Harga DDR3 dijangka turun….

Harga DDR3 yang digunakan dalam laptop, desktop dan juga server dijangka akan turun dalam masa dua bulan disebabkan syarikat pembekal RAM berusaha untuk menghabiskan stok akibat kekurangan permintaan kerana pasaran komputer yang agak malap.

Kekurangan permintaan untuk komputer pada tahun ini memyebabkan berlakunya berlebihan stok RAM. Akibat daripada pertumbuhan jualan komputer yang menurun disamping pengguna tidak meminta RAM tambahan untuk komputer mereka, menyebabkan terjadinya lebihan inventori RAM dunia.

ComputerWorld

Tinggalkan komen