat dilihat di luar Amerika Syarikat!
salam. mcmn cara nk tukar grafik kad untuk lptp lenovo, skrg die gne grafik family nk tukr kpd NVIDIA…kalo blh blntu…thanx.
@nur amin: wassalamu alaikum
Biasanya proses menukar kad grafik pada laptop bermakna anda perlu menanggalkan keseluruhan motherboard anda dan ia merupakan suatu kerja yang rumit dan sulit tetapi boleh dilakukan!
Anda juga perlu pastikan kad grafik yang serasi dengan model laptop anda kerana bukan semua kad grafik akan serasi dengan setiap laptop!
Salam pak cik, nak tanya cket, kenapa PC sya xbleh install mane2 AV..dh disable firewall tetap gak xboleh install..saya guna OS window xp pro version 2002 service pack 2..hmmm, dah 2 kali format tapi asyik laghu tu gak..
@man kuching: Wassalamu alaikum
Anda dah format dan pasang Windows XP SP2 sebanyak 2 kali namun masih gagal memasang sebarang anti virus? Adakah anda pasang AV menggunakan CD ataupun anda muatturun dari internet? Jika anda pasang menggunakan CD, adakah ada kemungkinan CD AV berkenaan bermasalah? Sudahkan anda pasang AV berkenaan pada komputer lain?
Seperkara lagi, semasa anda pasang Windows XP, adakah anda terus pasang sahaja tanpa memformat harddisk anda atau anda memformat harddisk dahulu baru anda pasang Windows?
nak gabung 2 partion jadi 1??boleh ke??
@seman:
Boleh. Jika anda menggunakan Windows 7, anda perlu backup terlebih dahulu fail-fail anda! Jika ruang pada partition pertama ( biasanya Drive C ) mencukupi, anda cuma perlu pindahkan data dari Drive D ke Drive C. Seterusnya anda perlu klik My Computer-Manage-Disk Management. Klik kanan pada partition D dan pilih delete! Seterusnya klik kanan pada Drive C dan pilih Extend!
Sebagai langkah berjaga-jaga – backup data anda ke storan lain sama ada USD drive atau External Harddisk jika ada! Sudah ramai pengguna yang kehilangan data akibat kesilapan!
Boleh tnya..RTC Battery Failure tue ape?
@nurul:
RTC merujuk kepada Real Time Clock. Biasanya apa yang perlu anda lakukan ialah menukar bateri pada motherboard . Insya Allah masalah itu akan selesai.
Salam//
bro..camner mau reset password utk Hdd pada netbook Acer Aspire One.
@Zul: wa alaikumus salam
Nak reset password apa? Password bios ataupun password Windows?
password bios la kot..start je netbook tu terus mintak password utk unlock kan Harddisk…nak masuk bios pun x bleh bro..camne ye..
Salam PAKNIK… Masalah saya adalah … function keyboard saya tidak ikut function majornya cth; klau saya tekan huruf U,nombor 4 pula yg keluar dan begitu juga dgn yang lainnya…erk..sebenarnya sy tak tahu apa msalah nya yang sebenar,tapi keadaannya mcm tu lah..dan untuk taip secara normal saya terpaksa tekan Fn sambil menaip… cth ; ABDEFGH51230N6*QRST4VWXYZ 123456789/-=
Salam. Saya nak tanya:
Macam mana nak selesaikan masalah undetected external hard disk?
Bila tengok kat “Safely Remove Hardware” ada detect, tapi kat My Computer tak detect… macam mana ye?
@Qib: wa alaikumus salam.
Adakah external harddisk anda berukur 3.5″ atau 2.5″? Setengah external harddisk memerlukan anda memasang dua usb ke komputer untuk membolehkan Windows mengesan external harddisk secara tepat. Adakah anda sudah cuba memasang external harddisk anda pada komputer lain?
saya tak pastilah pula ukurannya berapa, rasanya 2.0. saya dah cuba buka di komputer lain… kalau guna windows 7, hanya dapat detect kat safely remove hardware, tapi kalau guna windows xp, ada detect kat my computer dan menggunakan nama Local Disk, bila diklik, ia minta diformat….
Salam PakNik,
Saya nak tanya tentang modem USB ZTE MF626 ni. Bila saya cucuk kat laptop dia install software ada driver yg dia tak jumpa. Saya guna Windows 7 32bit.
Yang dia tak jumpa ialah:
ZTE CDMA Technologies MSM —– No driver found
Mana nak dapat free download driver ni? Huhu
Terima kasih.
@WanNik: Wa alaikumus salam
Cuba muatturun di sini. Semoga membantu anda.
Pastikan anda pasang USB Modem ZTE terlebih dahulu untuk pasang User Interface! Setelah selesai baru anda dwiklik fail ZTEDrvSetup.exe
salam PakNik..
Bila degframenter komputer hanya 50%-60% sahaja.Macam mana nak capai 100%.Harap PakNik dapat tolong selesaikan masalah ini…budak baru belajar komputer..
@matt_ryn: wa alaikumus salam
And cuba guna aplikasi alternatif seperti Defraggler dari Piriform, DiskTune ataupun MyDefrag
salam kenal pak nik saya sangat senang baca furum ini, saya pingin banyak nimba ilmu dr furum ini . moga tetep jaya sampai jumpa . SALAM KENAL WAHYUNIA
As salam Pak Nik,
Nak tanya kenapa yer laptop sya bile on dia berbunyi dan kuar error suruh reboot. nak kena format balik ker??
@deqna: wa alaikumus salam
Kalau bunyi harddisk, mungkin elok imbas dahulu untuk pastikan sama ada terdapat sektor rosak atau tidak.
Pak Nik apa maksud ini “Reboot & select proper boot device or insert boot media in selected boot device and press a key” adakah hard disk rosak??
@deqna:
Maksudnya BIOS komputer anda tidak dapat mengesan harddisk anda yang diperlukan untuk menjalankan sistem operasi. Ada kemungkinan juga harddisk anda sudah rosak!
Pak Nik sy nak tanya ye coz sy baru je setup satu PC….permulaan restart PC semua Bios keluar mcm biasa apabila sy off n on balik PC sy tidak mengeluarkan bunyi(usual bunyi time PC start) dan monitor xada signal. Ape masalahnyer ye Pak Nik letih sy mencari silapnyer harap Pak Nik leh membantu sy….??? thank Pak Nik
@Fiq:
Tiada bunyi beep masa boot? Bunyi macam masalah motherboard tu! Cuba anda bukak semua kabel data dan kabel power pada harddisk dan CD/DVD ROM anda dan boot komputer anda. Jika masih tiada paparan pada skrin, cuba bukak dan masukkan semula RAM anda! Jika kad grafik anda berasingan dari motherboard, pastikan ia telah dipasang dengan ketat pada slotnya!
pembetulan>signal ada cuma screen monitor xkuar pe2 pun….
salam. saya menggunakan window 7. semasa saya menonton cerita menggunakan KMPlayer, sambil itu juga saya bukak internet explorer. semasa saya klik di internet explorer untuk bukak youtube tiba-tiba window laptop saya gelap tetapi laptop masih on lagi.? apa masalah laptop ini.tq
@Bunga: wa alaikumus salam
Adakah setelah anda restart komputer, masalah masih berulang?
anda harus tekan butang FN dan tekan anak panah kiri atau kanan,,,kalau x boley tekan anak panah atas atau bawah,,selamat mencuba ya
salam..
sy nak tanya, sy baru je format lappy, tapi lepas format everything jadi besar, icon jadi lebar, screen jadi lebar,, ada member ckap kena install driver vga tapi sy tak tau benda tu, bole tlg x ?apa masalah sy dan macamana nak dapat benda tu ?
@mashimalow: wa alaikumus salam.
Apa yang member anda cakap itu betul. Sila beri model laptop anda untuk PakNik bantu anda mendapatkan driver untuk laptop anda itu.
Lonovo Ideapad s10-3c
* Lenovo
@mashimalow:
Driver untuk Windows 7 32bit
Driver untuk Windows XP
TQ..:)
Btw, sy gune windows 7, kat web tuh, tak jumpe pun vga tu?
hardisk sya rosak ke kalo sya tutup netbok scara paksa pastuh ble restart,dy suruh repair tp xboley n windows xboley msok…sya wat dual boot..msa msok linux ,,partion ntuk windows xboley detect…n lepas toh ble restart,, linux pula xboley msok…
@budak:
Kalau sekadar off netbook secara paksa, sepatutnya tiada masalah kecuali jika harddisk anda itu sudah memiliki sektor yang rosak. Sebaiknya anda imbas harddisk anda itu untuk memastikan tiada sebarang sektor rosak!
assalamualaikum,pak nil
saya nak minta pendapat Pak nil knapa netbook sya bil nak shutdown tak boleh dan juga restart
@faiz: wa alaikumus salam.
Untuk masalah tak boleh shutdown, cuba anda jalankan arahan msconfig pada kotak RUN. Pada tab General buangkan tanda pada petak Load startup items dan kemudian reboot netbook anda. Setelah berjaya masuk semula Windows, cuba shutdown. Jika berjaya, maknanya ada program yang tersekat yang menghalang netbook anda daripada ditutup! Untuk kenalpasti anda perlu pilih semula satu persatu startup items untuk dimulakan sehinggalah anda temui program yang tersangkut itu!
salam wbt…nak tanya..
sy pakai notebook 1malaysia..model Natsys N450 GLD..masalahnya..
klu kita on pas2 kuar press F2 for setup..pas2 lepas tunggu lama kuar black skrin +Operating system not found..apa boleh sy buat??adakah hardisk rosak?
minta bantuan?
@shafik: wa alaikumus salam wrt wbt
Ada beberapa kemungkinan kepada masalah anda.
Pertama: Boot sequence pada BIOS anda tidak ditetapkan dengan betul.
Kedua: Windows anda sudah bermasalah dan mungkin perlu dipasang semula.
Ketiga: Mungkin juga harddisk anda sudah bermasalah. Cuba imbas dahulu harddisk anda.
sy berminat dengan cara yg pertama..bleh paknik bg guide camna nak Boot sequence pada BIOS dengan cara yabg betul..
atau
cara ketiga..macam-mana caranya sy nak imbas hardisk..sedangkan xbleh masuk window..
@shafik:
Cara pertama ialah anda perlu tetapkan Boot Sequence komputer anda dimulakan dengan harddisk.
Untuk cara ketiga, anda boleh imbas menggunakan aplikasi Drive Fitness Test yang sudah termuat dalam
UBCD
oh..faham2…terima kasih paknik ^_^
shafik sy punya pun mcm tu jugak..aduh hardisk baru tuka,lepastu bile nk format bunyi beep bnyak kali nk masuk bios pun please wait pastu kdg2 jer bole masuk..pening tol la laptop natsys nih.huhuhuh..ade solution x?
@kumbang:
Kemungkinan masalah anda berpunca dari motherboard yang sudah tidak berfungsi dengan betul
Assalamualaikum Pak Nik..
Masalah saya..windows hang..
@arianni: wa alaikumus salam
Windows tersekat disebabkan oleh beberapa faktor. Ia mungkin berpunca daripada hardware ataupun software. Sebaiknya anda imbas harddisk untuk memastikan tiada sebarang sektor rosak yang wujud. Pastikan juga anda menggunakan power supply yang sesuai dan jika sudah melebihi setahun sebaiknya anda tukar kerana ia kerap menjadi penyebab sistem operasi tersekat!
Jika bukan masalah hardware, mungkin pula masalahnya berpunca daripada software/perisian. Cuba reinstall Windows anda SETELAH anda BACKUP data-data anda! Elok juga anda imbas harddisk anda untuk sebarang virus kerana ia juga merupakan antara penyebab utama sistem operasi tersekat ataupun lembab!
Asalamualaikum Pak Nik
PC saya ada masalah nak masuk win XP..tiba-tiba minta password..sebelum tu antivirus ada detact virus autorun…saya shutdown PC ..buka balik terus minta password..harap pak nik boleh tolong dalam tu banyak data penting…
@zainimz: wa alaikumus salam
Anda boleh muatturun Offline Windows Password & Registry Editor, burn pada CD dan boot menggunakan CD berkenaan untuk membuang sebarang password pada login Windows anda.
assalamualaikum paknik.
saya ada masalah nak buka memory card.
saya nak masukkan file dalam phone dengan menggunakan usb terus ke pc.
lepas tu dia akan keluar 2 disk . disk yang pertama untuk phone dan disk yang kedua untuk memory card.
tapi masalahnya apabila saya buka terus keluar format file before use it .
tapi dalam tu dah banyak software/application untuk phone yang dah install.
saya takut bila format semua file dalam phone termasuk application hilang .
macam mana saya nak bukak file tanpa perlu format ? ada tak apa2 cara ?
@hanihyzaf: wa alaikumus salam
Jika anda teruskan, ada kemungkinan kesemua aplikasi anda akan lenyap. Cuba muatturun desktop manager untuk hadphone anda dan cuba ‘explore’ menggunakan desktop manager anda itu.
boleh terangkan tak dengan lebih detail . saya tak pandai sangat la dalam hal2 macan ni ? desktop manager tu untuk pc ke ? bila kita sambung usb handphone dekat pc guna desktop manager la ye?
nak tanya laptop saya problem dengan keybord .. bila on screen kebord tekan f7 ok… ttp bila nak format balik key enter tidak berfungsi .. bagaimana ya nak format
@suhaidi:
Anda bermasalah nak format harddisk sebab kekunci Enter tidak berfungsi?
ya dah guna external keyboard…. ttp masalah nya bila open ms words tekan f7.. semua kekunci masih berfungsi
salam PakNik, saya guna w7 starter. masalah sekarang saya tak boleh save semua file kecuali saya terpaksa copy, paste pastu replace. macamana nk kembali seperti asal ye boleh save semua file. rasa mcm nak format semula jah window ni..
@fauzi: wa alaikumus salam
Jika anda dah biasa format komputer anda, pastikan anda backup dahulu semua fail anda kemudian cuba reinstall semula Windows.
salam pok nik,,nk tnyo satu soalan ni,,sy bru je format laptop sy ke window xp, mslahnya,,laptop sy xnak langsung restart n shutdown,,knape ye..sy gna laptop acer aspire 4736z..hrap bleh tlong..tq..:)
@healme: wa alaikumus salam
Cuba anda offkan kesemua startup items pada msconfig. Jika berjaya untuk shutdown atau restart selepas itu, bolehlah anda on kan satu persatu startup items.
Salam Pok Nik..sy punya external hard disk 1T dan data dlm yang digunakan dalam 600g ..tiba2 ja x blh buka ..bila klik open need to format..syg nak format data dlm tu penting..minta bantuan kalu ada option utk dapatkan semula..dan kemungkinan bad sektor ..mcm mn nak baiki..
@man_KK: wa alaikumus salam
Pasang external harddisk anda pada komputer anda. Boot menggunakan UBCD4Win. Pergi kepada bahagian File Management-File Explorer. Backup kesemua data dari external hdd anda ke komputer anda. Kemudian bolehlah anda format external hdd anda itu.
tq..saya cuba dlu harap2 berhasil..baikipc.wordpress.com..terbaik!!!!!!
salam pok nik..sy nk tanya nape bile sy klik kat safely remove hardware utk eject cnth cm broadbnd,pendrive tp die x eject pun..dh close dh semua program yg berkenaan n refresh tp bile klik eject, xde keluar jgk safely remove tu..sy pakai win7 HP…klau win xp x pnh pun cmtu,klau x dpt eject pun die bgtau..win7hp ni senyap je..pening pakai win7 ni..huhu..sebab ape ye?mcm mane nk buat?terima kasih..
@nor: wa alaikumus salam
Anda boleh cuba kaedah berikut: Pada kotak Search programs anda files, taipkan regedit. Bila tetingkap Registry Editor muncul, pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer Pada kotak sebelah kanan iaitu entri EnableAutoTray, dwiklik entri berkenaan dan pastikan nilainya ialah 0 ( nombor kosong ). Jika anda tidak biasa menyunting registry sila muatturun fail ini dan dwikliknya.
Salam paknik , sayo nok tanyo bakpo semo usb port sayo xleh gune ( LAPTOP HP G60 ) check dale device manager doh semua hardware okay … harap bantu
@fellis: kalu semo tak leh guna walaupun driver ok, kemungkinan usb port anda sudah bermasalah la tu.
slm pak nik.. sy nk reset notbook jenama toshiba, tp notbook ni xder butang reset yang mcm kat jenama acer dll..cane nak format tanpa merosakkan window?? arap paknik faham soklan sy..
@medi: wa alaikumus salam
Kurang jelas maksud anda?
Jika anda format sudah tentu Windows lama anda akan terpadam!
salam pak nik nok baiki usb port mahal ke x ? sy takot keno tukar mobo jah
@syawal: wa alaikumus salam
Kalau repair usb port sekitar RM200
trima kasih byak PAK NIK
salam…
pak nik nk tnya camna nak install 2 hardisk dalam 1 pc …..saya dah pasang 2 hrdisk dlm komputer saya …..tp x taw nk setting
@raudah: wa alaikumus salam
Jika harddisk anda kedua-duanya IDE, anda perlu set satu sebagai Master dan satu sebagai Slave. Jika keduanya SATA, anda cuma perlu pasang sahaja dan ia sepatutnya dapat berfungsi!
salam pak nik….
kenapa bila say on laptop dia terus msuk window safemode …cmna nk bg dia msuk ke window terus ….
@raudah: wa alaikumus salam
Ketika dalam Safe Mode, taip msconfig pada kotak Run dan pastikan pada tab General-Startup selection anda pilih Normal startup. Apply-OK kemudian restart komputer anda!
salam paknik,
kenape dvd writer sye xboleh detect cd?
@shah irfan: wa alaikumus salam
Maaf diatas kelewatan menjawab persoalan anda
Cuba guna CD Cleaner untuk mencuci lensa DVD anda terlebih dahulu
pak nik…. nak milg sgt2,saya guna notebook lenovo s10 3c..ala …yg dapat kat sekolah tu…masalahnya dah lama x on..lupa lak password..nak wat camne? tlg la pak nik!! dah buntu dah ni………..
@shim shimah:
Maaf diatas kelewatan menjawab soalan anda,
Untuk cuba menyelesaikan masalah anda, cuba muatturun perisian ini, pasang pada pendrive dan boot menggunakan pendrive anda!
grafik kad notebook 1malaysia ok ke x???
@arif firdaus:
Kad Grafiknya ok untuk apa? Untuk gaming ke untuk operasi biasa?
salam..nak tanye..external hdd saya ad problem sket,ble masok lam laptop dy xdapat bukak..xtahu la apa masalah nye..bla cucuk hdd kat laptop,die nanti keluar satu box suruh format..pastu name hdd pown xkeluar..die jdi nama local D..bile tekan kat local D tu die keluar ‘the parameter is incorrect’ ataupun ‘data error(cyclic redundancy check)’..cmne nak dapatkan blek data2 dalam tu??
@woo Ni: wa alaikumus salam
Dari apa yang anda beritahu, kemungkinan besar harddisk anda sudah mengalami masalah bad sector! Cuba muatturun UBCD4Win dan boot menggunakan CD berkenaan! pastikan anda sudah pasang external harddisk terlebih dahulu. Gunakan UBCD4Win untuk melihat kandungan external hdd anda, jika boleh baca backup segera segala data ke partition dalam komputer.
assalam pak nik..rentetan masalah sy..
1 – laptop sy pkai 2 windows
2 – HD ada 2 partition jer
3 – 1st windows install dlm (C:) , 2nd install dlm (D:) (1st windows da mslh skit)
4 – lepas tuh sy delete OS yg first (C:) then guna OS 2nd dalam (D:)
5 – tp (C:) msa install windows 2nd sy x format dlu..menyebabkan (C:) masih dianggap ‘system’ partition oleh komputer..even desktop n my document smua da direct msuk (D:)..so space dlm (C:) yg dianggap ‘system’ oleh komputer tuh adlh sia2..spare space utk system..padahal x guna pon..
6 – then sy guna partition magic utk format (C:) n make a new partition ganti yg (C:) , dan jadika (D:) sbgai ‘system’
7 – selepas order utk restart , then komputer trus jd black screen ( – ) naek dot2@cursor nih lpas tiap2 kali on komputer
so.. – boleh tak, nak selamatkn data dlm kedua2 ‘system’ partition C: n D: ( sbb xtau komputer anggap yg mna stu system..or maybe d anggap kedua2 skli ) ?
- boleh tak, kalu sy bukak hard disk then msuk kat external slot..then guna sbgai external hard disk dan running kat komputer lain..? utk format windows or backup file ..?
@arifkhairun: wa alaikumus salam
Cadangan anda untuk menggunakan harddisk sebagai external adalah cara paling mudah untuk anda backup data anda dan reformat serta reinstall semula sistem operasi anda dalam harddisk anda berkenaan…..
then..boleh tak, sy guna hard disk sbgai external kat komputer lain then install windows padanya..seterusnya gunakan semula di komputer lain sbgai hard disk kembali..komputer lain tu ‘kesah’ tak..?
Assslmualaikum pak nik,
macammna nak download microsoft office dalam laptop lenovo ni…ssaya dah cuba berkali kali download tapi tak dapat nak buka/guna?
Selamat jumpa kembali Pak Nik, tp maaf selalu merepotkan, mau tanyak masalah Skype. dulu saya mudah download dan install sekalian di dekstop atau di monitor, kenapa sekarang nggak bisa melakukan itu, bisa dowload tapi ikonnya nggak bisa nampak di compoter saya. tolong bantuannya. thanks pak Nik. salam sejahtera moga sehat2 selalu.
@Tatik R:
Cuba ke folder di mana Skype tersedia dipasang! Klik kanan pada icon Skype.exe dan pilih send to desktop!
semekum pak nik!!harap2 pak nik sihat.he3..nak tanya pak nik..laptop model msi CR400.apabila ON..xde respon..2 @ 3 second mati.blum sempat keluar apa2 kat skrin.pas2 buang bateri..pakai direct cas from plug.pom sama.mintak pandangan pak nik untuk menyelesaikan masalah sy..
slm p.nik… tiap2 kali bile sy on lptop, sy trpksa mnunggu notis ‘toshiba service station stopped working’ klua, baru la sy bleh guna laptop ni..slagi xklua, laptop kan jd ‘hang’..arap p.nik bleh tlong cane nak buat?
Assalamualaikom Pak Nik, Saya guna hdd 3.5″ sebagai external hdd (terpakai) untuk storage, bila saya open ada tiga folder satu folder ada data dan dua folder kosong ,yang peliknya baki ketiga-tiga folder tersebut “free space”tinggal sedikit saja hanya 22.05gb dari kapasiti asal 320gb , tolong Pak Nik nak buat apa dan terima kasih atas pertulongan sebelum ini .
aSSALAMUalaikum PakNIL..
Masalah notebook sy,baru je beli..Connect internet..boleh..tapi lepas tu,tibe2 jee dia tak boleh nak connect,simbol pangkah kt taskbar tuu.. kate nye no internet access…..bile restart,dia ade balik…bile connect balik,dia boleh access…tapi lepastu jd balik…kerap perkara ni berlaku..mcm mane yee nak selesaikan masalah ni????harap paknil boleh bantu.
@mia: wa alaikumus salam
Oleh kerana notebook masih dalam jaminan, sebaiknya anda pulangkan ke tempat anda beli untuk diperbetulkan. Kemungkinan masalah ini berpunca daripada kad network yang gagal berfungsi dengan baik
terima kasih pakNIL, sy dh pegi kedai tu, tp die kate.. kemungkinan streamix sy yg bermasalah.. katenye, mungkin sy menggunakan modem lame, yg mempunyai wireless router yg pendek, dah tahap notebook nie katenye die menarik line internet dgn kuat..tp sy tak tau laa betul ke tak ape yg die bgtau kan tu..
paknik…saya ada masalah ni..saya format window xp menggunakan soft wintoflash…lepas saye buat step 1 siap .tapi 2end gui xboleh ..dia jd hall,dll missing..
Salam buat paknik
1. Saya nak minta tolong kepada paknik mengenai masalah saya ini.
2. Saya nak install Windows XP Pack 3 menggunakan pendrive.
3. Masalahnya:
a. Saya copy cd ke pendrive menggunakan winsetup from usb
b. Langkah yang pertama, semua fail dapat install.
c. Langkah yang kedua, windows tak boleh log in, keluar perkataan ini di screen.
Windows could not start because the following file is missing or corrupt
\System32\hal.dll.
Please re-install a copy of the above file.
4. Saya cuba semula langkah pertama dan buat banyak kali tapi tak berjaya juga.
5. Mohon bantuan. Terima kasih atas bantuan dan nasihat.
@Shakir Ali: wa alaikumus salam
Jika bermasalah untuk menggunakan perisian berkenaan, cuba guna unetbootin
salam..
klu lupa pswd netbook 1malaysia nk wt cmne ye..
@dira: wa alaikumus salam
Untuk reset password anda boleh guna perisian ini. Unzip kesemua fail tersebut ke dalam USB, jadikan USB anda bootable dan boot USB berkenaan untuk membuang password netbook anda!
assalamualaikum…tumpang tanya…
kenape bile saya install adobe reader…
sume application btuka jd icon adobe…and xbleh buka…
dye jd mcm open with adobe reader…
mcm ne nak ubah balik erk???
skunk saya guna foxit reader..elok je..
bile masok adobe reader tros file exe btuka icon…and xleh buka…
@silentz: wa alaikumus salam
Cuba lihat post ini
salam pak .saya ade masalah notebook .nak dikatakan explorer.exe hilang tak gak sebab ade start bar dan icon kat desktop . tp bila saya click tak boleh buka.kena pakai task manager je .masalah nyer ialah mcm mana nak selesai kan masalah ni .nak repair windows tak boleh sebab daemon tools untuk mount image file iso tak boleh install dekat notebook tu . ade jalan lain tak nak repair notebook ni ? saya pakai win7 pro
@bulat: wa alaikumus salam
Jika anda ada DVD Windows 7 anda boleh gunakan DVD itu untuk ganti explorer.exe dari DVD itu kepada Windows anda. Anda boleh cuba kaedah yang ditunjukkan dalam video ini. Semoga dapat menyelesaikan masalah anda!
SAYA ADA PC P4 MASALAH DIA BILA PAKAI DALAM SETENGAH JAM DIA PADAM APA MASALAH PC TERSEBUT
@Nizam:
Kemungkinan besar masalah PSU ( Power Supply Unit ) yang sudah gagal membekalkan bekalan yang cuba untuk membolehkan komputer anda berfungsi dengan baik. Cuba tukar PSU
Assalamulaikum!
Paknik sya ada problem sekit kenapa netbook sya (1 malaysia) x boleh connect dengan wifi sekolah .dia kuar ”Windows was unable to connect to ?”
Boleh mintak tunjuk ajar!
@AreNas: wa alaikumus salam
Cuba tetapkan DNS anda secara manual selaras dengan DNS wifi sekolah anda!
Assalamualaikum PakNik, macam mane nak access school blocked websites
sebabnya sya x boleh bukak facebook!
@AreNaz: wa alaikumus salam
Cuba guna perkakasan ini!
Salam PakNik saya ingin bertanya mengapa PC saya bunyi kuat bila saya run game adakah cpu usage tinggi atau ada masalah pada kipas dlm PC saya.Terima Kasih
@lisa: wa alaikumus salam
Kebiasaannya bila menjalankan aplikasi game, memang cpu usage lebih tinggi. Oleh itu kipas untuk menyejukkan processor anda juga perlu berkerja lebih keras untuk menyejukkan processor anda!
salam…. saya ada mslah ni… boleh tlong sya x?? mslah sya mcm ni,,, sya install windows xp menggunakan boot pendraf kt netbook hp mini 110.. apbila sya install tbe2 dye kuar promblem hal.dll.. mcam mana nak menangani mslah skrang…? pz help me…
salam…. saya ada mslah ni… boleh tlong sya x?? mslah sya mcm ni,,, sya install windows xp menggunakan boot pendraf kt netbook hp mini 110.. apbila sya install tbe2 dye kuar promblem hal.dll.. mcam mana nak menangani mslah skrang…? pz help me…
@Ras Zak: wa alaikumus salam
Jika anda belum sempat selesai XP pada netbook anda, sebaiknya anda cuba pasang semula dengan memilih untuk format harddisk anda sebelum memasang XP.
Assalamualaikum PakNik…..ni pasal netbook 1malaysia tuh..jename dy natsys.. ble sy firt time nak on je trus ad garisan wane kuning kt tgh2 skrin tuh.. macm mane nak hilang kn garisan tu?? please help me
@azyan hanani: wa alaikumus salam
Jika masih dalam waranti, elok anda pulangkan ke kedai di mana anda membelinya.
assalamualaikum.. nak tanya, monitor saya ni on 5 min akan tetiba gelap tapi monitor tak sleep still on ( lampu on monitor masih menyala ) kenapa dan bagaimana nak mengatasi masalah ni ye.. bila biar 2 min tekan button on off monitor tu dia ok semula.. 5 min jadi balik..
@manje izan: wa alaikumus salam
Anda perlu ubat setting sleep mode! Dalam XP anda boleh ubah pada Control Panel- Power Option. Untuk Vista atau Windows 7, taip sahaja sleep mode pada search untuk menukar setting berkenaan!
Assalamualaikum,paknik…. sya ada masalah internet jadi slow,sya guna broadband maxis,macam mana kasi laju balik!!
@Faeiz: wa alaikumus salam
Mungkin kita sebagai pengguna kurang meneliti bahawa setiap pembekal khidmat internet ( ISP ) telah menetapkan kuota untuk setiap pakej internet yang dilanggani! Biasanya jika kuota anda sudah dipenuhi maka kelajuan internet anda akan berkurangan!