Panduan tentang Wifi

Kini semakin ramai pengguna internet di negara kita sudah pun memiliki capaian tanpa wayar untuk melayari internet. Sama ada mereka memang memerlukannya atau tidak, itu adalah suatu persoalan lain.   😀

Saya cuba kongsikan di sini beberapa maklumat yang elok anda pertimbangkan sekiranya anda menggunakan WiFi/WiMax.

  • Pertama ialah Perlindungan – Anda patut sangat membuat kata laluan untuk ‘access’ wireless anda. Sekiranya anda merasakan ini adalah tidak penting, cuba bayangkan senario dimana seseorang yang berkongsi WiFi anda dan melakukan aktiviti seperti ‘phishing scam‘ lalu dikesan oleh pihak berkuasa. Cuba teka, pihak berkuasa akan mengetuk pintu rumah siapa? Elakkan dari menggunakan WEP kerana sebab-sebab tertentu, tetapi cuba gunakan WPA untuk ‘encryption’ anda.
  • Perkara kedua ialah kedudukan – Penting anda memastikan kedudukan peralatan WiFI anda untuk mengelak sebarang gangguan. ‘Cordless Phone’ dab microwave akan mengganggu WiFI anda. Begitu juga dinding konkrit. Satu perkara lagi ialah antenna perkakas wireless anda hendaklah tegak bukan condong ke arah PC, kerana signal dari antenna itu adalah dari sebelah sisinya bukan dari atas antenna itu.
  • Ketiga ialah keserasian – Memang tidak dapat disangkal bahawa jika anda mempunyai Dlink Wireless router misalnya, maka tidak menjadi masalah jika anda gunakan kad wireless jenama lain untuk mencapai wireless router jenama Dlink. Tetapi jika dapat, pastikan semuanya adalah jenama yang sama. 😛
  • Update firmware – pastikan anda sentiasa kemaskini ‘firmware’ untuk perkakas wireless anda. Lawatilah selalu laman web pengeluar perkakas yang anda gunakan.
  • Isu kelima ialah jarak – semakin jauh anda dari router maka bermakna semakin lemah signalnya. Secara amnya diketahui bahawa jarak kurang dari 100 meter adalah jarak yang paling sesuai. Kelembapan udara juga memainkan peranan membantut kelancaran signal perkakas anda.

Sumber asal….lihat di sini

6 comments on “Panduan tentang Wifi

  1. Elakkan dari menggunakan WEP kerana sebab-sebab tertentu, tetapi cuba gunakan WPA untuk ‘encryption’ anda… apa yg di maksudkan..bagaimana menukar access wek kepada WPA..

    • @emcay: Jika router anda hanya mempunyai fungsi WEP ( Wired Equivalent Privacy ) sahaja maka terpaksalah anda menggunakannya. Namun kajian menunjukkan bahawa WEP agak senang untuk dibolosi. Untuk menggunakan WPA ( Wi-Fi Protected Access ), ada beberapa syarat. Pertama, router anda mesti mempunyai fungsi untuk WPA, kedua pastikan komputer anda tidak menggunakan Windows sebelum XP SP1. Anda perlu membuat setting dalam router anda untuk menetapkan WPA.

    • @eira love: wa alaikumus salam.

      Pertama: Sebaiknya Workgroup adalah sama! Kedua: Seeloknya nombor internet protokol dalam julat yang sama. Ketiga: Buat folder sharing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s