Muatturun Torrent Dengan Cepat…

Pengguna komputer biasanya sudah maklum tentang torrent. Maklumat terakhir menunjukkan 160 juta pengguna komputer sudah memasang client torrent di seluruh dunia.

Bittorrent ialah suatu protokal yang membolehkan anda memuatturun fail dengan cepat iaitu dengan membenarkan orang lain yang sedang/telah memuatturun fail berkenaan untuk memuatnaik ( upload ) cebisan fail berkenaan ke internet.

Antara kaedah yang dicadangkan di laman MakeUseOf  ialah:

  1. Kenalpasti kelajuan maksima untuk muatturun dan muatnaik yang disediakan oleh ISP ( Pembekal Servis Internet ) anda. Untuk mengetahui kelajuannya, anda boleh uji menggunakan Speed.io atau Speedtest!
  2. Pilih client Bittorrent yang sudah terbukti seperti uTorrent, Vuze dan sebagainya. Pengguna Mac boleh memilih Vuze ataupun Transmission.
  3. Pilih torrent yang mempunyai seed dan peer yang tinggi! Seed dan peer yang tinggi bererti lebih ramai yang sedang muatnaik fail berkenaan ke internet dan sepatutnya akan meningkatkan kelajuan muatturun!
  4. Pastikan firewall anda membenarkan client bittorrent melepasinya!
  5. Hadkan kadar muatnaik anda. Sebaiknya hadkan muatnaik kepada 80% daripada had muatnaik maksima yang dibenarkan oleh ISP anda.
  6. Pilih port yang berbeza. Biasanya client bittorrent menetapkan port antara 6881 – 6999 sebagai port bittorrent. Pilih port di atas 10000 namun pastikan opsyen Randomize Port telah ditutup.
  7. Tingkatkan bilangan hubungan Max Half Open TCP. Anda boleh menggunakan patch ini untuk tujuan berkenaan!
  8. Tetapkan Protocol Encryption.
  9. Ubah mengikut kesesuaian anda Bandwidth dan hubungan torrent.
  10. Kebanyakan client bittorrent membenarkan kita melihat fail apa yang sedang kita muatturun. Anda boleh pilih untuk menghapuskan fail yang anda ketahui tidak berkaitan atau tidak diperlukan.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s