Google & Mozilla

Mozilla Firefox menggunakan engin pencarian Google sebagai defaultnya. Hubungan antara kedua syarikat berkenaan kadang kala menimbulkan kerisauan di kalangan pengemar Firefox!

97% daripada jumlah pendapatan Firefox yang berjumlah USD104 juta adalah bayaran royalti kepada kotak pencarian dalam Firefox. Yang menariknya, 86% dari jumlah itu yakni USD85 juta dibayar oleh Google!

 

 

Adakah Google akan menyambung kontrak dengan Firefox apabila ianya tamat pada November 2011?

Sepertimana yang kita sedia maklum, Forefox merupakan saingan terbesar kepada Google dalam soal perlumbaan browser. Apakah dengan sebab itu Google tidak akan menyambung semula kontrak dengan Firefox, sedangkan Firefox adalah antara halangan kepada pengguna memasang Chrome pada komputer mereka! Apakah Firefox juga akan membiarkan kontrak itu berlalu?

Para penganalisa IT berpendapat bahawa Google akan terus menawarkan kontrak kepada Firefox manakala Firefox yang mengharapkan jumlah pendapatan yang sebegitu besar dari Google, sudah tentu mahu menyambung semula kontak berkenaan. Namun kita juga harus ingat akan kuatnya pergantungan Google kepada trafik pencarian.

Daripada USD8.58 billion yang Google perolehi dalam suku pertama 2011, 97% daripada pendapatan tersebut adalah dari iklan! Kedududukan Google sebagai engin pencarian default kepada 450 juta pengguna Firefox membawa makna kemasukan pendapatan kepada Google!

Suatu masalah lain yang mungkin menghantui Google ialah Bing! Andainya Google enggan untuk menyambung kontrak Firefox dengan mereka, apakah Microsoft akan berdiam diri daripada merebut peluang untuk memperoleh kedudukan sebagai engin pencari default untuk 450 juta pengguna Firefox?

Sumber: ExtremeTech

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s