Multiboot USB drive

Mereka yang bekerja sebagai Teknisyen/Tech Support dalam bidang IT sering berdepan dengan pelanggan yang menggunakan Sistem Operasi yang berbeza.

Ramai yang sudah menggunakan Windows 7, namun masih ramai lagi yang menggunakan Windows XP.

Untuk membawa CD/DVD  casing berisi installer dan sebagainya  merupakan suatu pengalaman yang sudah berlalu mungkin…..  😛

Jika anda perlu memasang versi Windows yang berbeza, mungkin kaedah yang akan digariskan di bawah ini boleh membantu anda.

Panduan di bawah khusus berkenaan dengan multiboot Windows 7 dan Windows XP menggunakan USB drive! Anda boleh menambah perisian lain seperti UBCD4Win, Hiren’s BootCd, ataupun distro Linux, jika saiz USB drive anda membenarkannya.

Untuk multibbot Windows 7 dan Windows XP, anda perlukan:

  • USB drive sekurang-kurangnya 4GB.
  • WinSetupFromUSB
  • CD Windows XP
  • DVD Windows 7
Jika anda lihat screenshot di bawah, ialah contoh menyalin Windows 7 setup files, Windows XP setup files dan Hiren’s BootCD kepada satu USB drive…
Terlebih dahulu format USB drive anda mengikut contoh screenshot di bawah:

Apa yang PakNik telah lakukan ialah memasukkan CD Windows XP installer dalam DVD ROM drive.

Pada kotak Windows 2000/XP/2003, PakNik klik browse dan halakan kepada DVD drive pada komputer PakNik.

Untuk setup files Windows 7, PakNik telah salin kepada suatu folder dalam komputer.

Begitu juga dengan Hiren’s BootCD.

Setelah perisian WinSetupFromUSB menemui segala sumber perisian yang ingin disalin, maka anda hanya perlu tekan butang Go dan biarkan ia disalin.

Setelah selesai boleh lah anda boot menggunakan USB drive anda itu untuk memasang sama ada Windows XP, Windows 7 ataupun untuk senggara komputer anda/rakan/pelanggan menggunakan perisian lain yang telah anda tambah sama ada UBCD4Win, Hiren’s dan sebagainya.

9 comments on “Multiboot USB drive

  1. paknik sy nk tny…untuk masuk window lm pndrive ni…gunakan winsetup sj ke atau ken ada jgk untuk Hiren’s BootCD tu…sy dh buat tp x jadi la..huhuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s