Melanjutkan usia bateri laptop anda

Terdapat berbagai kaedah untuk memastikan hayat bateri laptop anda dapat digunakan semaksima mungkin.

Berikut adalah beberapa tip dari Laptop Logic untuk memanjangkan hayat bateri laptop anda.

  1. Kurangkan kadar kecerahan skrin laptop anda
  2. Hentikan Desktop background slideshow
  3. Tutup sebarang signal radio yang tidak perlu. Jika anda sedang membuat kerja dengan laptop anda menggunakan bateri laptop, elok anda tutup WiFi jika tidak menggunakan internet ketika itu. Jika anda bukan sedang menyelaraskan apa-apa gadjet dengan laptop anda ketika itu, elok tutup Bluetooth anda juga!
  4. Jalankan satu aplikasi sahaja pada satu-satu masa.
  5. Hentikan program latar. Sila lihat disini program-program latar yang selamat untuk dihentikan.
  6. Hentikan Outlook Automatic Send/Receive
  7. Defrag hard disk anda!
  8. Pastikan tiada sebarang cakera media di dalam pemacu cakera anda ketika anda sedang menggunakan laptop.
  9. Pilih hibernate bukan sleep kerana bila hibernate maklumat keadaan laptop anda masa itu akan tersimpan pada hard disk dan komputer anda akan ditutup sepenuhnya, berbeza dengan memilih sleep kerana kaedah ini masih menggunakan kuasa bateri!
  10. Jaga dengan baik bateri anda. Jika anda bercadang untuk menggunakan AC seeloknya anda buka bateri terlebih dahulu dan simpan di tempat yang kering.

7 comments on “Melanjutkan usia bateri laptop anda

  1. Masaalah keyloongger dan untuk mengatasi hacker/curi identiti

    Komputer saya kalau scan dgn Kaspersky.Anti-Virus, banyak fail keylonger dijumpai samaada dalam fail program & system, saya takut ada orang install program keylonger dan cuba curi maklumat peribadi saya. komputer saya digunakan bersama dengan 5 orang kawan saya. sekarang ni saya guna On-Screen Keyboard untuk keselamatan. ada ke program hacker yang boleh monitor skrin komputer kita, kalau ada, macam mana nak mengatasinya. sapa-sapa yang pandai komputer bolehlah tolong
    saya……..PLESE…

  2. Component C:\WINDOWS\system32\DINPUT.DLL
    for process msswchx.exe (pid=2940)
    trying to set global hook. This may cause screenshots making, keylogging or other dangerous action.
    ActionType Code: 13
    TechInfo: 0,14,0
    Allow dangerous action?

    ni diantara meseg yang diberi oleh SpyShelter Personal Freeware.dan ada beberapa meseg lagi yang dok ulang “This may cause screenshots making, keylogging or other dangerous action.” dengan file berbeza. apa patut saya buat? nak tekan button allow ke?

    saya harap sangat PakNik boleh bantu.

  3. Terima kasih kerana melayan saya yg tak berapa tahu bab komputer ni, software SpyShelter Personal Freeware banyak tanya, sampai saya pening, tak tahu yang mana proses windows dan yang mana proses spyware dan keylonger, yang saya tahu kebanyakan spyware dan keylonger menumpang dalam sistem windows. semalam (ada orang rekomen)saya dah instal software Deep Freeze 6 pada partision C(sistem) untuk tidak membenarkan dijangkiti virus serta orang lain yg ingin instal software lain spt spyware dan keylonger dalam partision C.

    Disini saya nak tanya,
    1. macam mana nak membezakan proses yang sah atau tidak.(kalau ada tip)
    2. Kalau ada orang instal spyware dan keylonger di partision lain spt partision D @ E, adakah ia masih boleh beroperasi untuk mengesan aktiviti komputer saya, untuk makluman, setiap kali saya ingin guna komputer saya mesti restart dulu komputer untuk deep freeze bersihkan particion C, Adakah ini sudah memadai ??

    Sekian. Semoga hidup PakNik diberkati selalu.
    dilain masa kita jumpa lagi.

    • @zudy : Kalau anda sudah memasang Deep Freeze, memang memadai untuk membersihkan komputer anda dari sebarang jangkitan virus misalnya, yang menyelinap masuk ketika anda menggunakan komputer anda TETAPI keyloggers tetap dapat menceroboh komputer anda kerana ia bertindak semasa anda gunakannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s