Hadkan penggunaan aplikasi

Jika anda berkongsi komputer yang sama dan ingin menghadkan/menghalang anak/adik anda dari menggunakan sesuatu aplikasi, untuk tujuan keselamatan misalnya, anda boleh menggunakan Applocker.

Namun perisian berkenaan hanya befungsi untuk Windows 7 Ultimate & Enterprise sahaja!

Bagaimana jika anda menggunakan versi Home atau Starter?

Contoh dalam post ini, nama User berkenaan ialah Bubu!

Perisian yang PakNik ingin halang Bubu dari guna contohnya ialah Firefox.

Mula-mula klik kanan pada file Firefox.exe, pilih Properties-Security.

Setelah itu klik butang Edit, dan anda kena add User berkenaan, dalam contoh ini ialah Bubu!

Seterusnya klik pada Bubu dan setkan Deny untuk Read&execute serta Read bagi Firefox!

Bila anda sudah setkan sedemikian dan tekan OK, seterusnya amaran berikut akan dipaparkan…..

Tekan sahaja Yes.

Selanjutnya jika Bubu login kepada Windows, bila belia ingin menjalankan Firefox, beliau akan berdepan dengan masalah seperti contoh di bawah, cuma screenshot ini PakNik amik dari laman asal jadi ia merujuk lepada Excel bukan Firefox lah!

Jika anda ingin membuang sekatan ini, anda cuma perlu pergi kepada Properties Firefox, pada tab Security dan buangkan user yang bernama Bubu, seperti yang PakNik contohkan dalam post ini.

Sumber: Make Tech Easier

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s