Lindungi ‘Wireless Network’ Anda

Pada masa kini, perkakasan ‘wireless network’ ( rangkaian tanpa wayar ? ), tidak lagi semahal dahulu dan cara memasangnya pun amatlah senang. Oleh kerana senang, memasangnya, kebanyakan pengguna tidak menghiraukan aspek keselamatannya.

Practically Networked mencadangkan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi ‘wireless network’ anda daripada dicerobohi ataupun ada pengguna lain yang ‘menumpang’ rangkaian anda itu untuk melayari internet.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

  1. Ubah kata laluan untuk mengakses router anda. Anda boleh mengubah kata laluan router anda dengan mengaksesnya melalui ‘browser’ anda. Biasanya kebanyakan router akan menggunakan internet protocol (IP) ‘192.168.1.1’ namun untuk memastikan apakah IP gateway anda itu, anda boleh jalankan arahan ‘cmd’ dan taip ‘ipconfig’ pada command prompt.
  2. Jangan siarkan SSID ( Service Set IDentifier ) anda. SSID biasanya akan disiarkan oleh AP ( access point ) dan router secara otomatik. Perkara ini untuk memudahkan anda sekiranya anda TIDAK tahu apakah nama wireless LAN anda.
  3. Tetapkan WPA ( Wi Fi Protected Access ) ataupun sekurang-kurangnya tetapkan WEP ( Wired Equvalency Privacy ).
  4. Sekiranya router anda hanya tidak menyokong WPA, maka menetapkan WEP adalah lebih baik daripada tiada sebarang ketetapan langsung.
  5. Gunakan Mac address untuk mengawal WLAN anda. Namun sekiranya rangkaian anda mempunyai banyak komputer, kaedah ini mungkin membebankan.
  6. JANGAN tetapkan ‘Remote Administration.’

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Practically Networked.

One comment on “Lindungi ‘Wireless Network’ Anda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s