Servis Windows XP yang boleh dihentikan

Windows XP membekalkan banyak servis secara ‘default’ dan sebahagian daripada servis berkenaan tidakpun digunakan oleh kebanyakan pengguna. Jika anda menghentikan servis-servis berkenaan, anda mungkin akan menjimatkan penggunaan RAM pada komputer anda. Saya kata mungkin, kerana ada pihak seperti The Elder Geek berpendapat bahawa tidak ada banyak perbezaan seandainya servis-servis berkenaan dihentikanpun!

Namun ia adalah komputer anda dan buatlah keputusan sendiri andainya anda rasakan tindakan ini perlu. Anda boleh menjalankan semula servis-servis berkenaan jika anda mahu.

Menurut BlackViper, seandainya anda membuat keputusan untuk menghentikan servis-servis Windows yang anda rasakan tidak perlu, JANGAN gunakan ‘msconfig’ untuk tujuan tersebut, tetapi gunakan arahan services.msc dan jalankan pada kotak ‘Run.’ Kenapa? Jika anda gunakan services.msc, ia adalah lebih selamat daripada menggunakan msconfig.

Antara servis-servis yang diistilahkan sebagai tidak perlu, termasuklah :

  • Alerter
  • Application Layer Gateway Service
  • ClipBook
  • Computer Browser
  • Cryptographic Services
  • Distributed Transaction Coordinato
  • Error Reporting Service
  • Help and Support
  • Human Interface Device Access
  • Indexing Service
  • IMAPI CD-Burning COM Service
  • Internet Connection Firewall (ICF) / Internet Connection Sharing (ICS)
  • Messenger
  • Net Logon
  • NetMeeting Remote Desktop Sharing
  • Remote Desktop Help Session Manager
  • Remote Procedure Call (RPC) Locator
  • Remote Registry
  • System Restore Service
  • TCP/IP NetBIOS Helper
  • Telnet
  • Terminal Services
  • Themes
  • Uninterruptible Power Supply
  • Upload Manager
  • Windows Time
  • Wireless Zero Configuration
  • Workstation

Siapa yang patut menghentikan servis di atas dan apa implikasinya bila dihentikan? Maklumat lebih lanjut boleh anda lihat di laman Jasonn. Anda juga boleh melihat penjelasan yang panjang lebar pada laman BlackViper.

Terdapat fail ‘batch’ yang telah dibuat untuk anda, stopservices.cmd. Gunakannya dengan hati-hati.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menghentikan sebarang servis, SILA BACA DAHULU penjelasan di laman BlackViper di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s