Halang virus menjangkiti USB drive anda

Selain daripada harddrive pada komputer kita, USB drive adalah merupakan suatu media yang amat senang untuk dijangkiti oleh virus.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bantuan teknikal IT, seringkali saya berdepan dengan pelbagai masalah pada komputer pelanggan, setelah dijangkiti oleh virus mahupun spyware. Seringkali saya menyediakan perisian yang saya selalu gunakan dalam USB drive DAN DVDR. Yang menjadi masalahnya ialah apabila saya terlupa membawa DVDR saya, terpaksalah saya ‘korbankan‘ USB drive saya untuk dijangkiti oleh virus pada PC pelanggan tadi, bagi membolehkan saya membersihkan PC itu.

Seringkali juga saya terpaksa format semula USB drive saya itu dan muatkan semula segala perisian yang perlu.

Pernah saya tulis pada blog ini tentang MXOne, namun ianya adalah kurang berkesan. Saya sudah mengalaminya.

Kini terdapat suatu lagi kaedah iaitu dengan mengenakan ‘Write Protect’ pada USB drive anda! Jika USB drive anda berada dalam keadaan ‘Write Protect’ bermakna pada teorinya virus dan spyware tidak akan dapat menjangkitinya. Harus diingat bahawa dalam keadaan itu juga anda tidak boleh menyimpan sebarang file atau aplikasi sehinggalah anda nyahkan “Write Protect’ tadi.

Setelah anda memasang USB Write Protect, anda akan berdepan dengan screen seperti di atas. Klik pada ‘USB write protection ON’, cabut USB Drive anda dan pasang semula pada slotnya.

Jika anda ingin memuatturun sebarang aplikasi atau perisian, jangan lupa untuk buang “Write Protect” tadi iaitu dengan memilih ‘USB write protection OFF.’

Harus diingat bahawa jika anda memilih untuk OFFkannya anda akan berdepan dengan skrin di bawah ini pula……

Ia hanya sekadar amaran sahaja. Klik Continue. Selepas itu cabut USB drive anda dan pasang semula ke slotnya untuk membolehkan anda memuatturun perisian atau aplikasi pada USB Drive anda semula. Kena kerja lebih la sedikit, tetapi biar lambat asal selamat kan.    😀

Muatturun USBWP di sini

Peringatan: Sekiranya anda telah “write protect” satu USB drive anda, maka semua perkakasan USB lain seperti Digital Camera, MP3/MP4 player anda secara otomatik akan menjadi ‘write protect’ juga jika anda memasangnya pada komputer berkenaan. Harap maklum. 😛

3 comments on “Halang virus menjangkiti USB drive anda

  1. brilian juga idenya,,,,
    tapi saran ajah buat mas muatt, klo ga pk software jg bs,
    yaitu bkin folder autorun.inf yang diisi file .txt dengan UNICODE khusus…
    maaf klo komennya jelek krn sy msh skull.
    hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s