Langkah untuk mengelak ‘spyware’

Antara langkah yang dicadangkan oleh Peter Bowey, yang mengendalikan Peter Bowey Computer Solutions di Australia, adalah seperti berikut:

  • Jangan sekali-kali klik pada sebarang pautan ( link) dalam tetingkap ‘popup’ – memandangkan seringkali tetingkap ‘popup’ adalah produk ‘spyware.’ Seandainya anda klik pada pautan dalam tetingkap ‘popup’ berkemungkinan akan menyebabkan aplikasi ‘spyware’ berkenaan akan di’install’ dalam PC anda! Untuk menutup tetingkap ‘popup’ klik tanda ‘X’ pada bar tajuk dan bukannya klik butang ‘close’ dalam tetingkap ‘popup’ berkenaan.
  • Berhati-hati dengan kotak dialog yang tidak anda jangka akan kemunculannya, yang meminta anda untuk menjalankan sesuatu program atau melaksanakan sesuatu kerja. Pilih “no” atau “cancel,” ataupun tutup kotak dialog berkenaan dengan klik pada tanda ‘X’ di bar tajuk.
  • Waspada dengan perisian yang anda muatturun – Terlalu banyak laman yang menawarkan bar perkakas ( toolbar ) yang menarik minat pengguna. Jangan muatturun program dari laman yang anda tidak percayai
  • Jangan klik pada pautan e-mel yang mendakwa menawarkan perisian anti-spyware – kerana pautan sepertinya bertindak sebaliknya dengan meng’install’ spyware dalam PC anda sebenarnya!
  • Jangan terpengaruh dengan laman yang menawarkan muzik percuma kerana selalunya laman berkenaan juga akan memuatturunkan spyware ke dalam PC anda!

>> Artikel asal pada laman Peter Bowey Computer Solutions

Advertisements

One comment on “Langkah untuk mengelak ‘spyware’

  1. camne eh nk buang
    spware n virus kuat yang ada dalam virus vault..
    Xleh nk heal lah.
    sy pakai AVG anti virus free edition.free je sy yang mampu..
    ade cara x nk buang sbb
    dlam virus vault 2 nk dekat 2000 file.adeh! camne nih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s