Cara memasang Windows XP

  1. Untuk memasang Windows XP, pastikan PC anda boleh ‘boot’ menggunakan CD/DVD-ROM.
  2. Setelah anda boot menggunakan CD, anda akan berdepan dengan window ini pastikan anda tekan sebarang kekunci untuk memulakan proses memasang Windows.
  3. Seterusnya anda akan melihat window ini pula 
  4. Tekan ‘Enter’ untuk proses memasang Windows dimulakan.
  5. kalau anda jenis yang rajin nak baca perjanjian ini bolehlah anda ‘scroll’ hingga ke bawah dokumen tersebut. Kalau nak cepat tekan sahaja kekunci F8!
  6. Anda akan melihat window di atas seterusnya, iaitu sekiranya ‘hard disk’ anda adalah ‘hard disk’ baru yang belum dibuat ‘partition’ dan belum di’format!’ Di sini anda perlu tekan kekunci C untuk membuat ‘partition’ pada hard disk anda. ( Sudah pasti hard disk anda tidaklah sekadar 4GB sahaja seperti dalam imej di atas…:P )
  7. Jika anda telah berjaya membuat ‘partition’ pada ‘hard disk’ anda, anda seterusnya akan dapat melihat window seperti di atas. Langkah seterusnya ialah untuk anda format ‘hard disk’ anda seperti ditunjukkan pada imej di bawah
  8. pada tahap ini terpulanglah sama ada anda nak format ‘hard disk’ anda dalam format NTFS secara biasa atau secara cepat ( Quick Format)
  9. Selanjutnya ‘hard dis’ anda akan diformat…
  10. Setelah hard disk anda berjaya diformat, fail-fail yang diperlukan untuk memasang windows akan disalin  
  11. Selanjutnya 
  12. Dan akhirnya kalau anda tidak mahu menunggu PC anda ‘reboot’ sendiri bolehlah anda tekan mana-mana kekunci.
  13. Setelah PC anda reboot biarkan CD didalam drive dan JANGAN tekan apa-apa kekunci SEKIRANYA imej seperti pada No.2 di atas muncul semula! Anda seterusnya akan melihat skrin seperti ini 
  14. Setelah itu anda biarkan sahaja Windows XP dipasang pada PC anda 
  15. Pada skrin ini tekan sahaja ‘Next’
  16. Seterusnya beri nama PC anda 
  17. Masukkan CD key anda 
  18. Tetapkan kata laluan untuk akaun administrator 
  19. Tetapkan Tarikh & Masa 
  20. Selanjutnya pada setting Network pilih sahaja ‘Typical settings’ 
  21. Pada pilihan Workgroup on a Computer domain, bagi pengguna biasa tekan sahaja ‘Next!’ 
  22. Seterusnya tunggu sehingga pemasangan Windows XP selesai.
  23. Setelah anda reboot, ada beberapa langkah lagi yang perlu anda lakukan dan setelah itu anda akan boleh mula menggunakan XP.

Selamat mencuba!😀

Sumber grafik : The Elder Geeks

3 comments on “Cara memasang Windows XP

    • @Khairul : Yang paling penting adalah anda ‘backup’ semua data anda. Setelah itu cara yang paling baik pada pengalaman PakNik ialah anda reformat harddisk anda sebelum anda pasang XP.

      Selamat mencuba

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s