Biasanya item yang secara ‘default’ pada menu Send To ialah seperti dalam ‘screenshot’ di bawah:
Anda boleh menambah item pada menu Send To anda dengan menambah beberapa ‘shortcut’ pada folder Send To anda, seperti dalam ‘screenshot’ di bawah :
‘Screenshot’ dari laman LifeHacker
Cara untuk anda menambah item pada menu Send To anda itu ialah:
- Pastikan anda boleh melihat ‘hidden files and folders’ memandangkan folder Send To secara ‘default’ adalah tersembunyi.
- Folder Send To anda berada pada folder Documents and Settings\IDPengguna ( biasanya mengikut nama yang anda berikan )\Send To.
Selamat mencuba
Advertisements
Satu lagi cara untuk ke folder ‘SendTo’ tanpa perlu menukar setting ‘Hidden files and folders’ ialah dengan membuka kekotak ‘Run’, taip %UserProfile%\SendTo dan klik pada butang ‘Ok’ atau enter.
Untuk membuka kekotak ‘Run..’
1. Klik pada start menu dan pilih ‘Run…’.
2. Tekan dan hold kekunci windows logo pada keyboard (tidak semua ada) dan tekan kekunci huruf ‘R’.
@ Haikal: Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
sy nk tny win vista blh wat jugak ke?
sy try wat tp x blh knp ye .
@falakim : Anda boleh cuba melawati laman HowToGeek berikut untuk membolehkan anda menambah destinasi pada Send To. Moga dapat membantu anda.