Hakikat Perisian Anti Virus

Syarikat pengeluar perisian anti virus sering mendabik dada mengeluarkan kenyataan berani tentang kejayaan perisian masing-masing menangani masalah virus dan ‘spyware.’ Mereka bercakap tentang fail definisi anti virus yang terkini dan mengimbas secara menyeluruh sesebuah komputer, dan ada kebenaran dakwaan mereka bahawa perisian anti virus masa kini adalah jauh lebih berkesan daripada perisian anti virus pada beberapa tahun dahulu. Satu peringatan buat anda, jangan menarik nafas lega dan bersenang lenang hanya semata-mata kerana anda sudah mempunyai perisian anti virus dalam komputer anda!

Kaedah umum bagi hampir setiap perisian anti virus ialah anda mesti mengemaskini secara tetap definisi terbaru berkaitan dengan virus dan ‘spywares.’ Masalahnya ialah ketika mana pengguna telah diperingatkan atau mengingatkan dirinya untuk mengemaskini corak definis virus terkini, penulis virus telah bergerak selangkah lebih awal dan dalam setengah hal telahpun menyebarluaskan versi terkini virus mereka yang belum dikenalpastipun dalam definisi anti virus yang telah dikeluarkan!’ Masalah menjadi bertambah kusut kerana hakikatnya kebanyakan syarikat perisian anti virus tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengeluarkan ‘patch’ dalam jangkamasa yang diperlukan oleh para pengguna itu sendiri, hingga kadangkala mengakibatkan pengguna telahpun dijangkiti oleh virus ketika ‘patch’ baru dikeluarkan.

Walaupun setelah dijangkiti virus, ramai pengguna masih merasa selamat dan tenang hanya kerana mereka merasakan perisian anti virus yang telahpun mereka miliki pasti mampu mengembalikan komputer mereka kepada keadaan adal sebelumianya dijangkiti. Malangnya, hakikat sebenar selalunya bukan sedemikian. Kebanyakan virus masa kini seringkali bermutasi secara keseluruhan menyebabkan sukar untuk kebanyakan perisian anti virus masa kini untuk membuangnya. Biasanya perisian anti virus tidak mampu untuk membuang fail virus yang tersembunyi atau telah melalui mutasi itu melainkan kadangkala menyebabkan kerosakan lain pula kepada komputer.

Jangan beranggapan bahawa maklumat ini bertujuan untuk meremeh-remehkan perisian anti virus bahawa mereka tidak berkesan langsung dalam melawan anti virus dan ‘spyware’ dalam komputer. Kita perlu sedar akan masalah dan keterbatasan kemampuan perisian anti virus dalam melindungi komputer anda. Oleh kerana itu, perlindungan terbaik masa kini terhadap virus ialah pengetahuan anda bahawa tidak ada perlindungan yang sempurna. Perhatian yang anda berikan kepada prestasi komputer anda ( kelajuan/kelembapannya dan mesej-mesej kerosakan ) adalah amat penting sebagai tanda apa yang perlu seseorang lakukan untuk melindungi komputer mereka.

>> Terjemahan post asal pada SaferEMails

Advertisements

2 comments on “Hakikat Perisian Anti Virus

    • @Wan : NOD32 adalah salah satu perisian anti virus yang sangat berkesan dalam menangani masalah jangkitan virus komputer. Namun sepertimana yang dijelaskan oleh artikel yang saya terjemahkan itu, anda perlu kerap mengemaskini corak virus yang terkini dan berhati-hati ketika melayari laman web yang diragui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s