E mail pakai buang? :D

Seringkali jika kita melayari internet, kita akan bertemu dengan laman web yang memerlukan alamat e-mail untuk pengesahan seperti laman forum dan sebagainya. Jika anda tidak ingin mendedahkan e-mail anda kepada ‘spammers’ atau dikutip oleh ‘bots’ satu cara untuk mengatasinya ialah dengan memiliki e-mail sementara.

Kebanyakan e-mail pakai buang ini tidak memerlukan kita untuk mendaftar.

Antara e-mail sementara yang boleh anda gunakan adalah seperti:

  • Mailinator – anda hanya perlu untuk menghantar email anda ke Mailinator dari email sedia ada anda. Contohnya anda hantar dari Yahoo Mail kepada Mailinator dengan memilih alamat email anda siap-siap, minyakatar@mailinator.com. Setelah itu anda hanya perlu lawati laman web Mailinator untuk memeriksa email anda. Mudah kan? Harus diingat bahawa email yang disimpan di Mailinator ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja. Anda hanya boleh menerima sahaja email di Mailinator.
  • GuerillaMail – menawarkan email sementara yang hanya menyimpan email anda selama 15 minit sahaja. Berbeza dengan Mailinator, GuerillaMail membenarkan anda menerima dan menghantar email.
  • MyTrashMail – Anda juga tidak diperlukan untuk mendaftar untuk mencipta email di MyTrashMail

mytrashmail

Pastikan domain mana yang aktif sebelum anda ciptakan alamat email anda. Itu sahaja. Bila anda hendak melihat email anda hanya lawati laman MyTrashMail dan masukkan alamat email yang anda cipta, klik Get Email.

  • TemporaryInbox – alamat email ini juga tidak memerlukan pendaftaran, namun alamat email yang anda buat hanya akan bertahan untuk 6 jam sahaja. Anda hanya perlu menaip alamat email sementara anda pada kotak ‘Check Your Inbox” dan klik butang Go di bawahnya.

Jika anda ingin mengetahui alamat email sementara yang lain, sila lawati laman web ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s