115 comments on “2. Sistem Operasi

  1. pak nik… kenapa laptop saya tak boleyh detect mouse lansong…tapi klo detect external boleh… masalah driver ke mcm mne yek? laptop saya Toshiba L310..

    • @muammar:

      Anda pasang external pada slot usb boleh dikesan tetapi pasang mouse tak dapat dikesan? Kalau anda dah cuba pasang usb mouse berkenaan pada kesemua slot usb yang ada pada laptop anda tetapi masih belum dapat dikesan mouse berkenaan, kemungkinan mouse anda yang bermasalah! Untuk mempastikannya, cuba anda pasang usb mouse anda pada komputer lain untuk melihat sama ada usb mouse berkenaan dikesan atau tidak.

  2. salam paknik,nak tanya…
    apa itu recovery console?
    adakah kalau kita format pc menggunakan recovery console, semua file kerja yang kita simpan kat C akan hilang?

    • @hanisah: wassalamu alaikum

      Recover COnsole adalah suatu kaedah untuk memperbaiki Windows setelah cara lain seperti Safe Mode gagal untuk boot WIndows dengan sempurna. Oleh kerana ia merupakan proses install, sebaiknya anda backup terlebih dahlu kesemua fail-fail anda. Perlu diingat Recovery Console banyak menggunakan command prompt.

    • @Zul:

      Dari segi hardware, tambah RAM. Namun anda mungkin sudah ketahui bahawa OS 32bit hanya dapat menampung sehingga 3.2GB RAM sahaja!
      Dari segi software, pastikan anda sering membuang temp files, baiki registry anda dan buat defragment harddisk anda.

    • @kisha laila mahmud: wassalamu alakum

      Hal ini berlaku disebabkan masalah bekalan kuasa yang tidak cukup. Cuba pastikan sama ada PSU ( Power Supply Unit ) pada komputer anda apakah menggunakan PSU 250W? Jika menggunakan PSU 250W, anda perlu tukar kepada PSU 350W ataupun yang lebih tinggi!

  3. salam .saya menggunakan windows 7 ultimate . baru2 ni kenapa desktop background saya tidak keluar gambar walaupun tlah tekan set as desktop background ? , kalau apply theme taskbar berubah mengikut theme tp desktop background tetap hitam xkluar gambar .harap pak nik ad cara nk setel . time kasih

    • @sohey: wassalamu alaikum

      Wallpaper anda sudah berubah menjadi warna hitam? Jika anda membeli atau sudah tersedia pasang Windows 7 Ultimate pada komputer anda maka anda boleh membuat aduan kepada kedai tempat anda membeli komputer ataupun terus kepada Microsoft pada talian 1800 886 295!
      Namun jika anda install Windows 7 “sendiri:D untuk membetulkan keadaan ini anda perlu google untuk dapatkan Win 7 activation

    • @sohey:

      Kini wallpaper anda berwarna hitam. Apakah ada tulisan This copy of Windows is not genuine di atas taskbar pada sudut kanan bawah?

      Cuba anda pilih wallpaper secara manual dalam Personalization-Desktop Backgrounds dan lihat sama ada boleh ubah wallpaper atau pun tidak. Jangan segan-segan untuk post komen lagi jika cara yang dicadangkan tidak berjaya :D

  4. xde tulisan window not genuine kt sudut kanan atas jam tu .dh try wt wallpaper scra manual tp xjadi gak . lau set themes sume brubah mengikut themes jz background yg xkluar . stilll hitam . hehe . kot2 ad settng kot .tp kt ne ?

    • @azady: Wassalamu alaikum.

      Sepertimana jawapan PakNik kepada Ezwan, cuba tukar monitor lain jika ada. Jika guna monitor lain, ada paparan skrin maka kemungkinan monitor anda bermasalah. namun jika guna monitor lain pun tiada paparan skrin, kemungkinan kad grafik anda bermasalah.

    • @azady:

      Kalau istilah IT bunyi itu digelar ‘clicking sound!’ Biasanya bunyi itu menandakan harddisk anda sudah hampir nak rosak! Sebaiknya anda ‘backup’ fail-fail anda!

  5. Salam poknik,

    saya baru jer format desktop menggunakan window 7. masalahnya tetikus tak berfungsi walaupun guna yg usb mahupun ps/2. mohon bantuan

    • @llahajinasir: wa alaikumus salam & salam eidul adha!

      Anda baru pasang Windows 7 namun tetikus tidak berfungsi walaupun anda sudah gunakan tetikus USB dan PS/2. Kemungkinan besar masalah pada mainboard anda.

  6. askum, PAKNIK kenapa netbook 1 Malaysia saya x boleh on..tiap kali on kuar benda biru besar kat desktop,dan computer restart sendiri.Ia kata “log has been created”.
    Tiap kali buka com,benda ni kuar n com restart sendri!?!?bantu saya.

    • @Faisal 97: wa alaikumus salam.

      Cuba lakukan langkah yang PakNik cadangkan dalam jawapan kepada komen anda sebelum ini terlebih dahulu. Jika gagal juga untuk masuk Windows, mungkin perlu re install semula WIndows anda.

  7. paknik . kenapa laptop sy cpu usage naik tinggi sedangkan xde program pn yg sdg dibuka . kipas berputar dngn laju .cepat panas . adakah tanda2 nk rosak ? atau disebabkn oleh hdd yg full ?

    • @sohey:

      CPU usage full maknanya ada proses yg sdg berjalan! Storan harddisk secara umumnya tidak boleh kurang dari 200MB yang free. Kalau cepat panas, anda kena pastikan saluran udara laptop tersekat atau tidak. Jika tersekat anda perlu pastikan udara dapat mengalir dengan baik!

  8. askum PAKNIK kenapa netbook saya selalu tersekat pada screen nie ,kalau taip benda selalu tersekat ,layari internet tersekat,tolong!?

    • @sohey:

      HyperText Transfer Protocol ialah protokol yang digunakan untuk menghantar dokument hypertext dan mempamirkan internet. Tanpa HTTP, internet tidak dapat berfungsi! HTTP merupakan asas permintaan/jawapan antara client ( kita semua lah tu! ) dengan server!

  9. Salam Pak Nik,
    Komputer saya menyuruh ‘reboot and select proper boot device or insert boot media in selected boot device and press a key’ semasa startup,, apa sebenarnya masalah komputer saya… ASAP…

    • @Umair: Wa alaikumus salam

      Masalahnya ialah komputer anda tidak menemui perkakasan yang betul untuk boot. Ada dua kemungkinan. Pertama: Susunan Boot dalam BIOS tidak betul. atau Kedua: Harddisk anda bermasalah.

  10. salam paknik,
    knp laptop apabila kita on, caj xmasuk kt bateri seolah-olah charger xberfungsi tetapi apabila kita off atau sleep caj baru masuk kt bateri….

    • @sohey: wa alaikumus salam

      Stop error 0X124 biasanya merujuk kepada masalah pada perkakasan komputer. Pastikan bahagian dalam casing komputer anda banyak habuk/debu! Untuk mengenalpasti perkakasan yang bermasalah, anda perlu buka dan pasang satu persatu perkakasan seperti RAM ( jika anda lebih dari 1 keping ), kad video ( jika mainboard anda ada onboard video card )!

  11. Tumpang tanya…
    PakNik..komputer lama saya bila buat defragment kat C hanya sampai 20% sahaja. Ada beberapa fail yg tidak dapat di defrag…tolonglah..macam mana nk selesaikan masalah ini.

  12. askum pok nik, laptop saya compaq presario cq40 mengalami masalah bila saya open laptop, screen laptop saya xkluar ape2 tapi lampu capslock & numlk berkelip? Bleh tlg x

    • @aiman: wa alaikumus salam

      Ada beberapa kemungkinan bila hal ini berlaku. Pertama, chipset grafik pada motherboard anda sudah bermasalah. Kedua: Screen inverter anda sudah bermasalah, namun bagi perkara ini biasanya anda masih boleh lihat paparan cuma agar samar. Ketiga: LCD anda yang bermasalah.

    • @mzm: wa alaikumus salam

      Jika memang tiada sistem operasi pada server berkenaan, sebaiknya anda format harddisk kemudian cuba install Linux. Biasanya tiada masalah untuk install Linux pada server! :D

  13. assalamualaikum pak nik,nak bertnya knape touchpad sy dgn mause bila bukak ape2 file akan bergerak atas bawah je,nak clik pun susah.

    • @zainal karim: wa alaikumus salam

      Touch pad dan mouse kedua-duanya bermasalah? Cuba guna mouse lain jika ada. Jika tidak berulang masalah anda setelah menggunakan mouse lain, maksudnya mouse anda yang asal itu sudah bermasalah!

  14. salam pak nik..saya baru format com saya jenis acer5050…ganti Hardisk baru…bila saya buka radio intenet or youtube ke..sound bunyi cam bateri nk abis…penin pale ni..tlg le bgtau pe masalah….macehhh

  15. saya nak tanya. laptop saya nak format tapi kat c2 ada tulis “FILE SETUPDD.SYS COULD NOT BE LOADED. THE ERROR CODE IS 4″
    boleh banu saya????

    • @aze:

      Ada dua kemungkinan kepada persoalan anda. Pertama: CD Installer anda mungkin sudah tercalar ataupun CD/DVD ROM anda tidak dapat membaca kandungan CD Installer dengan baik. Kedua: RAM anda mungkin bermasalah. Cuba buka dan pasangkan semula RAM dengan betul.

  16. As salam pak nik…pc saya ni bru lepas format…dkt device manager tu ade satu yg tak leh nk install driver..”pci device”…saya rasa audio tp dh guna driver sama mcm pc lain tp tak boleh jugak..

    • @ika: wa alaikumus salam

      Kebiasaannya laptop akan tersekat disebabkan oleh ‘overheating.’ Cuba periksa saluran udara di bawah laptop anda tidak tersekat!

      • saya guna cooler,tapi jadi jugak..kalau tak online ok je..saya guna trend micro antivirus..bila stuck selalu keluar untuk stop script/x..jadi macam mana ye?tq

  17. salam pak nik……….nk mnx tolong boleh? camne nk dptkan activation code win7 ultimate? sye dah puas cari..cari generator code pon x jmpe2…harap pak nik tlg saya………..sy dah boring tgk tulisan ni..background hitam…This copy of Windows is not genuine di atas taskbar pada sudut kanan bawah?…………….huuhuuhh………..tolong ye pak nik share ilmu……….

  18. assalammualaikum.. paknik 1stly saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada paknik sbb segala masalah yg saya hadapi sebelum nih dapat di setelkan dgn bantuan dan tunjuk ajar paknik.. termia kasih byk.. nanti2 harap paknik bleh bantu saya lagi ya.. minta tunjuk ajar dari paknik … saya nak minta pendapat paknik ttg antivirus?? yang mana satu anti virus yang ok pada masa kini?? dan lg satu ada x cara clean virus tanpa perlu format laptop??

  19. salam pak nik.
    1-nak mintak tutorial mcmana nk dapatkan fail yang dah hilang sebab reformat dan serangan virus
    2-mcmana nk hapuskan selamanya fail/gambar dalam komputer supaya tak boleh recover

    • @noor: wa alaikumus salam

      Soalan 1 -
      Soalan 2 – Anda boleh cuba muatturun Darik’s Boot and Nuke DBAN, burn pada CD dan restart menggunakan CD berkenaan untuk menghapuskan segala data!

  20. salam pak nik.. nak tanye.. ape masalah laptop saya ye bile saya tekan shift pastu tekan simbol ! xjadi… tapi kalo tekan both button at the same time.. pastu lepas kn shift jadi pulak.. tapi ade sesetengah nye jadi pulak.. macam simbol @$%&)+~ yang tak jadi !#^*(_ huhu tibe tibe je jadi..

    • @lin: wa alaikumus salam

      Cuba pastikan kekunci Fn pada laptop anda tidak tertekan semasa anda cuba menaip! Jika kekunci Fn sudah tidak tertekan namn masih bermasalah maka kemungkinan keyboard anda sudah bermasalah!

  21. salam…
    nk tanye knape pc sy ni slalu je hang selepas on selama 2 @ 3 hari?
    spec pc ni adalah: acer model m5811,os win7 64bit pirate je,ram 4gb,grafik kad ATI Radeon HD5570 1024mb,hardisk Seagate 1Tb…
    sy xcube utk restart sbb sy dlm proses mndownload file sebesar 4.37 gb melalui IDM…
    sy cube masuk task manager tp kuar error The application was unable to start correctly (0xc0000142)….
    pd gajet di skrin ni mnunjuk sy masih mmpunyai free ram sbnyak 29% dr keseluruhan ram…
    jd mcm mane nk atasi masalh ni tanpa merestart pc?

    • @Haris: wa alaikumus salam

      Biasanya error 142 merujuk kepada masalah aplikasi! Anda masih boleh mulakan semula muatturun menggunakan IDM tanpa perlu ia bermula daripada awal! Namun langkahnya perlu diikuti dengan betul. Cuba lihat laman ini untuk langkah-langkahnya!

  22. salam..Pak Nik..saya selalu baca blog Pak Nik nie…sblm nie xde masalah…la nie..komputer jiran saya komputer samsung pentium 4 windows xp dia bmasalah…bila saya on, lampu semua nyala tapi kat monitornya gelap keluar sync out of range….ank jiran saya suka main game..Ram dia kecik…semalam saya bukak..mcm tu gak…on of..on..of…dia klr window…camna nak buat jiran saya dia nak buat cam asal….semua fail2 tu dia xnak…masalahnya saya cari kat control panel cuma ada restore point je….la nie komputer tue buat lagi ..bila on klr sync tue..camna nak tekan f8 tukar safe mode…window nya pun tak klr….tolong yerrrrrrr…..mekaseh

    • @haszhasnah: wa alaikumus salam.

      Terima kasih kerana sudi melawat blog PakNik. Masalah yang berlaku ialah kerana resolusi paparan sudah ditetapkan pada kadar yang tidak mampu digunakan oleh kad grafik. ntuk mengatasi masalah ini, anda memang perlu masuk Windows dalam Safe mode. Jika dapat masuk Safe Mode, cuba tetapkan resolusi paparan kepada 1024 X 786! Kemudian restart komputer anda!

  23. paknik saya ada mslh dgn windows8.kenapa slrh screen laptop saya jadi kuning belang2 tapi ada nampak gambar skt2, adakah benda ni disebabkan driver graphic card tkder?

  24. salam paknik….
    saya ada maslah sikit dengan laptop saya…jenis ace aspire 4937g…
    bila saya on laptop dia run lpastu trus mati…bila saya on blik dia tlis windows startup problem…saya ada tnya kdai dia ckp chipset rosak/ fan/graphic card,…boleh paknik bantu…

    • @azhari: wa alaikumus salam

      Cuba imbas harddisk anda terlebih dahulu untuk kemungkinan wujudnya sektor yang sudah rosak! Jika tiada sebarang sektor rosak, mungkin elok anda hantar untuk dibaiki!

  25. Assalamualaikum paknik…saya ada masalah dgn screen pada notebook CQ41saya..apabila on ja, trus kluar paparan lima warna iaitu putih, merah, hijau, biru dan hitam pastu berulang balik ikut turutan warna td..fullscreen plak tu, saya tggu lama pun, keadaan notebook saya xbrubah jugak..screen masih mcm tu, bunyi paparan dekstop ada,tetapi screen ja msih mcm tu, bila shutdown pastu on balik pun,,keadaan msih sama.. Paknik tolong britahu saya apa kerosakannya dan berapa kos pembaikannya..sekian trima kasih..

    • @Apit CESD: wa alaikumus salam

      Kemungkinan besar chipset grafik anda sudah bermasalah. Untuk kepastian cuba pasang monitor lain pada laptop anda. Jika masalah sama berulang, chipset grafik anda memang sudah rosak. Anggaran kos untuk baiki sekitar RM200

  26. assalammualaikum.. paknik saya ada beberapa soalan:
    1. apa maksud “startup repair’ berulang kali saya format ia tetap naik perkataan tu. apa yang perlu saya buat?
    2. bila tekan button start ia x running saya x dapat kenal pasti masalahnya…
    3. apakah maksud bunyi bep bep bila saya mula nak format sesuatu laptop tersebut.?

  27. nk tnya..knapa pc sya xmengeluarkn suara..wayar dh di smbung nmun tetap xkluar sebarang suara pon..boleh bntu sya x??

    • @syafeeq:

      Anda banyak kemungkinan. Pertama mungkin speaker. Cuba tukar speaker lain. Jika masalah berulang, cuba pastikan volume speaker tidak di’mute’kan! :D
      Jika tidak selesai juga, cuba pastikan driver untuk sound card anda berfungsi dengan baik. Jika bukan masalah speaker, volume speaker atau driver audio, mungkin sound card anda ygn bermasalah dan perlu ditukar!

  28. salam.. minta bantuan.. cm ne cara nk wat jika netbook keluar screen window fail to start. ada cd tp netbook tak ada tempat cd… cm ner tu… harap dpat tlg..please

    • @jue: wa alaikumus salam

      Cuba masuk Windows menggunakan Safe Mode atau Last Known Good Configuration terlebih dahulu! Jika gagal juga, anda boleh cuba pasang semula sistem operasi anda menggunakan USB drive

  29. assalammualaikum…saye nk tanye..nape laptop saye masih lag ketika main game..walaupon graphic card saye 2 gb dan pakai i5 malah bru dgunakan beberapa hari..dan saye nk tanye ada apa2 masalah kat laptop tak sekirenye on laptop dgn charger dan tanggalkan bateri..

    • @loqman: wa alaikumus salam

      Boleh bagitau PakNik game apa yang bermasalah itu. Kalau anda sudah menggunakan i5 dan kad grafik sudah 2GB sepatutnya sudah lebih dari memadai!
      Laptop dibekalkan bateri untuk memudahkan penggunanya menggunakan laptop secara mobile. Jika anda tanggalkan bateri dan guna laptop menggunakan charger sahaja tidak ada sebarang masalah sepatutnya

  30. salam , saya nak tanya kenapa bila saya tekan huruf spt u,i,o,p,l,k,m ..dia bertukar menjadi nombor . saya perlu tekan fn+huruf u,i,o,p,l,k,m .. kenapa ye .. contoh huruf UIOPJKLM=456*1230 ..HARAP DAPAT BANTU

  31. salam pak nik… sy bru lps install ubuntu dipc sy… entah macam mane windows 7 saya x dikenal pasti dan tidak boleh dibaca… bile tekan f8, tiada kuar safe mode. adakah saya salah setting… mcm mane nk tukar blik ke format ntfs… bile nk repair gune cd, masih x boleh… disc c & d tidak kelihatan… adakah die hidden atau salah sistem…

  32. ubuntu tiada masalah buat mase ni cume sy pelik bhgn disk untuk windows 7 tidak kelihatan. mcm ne sy nk backup, tengok folder D windows pun xde. ble sy nk install die kate windows 7 sy x dikenal pasti… sy belum format lg mslhnyer…

  33. Assalamualaikum,paknik!
    Tumpang tanya,Windows apa yg sesuai utk netbook 1 malaysia
    Windows 7 Ultimate atau windows lain!

    • @AreNaz: wa alaikumus salam

      Biasanya bagi netbook yang sudah dipasang sistem operasi, ia kerap datang dengan Windows 7 Starter. Jika RAM netbook anda 2GB atau lebih, eloklah anda pasang Windows 7.

  34. salam pak nik…windows saya keluar error
    16 bit MS-DOS Subsystem
    C:\windows\system32\30.exe
    The NTVDM CPU has encountered an illegal instruction……
    mcm mane erk nk buat…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s